KHURAFAT – Perjanjian Syaitan terbaik dari Syamsul Yusof | Love in a blog

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Agak terlewat saya update blog mengenai media screening untuk filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan. Tetapi tidak mengapa, kerana selagi filem ini belum officially ditayangkan, saya adalah diantara blogger yang terawal menonton filem terbaru arahan Syamsul Yusof. Pra tonton filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan pada 20-Dec-10 di GSC Mid Valley.

Ini adalah cubaan pertama Syamsul dalam menghasilkan filem bergenre seram . Walaupun judul “Khurafat” menggambarkan citarasa seram dan kepercayaan tahyul namun disebalik segala insiden seram yang di paparkan , pengarah terapkan unsur keagamaan yang wajar dipersembahkan bagi menyampaikan mesej positif kepada masyarakat .

Khurafat? Maksud khurafat dalam Islam adalah kepercayaan karut atau tahyul yang diada-adakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku.

Contoh amalan khurafat di kalangan masyarakat Melayu:

1.Bertawasul kepada si mati dengan harapan niat dan hajat akan dikabulkan melalui si mati terutamanya jika si mati tadi dari kalangan orang-orang soleh.
2.Melalui di bawah si mati iaitu si mayat akan diangkat dan semua ahli waris akan lalu di bawah bertujuan supaya ahli waris tidak lagi akan mengingati si mati.

Disini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikhelena kerana menjemput saya. Alhamdulillah selangkah lagi untuk memenuhi hobi movie gig!

So, ini adalah review saya tentang filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan.

Bagi saya dan para penonton yang berada di dalam panggung wayang, sudah semestinya filem ni bakal menggegarkan panggung. Dari jalan cerita dan babak yang ditunjukkan, saya dapat rasakan suasana yang dirasai oleh Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay. Mereka adalah suami isteri di dalam filem ini. Diganggu dan diselubungi perasaan takut adalah sangat cemas.

Saya pun ketakutan. Beberapa kali saya beristighfar didalam panggung. Hihihi.


Sewaktu babak van jenazah tergelincir ke kawasan hilir bukit. Mencemaskan kerana ada Jenazah!


Babak yang mendebarkan apabila Syamsul Yusof mengangkat Jenazah. Masuk hutan dan berlari ketakutan. Argh! Saya takut. 🙁

Penampilan Sabrina Ali memang memberi impak yang besar. Beliau membawa watak ex girlfriend Syamsul Yusof yang psycho dan membawa watak sebagai hantu juga! Tahniah kepada Sabrina Ali kerana berani terjun dalam pelbagai watak. Saya kagum dengan cara beliau.

Ini adalah Synopsis filem KHURAFAT – Perjanjian Syaitan dari pihak SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD. & GRAND BRILLIANCE SDN. BHD.

“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.


Liyana Jasmay bertudung, comel kan?

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.


Sabrina Ali dan Salina Saibi

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?


Syamsul Yusof aka Johan diekori Sabrina Ali. Sabrina Ali menganggu kehidupan Johan sehingga akhir hayat beliau.

Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada 13 Januari 2011.

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendapatkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)” (Surah Yunus:106)


Adengan Latif Borgiba menjadi Bomoh dan memberi syarat perjanjian.

BINTANG & WATAK “KHURAFAT”

SYAMSUL YUSOF sebagai Johan
LIYANA JASMAY sebagai Aisyah
SABRINA ALI sebagai Anna
SALINA SAIBI sebagai Zura
ZENDY sebagai Rosman
FAUZIAH NAWI sebagai Mak Johan
NUR HUDA sebagai Ila
MARIANI sebagai Nenek
LATIF BORGIBA sebagai Bomoh

Pengarah :
SYAMSUL YUSOF

Cerita / Skrip :
SYAMSUL YUSOF & RIZAL ASRAFF

Penasihat Produksi :
DY HASLAM

Gambar kami pula.


Blogger aka artist. 🙂


Diantara blogger yang hadir, Kak Ina, Hamzah, Emy dan etc. Bergambar dengan Liyana Jasmay.

Gambar group photo blogger nih saya cedok dari Kak Ina KL
Terima kasih Cik Helena!
Terima kasih kepada SKOP PRODUCTIONS SDN. BHD. & GRAND BRILLIANCE SDN. BHD

[UPDATE]

Syamsul Yusof pon ada blog le. Meh melawat prodigiousburnsoul.blogspot.com

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “KHURAFAT – Perjanjian Syaitan terbaik dari Syamsul Yusof | Love in a blog

    WINTERS

    (Apr 3, 2011 - 3:04 am)

    BEST SGT2X..,,.byk pngajarn yg bole d ambil,..congrtes tO shmsull,..

    :)))))))))))))

    Latif Borgiba

    (Jan 17, 2011 - 9:38 pm)

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Saya dah lihat cerita ini di panggung wayang, ternyata idea yg di ketengahkan dalam cerita ini maaf saya katakan ada similaritinya dalam teknik menonjolkan keseraman seperti dalam cerita ” Jangan Pandang Belakang”, seperti babak di mana syamsul mengangkat mayat ana di dalam hutan dan ketika isteri syamsul di ganggu di dalam kenderaan. Kedua, agak sedikit kecewa kerana pilihan syamsul dalam pemegang watak ustaz adalah pemegang watak Mbah Suro dalam cerita Mantra , dan latif borgiba pula sebagai watak bomoh ilmu hitam dan di dalam cerita Orang Minyak, dia adalah seorang guru silat yg warak dan berilmu kebatinan. Selain dari itu, penceritaan agak sedikit klise di ending cerita kerana syamsul ingin mengetengahkan idea bahawasanya Orang yg pernah melakukan kekhurafatan ini tidak berpeluang untuk menebus dosanya semula. Walaupun agak fresh, tapi agak klise jika di lihat tema ini sering di guna pakai dalam cerita seram Thai dan Indonesia. Walau apa pun, it’s safe to say that elemen seram itu di garap dengan sebaiknya dan hampir menyamai elemen JPB. Congratz to Syamsul.

    P.S : bila agaknyer kita nak lihat penceritaan sebenar novel seram no 1 di Malaysia Tamar Jalis di ceritakan semula di layar perak ?? I wonder….. hmmmmm…. :??

      rabiatul adawiyah

      (Jan 17, 2011 - 9:57 pm)

      @LB tiap pengarah ada cara tersendiri. Paling penting adalah mesej yang disampaikan tepat kepada penonton. Lain dari yang lain. Tidak sama langsung dengan movie lain. 🙂

    helena aisha

    (Jan 14, 2011 - 3:31 pm)

    RT @rabiatuladawiya: Jom tngok cerita betul! Ni khurafat.. Best wo.. http://bit.ly/dS1ZXT

    Rabiatul Adawiyah

    (Jan 14, 2011 - 7:30 am)

    Jom tngok cerita betul! Ni khurafat.. Best wo.. http://bit.ly/dS1ZXT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.