Teater Musikal Tun Mahathir Musim 2 memang BEST! | Love in the Blog

Assalammualaikum reader ku semua!

Yay! Saya dah tonton Teater Musikal Tun Mahathir Musim 2 di Istana Budaya pada 21-Jan-11 Jumaat lepas. Terima kasih kepada CTRA Production kerana berjaya menerbitkan Teater yang merungkai sejarah Tun Mahathir. Saya bangga menjadi anak Malaysia dan berbangga juga kerana berkesempatan merasa kehidupan dibawah pemerintahan Tun Mahathir!

Saya sertakan beberapa gambar sewaktu pementasan Teater Tun Mahathir Musim ke 2. 🙂


Azean Irdawati, Datuk Jalaluddin Hassan. babak ini sewaktu menunggu kelahiran Che Det.


Babak ini sewaktu penjajahan Jepun dan Siam


Che Det (Ezany) dan sahabat (AC Mizal) mengedar risalah Malayan Union.


Tun Siti Hasmah (Misha Omar) sewaktu zaman remaja belajar di salah sebuah kolej di Singapura.


Saat percintaan Che Det dan Tun Siti Hasmah. Musikal yang penuh nilai cinta. Konon2 nak belajar di tepi pantai. 🙂


Sewaktu hari perkahwinan Che Det dan Siti Hasmah. Watak Tun Siti Hasmah dilakonkan oleh Elly Mazlein.


Kehidupan yang penuh dengan kebahagian. Che Det membuka Maha Klinik dan berbakti kepada masyarakat.


Babak ini memaparkan beberapa kejayaan yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir kepada Malaya @ Malaysia.


Babak ini paling saya suka. Perlaksanaan Putrajaya!

Barisan pelakon Teater Musikal Tun Mahathir Musim 2.

Terima Kasih pihak CTRA Production!

Jom kita tonton Teater ni, best! Saya dapat melihat dunia Tun Mahathir dengan lebih dekat. Syukur kerana beliau pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kalau boleh, saya nak beliau memerintah lagi. 🙂

Nak lebih info? Meh baca entry saya sebelum ni.

http://ruby.my/2011/01/teater-muzikal-tun-mahathir-musim-2-istana-budaya-love-in-a-blog/

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 comment on “Teater Musikal Tun Mahathir Musim 2 memang BEST! | Love in the Blog

  1. Pingback: Rabiatul Adawiyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge