Garnier BB Cream Inpired By Korean BB Creams

Lately memang musim BB cream kan? Sehinggakan ada yang nak juga beli online dari Korea kerana inginkan keaslian BB Cream. Boleh dikatakan saya ni ratu BB Cream kerana berani mencuba macam-macam produk BB Creams seperti Skin79 Hot Pink, M Perfect, Missha M, Skin Food, Dr. Jart+ Silver Label & BRTC. Saya membelinya secara PayPal or online banking!. Lagi tinggi SPF, lagi saya suka! Hehehe! Kalau keluar dr rumah tanpa memakai BB Cream memang tak sah. Jika memakai BB Creams, saya terbayang-bayang muka saya secantik Song Hye Ko! Hahaha!

Song Hye Kyo

Walau apa pun jenis BB Creams yang anda guna, pastikan ia bersesuaian dengan kulit, antara perkara yang perlu dititikberatkan bagi normal skin macam saya ini adalah. Cream yang tidak terlalu cair, apabila mengaplikasikan BB Cream pada wajah, warnanya tidak terlalu cerah dan tidak gelap sehinggakan menutup warna kulit asal saya. Ada sesetengah BB Creams hanya memberitahu ianya sesuai dengan semua jenis warna kulit kerana ia akan menjadi warna asal kulit anda, tetapi… bg saya tidak mudah untuk mencari BB Creams seperti itu kerana kulit orang Malaysia ni selalunya kemerah–merahan. So, ada ke BB Cream warna pinkish gitu? Hehehe. Jadi plihlah yang sesuai dengan warna skin anda.

Yang pandai aplikasikan makeup pasti tahu padankan BB Creams dengan Loose Powder or Compact Powder kan. Sememangnya begitulah cara pemakaian BB Creams secara menyeluruh. Supaya ia tahan lama sehingga 8 jam!

Garnier BB Cream
Boleh dikatakan seluruh ahli keluarga saya menggunakan BB Creams tidak kira dari jenama apa. Asalkan dari Korea! Adik, Emak dan Saya memang Ratu BB Creams! Di Malaysia untuk mencari BB Creams amat susah, akan tetapi product ini mendapat sambutan hangat dan telah membuatkan Garnier Malaysia mengeluarkan produk rebutan ramai wanita dan juga lelaki ini dengan kadar segera serta harga yang sangat berpatutan.

BB Creams Collection - Skin79

Diatas adalah produk 24/7 di dalam handbag saya. Even BB Cream dari Skin79 itu agak besar, saya bawa juga kemana-mana. Hehehe. Sebab bekas warna pink kot. Hahaha! Setelah Garnier mengeluarkan produk BB Cream yang berharga RM 19.90 di pasaran, saya terus membelinya di Watson’s!

Tekstur BB Cream dari Garnier tidak terlalu cair dan terus meresap ke kulit. Nampak sekata dan mudah dipakai bersama Loose Powder. BB Cream dari Garnier adalah The 1st SkinCare BB Cream with 10 in 1 benefits in 1 minute, Naturally perfect skin!

BB Creams Collection - Garnier

Kombinasi di atas amat sesuai! Sekarang handbag saya lebih ringan, makeup di muka sekata dan senyum lebar sepanjang hari!!! Terima kasih Garnier!

Lisa Surihani

Lisa Surihani selaku Brand Ambassador pun suka menggunakan Garnier BB Creams tersebut! Jomlah cuba! Take Care Garnier!

10 in 1 benefits Garnier BB Creams wajib anda tahu!

1. More Radiant
2. Warna Sekata
3. Less Dark Spots
4. Less Blemish Marks!
5. Less Dullness
6. Less Visible Lines
7. Les Visible Pores
8. More Hydrated
9. Less Yellowness
10. Less Redness!

Sedikit banyak Info berkenaan BB Creams dan kenapa ramai yang tergila-gilakannya!

BB atau lebih dikenali sebagai Blemish Balm. Originally digunakan dalam perubatan German, Blemish Balm helps laser surgery patients protect, soothe and refine highly sensitive skin while providing light coverage for post-laser scars, acne and other blemishes. Pasti korang terfikir kenapa tidak German sahaja yang mengeluarkan dan memasarkan BB Cream ni, kenapa Korea yang mendapat nama? Ini kerana, German tidak mahu memasarkan produk ini secara general!

Manakala Korea berjaya membuat BB Cream yang lebih bagus utk orang Asia. Sebab itu BB Cream ini sesuai sangat untuk orang Malaysia yang terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Maklumlah kita kan di Khatulistiwa! Wah gitu! Tambahan pula artis yang promote BB Cream di Korea tu semuanya cun dan cantik dan memang package lah. Tip top! Sehinggakan artis lelaki pun pakai tau. Lee Min Ho tu pun pakai tau. Brand Etude House tak silap saya. Hehehe.

Jika zaman dulu kita guna foundation, concealer dan macam2 lagi cream yang disapu dimuka. Kini hanya menggunakan Garnier BB Cream sahaja dah boleh jadi cantik seperti Lisa Surihani. SPF 26 lagi tu! Garnier BB Creams ni ada Lemon Extract dan Mineral Pigment. So sangat sesuai untuk semua jenis kulit! Saiful Naim pun guna Garnier BB Cream tau. Anda bila lagi?

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

9 thoughts on “Garnier BB Cream Inpired By Korean BB Creams

    syikin

    (December 3, 2012 - 12:34 pm)

    try site ni :gmarket malaysia..semua brand jenama korea ad..murah2 pulak tu

      rabiatul adawiyah

      (December 3, 2012 - 12:50 pm)

      syikin > akan saya serbu sebentar lagi!!!! hehehe.

    anisah

    (September 17, 2012 - 11:44 am)

    kat mna nak beli bb cream skin79 tue ek…
    anisah´s last blog post ..Girls Generation (SNDS) di hatikuMy Profile

    wan

    (August 10, 2012 - 12:52 pm)

    kalo pkai krim ni tp tanpa make-up,blh ker?ape perkara yg perlu dibuat b4 pkai krim nih?tq..

      rabiatul adawiyah

      (August 10, 2012 - 2:19 pm)

      @wan > pakai toner je. pastu pakai garnier bb cream tu. 🙂

    mikah

    (June 8, 2012 - 2:45 am)

    alhamdulillah… dah beli pun. tapi bukan jenama yg u pakai. nanti i publish entry. hehe

      rabiatul adawiyah

      (June 8, 2012 - 9:25 am)

      mikah > macam-macam jenama ada, ikut kesesuaian kulit. 🙂

    mikah

    (June 3, 2012 - 3:10 am)

    Thank u for this entry. Sangat byk info yg I dapat. I pun lelaki gak tapi nak try sebab I rasa antara manusia kat Asia ni yg memerlukan benda since kulit I cerah n ada byk tompok2 merah kesan jerawat n tanpa bedak atau krim apa2 semuanya jelas. Rasanya I akan belilah. InsyaAllah lepas ni confident r nak keluar rumah. Hehe
    mikah´s last blog post ..Zalora is My New Girlfriend!My Profile

      rabiatul adawiyah

      (June 3, 2012 - 9:04 am)

      mikah > yes, lelaki pun boleh pakai. pakai properly with bedak semua tu k. If not nanti kemasan tak rata. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.