Ombak Rindu Adaptasi dari Novel ke Filem

      2 Comments on Ombak Rindu Adaptasi dari Novel ke Filem

Tahniah sekali lagi kepada Tarantella Pictures Sdn Bhd kerana berjaya mengeluarkan filem yang membuatkan saya dan para pembaca novel teringat tentang novel Ombak Rindu.

ombak rindu novel

Teringat saya pada waktu zaman sekolah menengah, saya tidak tahu apa itu novel. Best ke baca novel sehinggakan kawan-kawan saya angau untuk membaca novel. Permulaan saya tahu mengenai novel Ombak Rindu nukilan Fauziah Ashari adalah melalui majalah REMAJA dari Karangkraf. Pada waktu itu Novel nukilan Fauziah Ashari adalah dari Alaf 21, mungkin kerana itu pihak karangkraf membuat 2 muka surat khas utk cerita pendek dr novel Ombak Rindu. Setiap bulan saya akan beli majalah REMAJA. Disebabkan terlalu kasihan dan tidak sabar untuk mengetahui apa bakal berlaku kepada Izzah, Harris dan Mila. Dengan keadaan tragis Izzah yg dijual oleh bapa saudara Taha. Saya membeli novel Ombak Rindu di MPH Book Store Alpha Angel! Wah saya masih ingat! 🙂

Sememangnya saya tidak puas membaca Ombak Rindu dan tidak sangka Fauziah Ashari mengeluarkan Novel sambungan Ombak Rindu iaitu Cinta Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku. Sama tebal seperti Ombak Rindu. Itu yang paling saya suka. 🙂

Setelah beberapa tahun dan saya sudah berumur 24 tahun (2011). Saya rasa teruja apabila Tarantella Pictures Sdn Bhd mengeluarkan filem adaptasi dari Novel. Melihat sahaja iklan di TV. Saya teruja ddan terus menonton iklan sehingga habis!

ombak rindu filem

Lakonan oleh Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Suriani memang mantap. First time saya melihat watak Maya Karin disiksa seperti Izzah dan Lisa Surihani seperti Mila di dalam novel tersebut. Kerana saya secara jujur menangis ketika membaca Novel Ombak Rindu.


Trailer Ombak Rindu yang bakal ditayangkan 1 December 2011


OST Ombak Rindu – Adira dan Hafiz

Nantikan tayangan filem Ombak Rindu pada 1 December 2011 di pawagam berhampiran anda.! Jika saya mendapat jemputan Tayangan Media, sudah tentu saya akan berkongsi sedikit komen tentang filem ini. InsyaAllah. 🙂

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Ombak Rindu Adaptasi dari Novel ke Filem

  1. Azila

    Novel Ombak Rindu memang best, baca byk kali pun tak bosan. Yang sedihnya kawan pinjam novel Ombak Rindu dan Cinta..Tiada Akhirnya mereka tak pulangkan sampai saya pindah. Pertama kali lihat trailer Ombak Rindu, happy sangat. Terfikir juga adakah filemnya sama seperti dalam novel. Kalau filem Ombak Rindu ini berjaya, harap-harap sambungan kisah Izzah dan Hariz dalam novel Cinta…Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku akan di filemkan juga. Tak sabar rasanya nak tengok cerita tu..(“,)

    Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      @Azila actually Novel Ombak Rindu saya pun tak dipulangkan, disebabkan suka sangat novel tu. saya beli baru dan simpan tak tunjuk sapa2. hahaha! kita nantikan filem ni 1 dec ye. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge