An intimate spa therapy with OSIM uPhoria

      No Comments on An intimate spa therapy with OSIM uPhoria

2 December 2011, i was invited to test new OSIM uPhoria. OSIM is well known with massaging machine.

Brand new product from OSIM. Manfaat sistem urut inovatif ‘TUI NA’ untuk tingkat kesihatan dan kesejahteraan hidup.

OSIM uPhoria
Possing bersama Xiao S – International Celebrity. Comel kan?

OSIM uPhoria

OSIM uPhoria

OSIM uPhoria
Kombinasi urutan 5 dalam 1 memberi manfaat kepada pengguna. Pengurut uPhoria ini adalah penyelesaian lengkap bagi memulihkan tenaga setelah seharian bekerja, shopping, terlalu lama berdiri, terlalu lama duduk, memandu dan untuk mereka yang jarang bersenam seprti saya. hahaha. Ia juga dapat mengurangkan stress. 🙂

OSIM uPhoria mempunyai 4 program mengurut untuk menepati keperluan dan keadaan yang berbeza.

Jika anda perhatikan pada gambar diatas, terdapat Relax, Refleksolog, Sleep & Toning. Vibration Auto, Hi atau Lo dan Heat. Ketiga-tiga ini memainkan peranan penting.

Ini kerana bagi sesorang yang jarang bersenam, kesakitan serta keselesaan mengurut mudah terasa tanpa mengubah vibration dan heat. Jika anda seorang athlete memang kena naikkan lagi vibration tu. Tak rasa apa2 nanti. Hahaha!

Penerangan bagi keempat-empat mode.

1. Relax
Melalui urutan getaran tinggi, program ini bertindak mengendur dan melegakan otot kaki yang tegang sementara menggabungkan teknik memicit kaki dan mengurut betis antara jarak kelajuan tinggi-rendah mengurangkan kesakitan dalaman – rawatan mujarab bagi kaki yang penat sepanjang hari.

2. Refleksologi
Program merangsang deria ini meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kehidupan anda. Dengan menumpukan sasaran pada titik-titik penting sepanjang saluran meridian kaki, kombinasi urutan betis dan refleksiologi penggelek kaki memberikan kesan kesihatan yang sama seperti urutan refleksiologi tradisional.

3. Tidur
Mengurut betis, memicit kaki beserta getaran rendah bertindak secara perlahan tetapi berkesan. Rentak urutan telah diprogramkan supaya tahap keamatan urutan beransur ke tahap rehat secara perlahan bagi meningkatkan kualiti tidur dimana kesannya pasti berlarutan beberapa hari. Mode tidur ini berguna bagi mereka yang sukar tidur malam. Masa sesuai untuk tidur adalah bermula jam 11 pm dan bangun jam 6 am. Ini bagi membantu fungsi jantung bekerja pada 11pm-1am dan anda perlu didalam keadaan tidur.

4. Toning
Dengan dwi tindakan urut-picit serta getaran aktif, program toning memantapkan otot sekali gus meningkatkan pengaliran darah bagi menghalang penghasilan toksin. Amalkan rutin urutan dan toning ini untuk menyerlahkan sepasang kaki yang pejal dan sihat.

OSIM uPhoria

OSIM uPhoria

OSIM uPhoria
Pengunjung di One Utama New Wing menikmati urutan selepas seharian shopping.

OSIM uPhoria
Cik Lily Putih bersama Mr Choon. 🙂

OSIM uPhoria
Cik Lily Putih, Saiful Naim dan Rabiatul menikmati urutan OSIM uPhoria.

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge