Tips Makeup bagi wajah berbentuk Oval dari Akademi RedGlow

Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengikuti bengkel bersama RedGlow di Shah Alam. Terima Kasih diatas jemputan akak Annur Najwa iaitu pengasas RedGlow itu sendiri. Tidak lupa juga terima kasih kepada redmummy.com kerana memberi blog saya kepada pengasas RedGlow. I love you kak red!

Sebagai seorang perempuan, saya memang menggilai make up. Sampaikan rasa macam nak tahu muka ni sesuai make up style macam mana dan adakah ia kelihatan cantik? Hehehe. 🙂

First sekali, anda perlu tahu bentuk muka anda. Adakah ia berbentuk Oblong, Bulat, Bersegi Panjang, Segi empat sama, Segi tiga atau Berbentuk hati. Saya memiliki wajah berbentuk oval.

Oval Face Make Up Routine
Dalam make up, pertama sekali sapu foundation/naturactor/bb cream secara menyeluruh di muka..

Oval Face Make Up Routine
Kemudian, merias shading.. Garisan dot dot pink adalah shading pipi yang sesuai bagi muka berbentuk oval.

Oval Face Makeup Routine
Gambaran lebih jelas untuk membuat shading. Untuk shading dibahagian pipi saya perlu ambil dari hujung telinga dan ke bawah tulang pipi. Untuk hidung pula, garisan adalah seperti diatas. 🙂

Oval Face Makeup Routine
Hasilnya.. Nampak tak perbezaan warna diantara foundation dan foundation shading. Foundation shading gunakan warna yang gelap ye.

Oval Face Makeup Routine
Setelah selesai menyapu foundation dan shading, sapu loose powder menggunakan berus. Jom bergambar menggunakan flash. Kemas dan menyeluruh kan?

Oval Face Make Up Routine
Kemudian untuk sapuan pemerah pipi untuk muka berbentuk oval, ia lebih cantik seperti garisan diatas. Senyum dan sapu perlahan-lahan.

Oval Face Makeup Routine
Sapu eye shadow, maskara, lipstick.. siap.. Tada… Final result adalah seperti ini..

Bersama Pengasas RedGlow, Puan Annur Najwa
Bergambar bersama Pengasas RedGlow Puan Annur Najwa. Wajah saya seperti berbentuk bulat pula. Camera trick agaknya. T_T

Terima kasih semua yang hadir..

RedGlow akan mengadakan Bengkel Kuasa Wanita-Untuk wanita yg lebih berkeyakinan dan berketerampilan menarik pada Januari 2012.

Sertailah bengkel ini, supaya anda menerima ilmu dari seseorang yang berpengalaman dan beliau ingin berkongsi 100% tips bersama anda. 🙂

Bengkel Kuasa Wanita bersama Annur Najwa Azizan dan Hismazaitul Azmy pada Januari 2012 di Shah Alam. Sila book tempat anda. Yuran RM799 seorang. Selama dua hari bengkel ini, anda akan menerima door gift barangan make up dari M.A.C dan RedGlow sendiri, sijil penyertaan, tempat khursus yang selesa dan makanan minuman. Hubungi 0123588999

Mereka akan berkongsi ilmu personaliti,solekan dan rahsia cara berkeyakinan diri. Annur Najwa merupakan pengendali dan pengurus kursus dalaman di Akademi RedGlow dalam bidang kecantikan, solekan dan personaliti. Beliau telah melatih lebih 500 org profesional dari badan kerajaan dan badan bukan kerajaan serta persendirian.

Hismazaitul merupakan Pengasas merangkap CEO di Agensi Atrium miliknya. Beliau kini mengurus dana lebih RM28 juta milik klien bawah seliaanya. Beliau yang kini berpendapatan 5-6 angka sebulan menyelia lebih 100 orang perunding di bawah agensinya.

Bengkel Kuasa Wanita menyediakan info, strategi dan tips bagaimana menjadi wanita yg lebih yakin dan tampil menarik. Terbuka kepada semua wanita, agen jualan langsung, perunding saham amanah, agen insuran,lepasan ijazah/diploma dan semua yg ingin mencari sesuatu dalam diri.

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 comments on “Tips Makeup bagi wajah berbentuk Oval dari Akademi RedGlow

  1. Pingback: Kelas Solekan Dan Foundation SPF 50 MUA Sue Melati - RUBY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge