Mawi, @Shuib04, Jep Sepah di ADA EXIST STUDIO

Assalammualaikum semua,

Malam tadi saya berkesempatan untuk mengikuti cara rakaman lagu dilakukan di ADA EXIST STUDIO di Bandar Sri Damansara. Terima kasih diatas jemputan Pihak Universal Music Malaysia yang memberi kesempatan kepada saya untuk melihat cara artis tanah air kita bertungkus lumus membuat rakaman lagu.

Walaupun lirik telah tersedia, tempo dan penghayatan lagu amat susah untuk memberi impak “sedap”. Kalau lagu tidak sedap, nanti tiada peminat yang suka. Jadi, sebagai penyanyi mereka wajib menyanyi dengan sebaik mungkin.

Semasa di Studio, En Mawi World pun ada. Wah.. bertambah teruja saya dengan kehadiran beliau. Berapa ramai peminat beliau yang dapat berjumpa dia tanpa kawalan ketat dari pihak astro? Alhamdulillah saya dapat berjumpa, passing name card dan bergambar sekali. Yahoo!

Lagu terkini Sepahtu masih tidak bertajuk lagi. Nantikan kemunculannya ya.

Nak bagi lagi havoc, saya share beberapa gambar semasa di studio.

Mawi, Shuib, Jep Sepah di ADA EXIST STUDIO
Othman Mahmood – Penerbit daripada Sheikh Qalam Records bersama Shuib dan Mawi

Along di ADA EXIST STUDIO
Ingat lagi Along Exist? atau GNOLA? Beliau lah pemilik studio recording ADA EXIST. Beliau sedang dengar lagu yang dinyanyikan oleh Shuib dan Jep.

Shuib di ADA EXIST STUDIO
Bergambar bersama Shuib Sepah. 🙂

Jep Sepah di ADA EXIST STUDIO
Bergambar bersama Jep Sepah

Mawi di ADA EXIST STUDIO
Bergambar bersama Mawi World!

Last but not least. Gambar Mawi terkini dan sensasi. :p

Mawi

Okay, semoga industri seni tanahair terus terbang lebih tinggi.

Untuk gambar lebih banyak lagi, sila ke FB fan page saya di Rabiatul Adawiyah | LifeStyle Blogger dan LIKE terlebih dahulu.

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.