Persiapan Majlis Pertunangan #1

      Tiada Ulasan pada Persiapan Majlis Pertunangan #1

Hi,

Harap-harap tiada yang termuntah baca blog persiapan majlis pertunangan saya. Hahaha! sememangnya saya segan nak reveal dan berkongsi semua ini. Akan tetapi permintaannya menggunung dari para pembaca blog saya. Terima kasih semua.

Untuk nombor 1 perkara yang saya fikir adalah hantaran. Memandangkan saya tidak la fussy dan kebendaan sangat, untuk bertunang je kan. Tak perlu la minta yang merepek-repek. Sedangkan kebanyakan benda saya dah miliki. Nak minta laptop? saya dah ada. nak minta handphone? saya dah ada. rumah? saya dah ada. kereta? kongsi je la kereta yang ada. hihihi. Kang tak kawin susah plak. hehehe.

Hantaran pertunangan berbeza sedikit dengan hantaran perkahwinan nanti. Ada yang beri separuh dari hantaran nikah sewaktu melakukan hantaran pertunangan. Jimat budget kata mereka. Akan tetapi tahukah anda bahawa saudara mara kita juga akan sponsor beberapa bahan dulang hantaran. Seperti kek dan makanan ringan. Jadi sudah semestinya melebihi dari apa yang anda rancangkan. Cara begini lebih jimat bagi saya kerana saudara mara bermurah hati memberi. Hehehe. Selain daripada itu, ada pasangan yang suka memberi kebanyakan barang-barang gadget, maybe trend sekarang kot.

Walau apa-apa pun lebih baik rujuk kepada ibu bapa kita. Sewaktu saya merancang dulang hantaran dan barang-barang hantaran, saya nak letak kain songket lah, nak letak baju kemeja la dan macam-macam lagi. Selepas merujuk kepada mak saya, mak tanya berapa dulang? combined dengan hantaran nikah nanti ke? saya hanya jawab 7 berbalas 5 sahaja dan tidak combined dengan hantaran nikah.

Senarai hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki adalah 7 dulang iaitu :
1. Sirih Junjung
2. Pineapple Tart
3. Ice Cream Cookies
4. Pulut Kuning
5. Ayam Bulat @ Golek
6. Mixed Fruit Jelly @ Agar-agar
7. Syrup Cordial

SirihJunjung
Sirih Junjung ini ehsan dari pakcik google.

Hantaran Pertunangan
Combined enam hataran ini melalui gambar ehsan dari pakcik google.

Kenapa kebanyakannya dan sememangnya makanan sahaja? Kerana ia majlis pertunangan, ini ibarat keluarga sebelah lelaki datang dari jauh untuk menyunting anak dara. Perjalanan datang ke rumah keluarga perempuan mungkin excited, apabila pulang, sudah pasti mereka kelaparan dan dahaga. Setibanya di rumah mereka, mereka boleh terus menjamu selera dengan hantaran dari pihak perempuan.

Begitulah apa yang diterangkan oleh mak saya. Ada logiknya kan? Yang paling best adalah kesemua hantaran akan dimasak oleh saya dan mak saya masak sendiri. Alhamdulillah kerana saya pun kreatif. hehe.

Untuk hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan nanti saya rungkaikan pada entry akan datang. Tapi bahagian dari pihak lelaki ini mungkin lambat saya reveal, sebab lelaki kan ambil mudah perkara begini. 100% menyerahkan kepada ahli keluarga untuk membuat persediaan. Lima dulang pun saya tidak tahu apa yang ada. Hanya tahu cincin merisik dan bertunang sedulang, sirih junjung sedulang, lagi tiga dulang mungkin makanan juga. Saya nak request Chocolate ferrero rocher gubahan seperti menara berkembar KLCC. Boleh? Jika cik abang creative, dapat la. Kalau tak creative, dapat sebekas je nanti. Hahaha!

Okay semua, nanti sambung untuk edisi #2 pula ye. 🙂

xoxo

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge