Destinasi Budget : Melaka

Assalammualaikum semua,

Setelah lama bekerja dan stress, jom ke Melaka. Hehehe. Bawa rakan-rakan anda untuk lebih jimat. 🙂

Percutian kali ini saya akan fokus kepada santai selama 2 hari. Sudah pasti santai itu bermaksud ke laut la gayanya. Angin sepoi-sepoi dan nyaman.

Chalet pilihan adalah Teratak Rehat Atie Ira di Pengkalan Balak. Lokasi ini pilihan saya kerana saya dah biasa pergi ke sini. Dari bekerja di 7eleven hinggalah keluarga saya pun saya akan bawa kesini. Sekarang masanya bawa kawan-kawan sekolah pula. Hihi.

Perjalanan bermula dari Taman Melati ke Melaka. Nak mudah guna GPS, supaya tidak terkial-kial mencari arah perjalanan or simpang. Tol pertama kami lalu adalah Sungai Besi – Plus Highway. Kemudian Exit di Simpang Ampat. Bayaran sebanyak RM 13.60

Sampai je di Pengkalan Balak kami pergi cari makan. Lapar gila. Ada coconut shake yang sedap. 🙂

Melaka Trip - Pengkalan Balak

Pastu Check in di Teratak Rehat Atie Ira.

MelakaTrip - Pengkalan Balak
Bilik 1 untuk kaum Hawa dan Bilik 2 untuk kaum Adam.

MelakaTrip - Pengkalan Balak
Qistina dah melaram dengan buaian tayar. 🙂

MelakaTrip - Pengkalan Balak
Main gelongsor pula. hehehe. 🙂

Melaka Trip - Pengkalan Balak
Mandi Laut. Kaki je ada.. 🙂

MelakaTrip - Pengkalan Balak
Dah petang skit kami get ready untuk BBQ. Perut dah lapar. Kebiasaannya memang waktu macam ni saya akan start nyalakan api. Sebab sampai je chalet tepi laut, sure gi tenggelam timbul dulu. Dah penat, lapar la jawabnya. Dari kiri – Zaty, Jannah, Rabiatul, Qistina and Ieda

Menu BBQ :
MelakaTrip - Pengkalan Balak
Sausage Bakar

MelakaTrip - Pengkalan Balak
Coleslaw.

MelakaTrip - Pengkalan Balak
Barbecue Chicken!

Melaka Trip - Pengkalan Balak
Peri-Peri Sauce wajib ada!

Baked Potato with Cheese pun ada!

MelakaTrip - Pengkalan Balak

MelakaTrip - Pengkalan Balak

Setelah kenyang makan, rehat kejap untuk lelap mata dan pergi ke Bandar Hilir diatas permintaan ramai. Kalau ikutkan nak mandi laut malam-malam. Sebelum ni, kalau datang ke Teratak Atie Ira memang aktiviti malam pergi mandi laut. Air tidak sejuk… 🙂

Keesokan harinya, pergi bergambar di tepi laut.
Melaka Trip - Pengkalan Balak

Melaka Trip - Pengkalan Balak
Bersama Zaty, gayat nak panjat batu-batu ni. T_T

Melaka Trip - Pengkalan Balak
Bersama Saiful Naim pula.

Selesai cari breakfast kami semua berangkat ke Bandar Hilir – Dataran Pahlawan. Parking kereta rm 5 untuk satu hari. Lepas tu kita semua exercise sampai lebam ke Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Pahlawan Walk, Muzium Samudera, Kota A Famosa, Melaka River Cruise dan macam2 lagi. Memandangkan trip ini untuk bersiar2. Saya tak rushing untuk start engine mencari kedai makan. Malahan senang hati jika berjalan ke gerai-gerai makanan di Bandar Hilir.

Melaka Trip - Pengkalan Balak

Jom naik Menara Taming Sari. RM 10 bagi dewasa dan RM 5 bagi kanak-kanak.

Melaka Trip - Bandar Hilir

Melaka Trip - Pengkalan Balak

Selesai sudah satu perjalanan dan percutian. Tunggu next trip saya yang lain. 🙂

Summary budget kami adalah :
Minyak & Tol untuk dua buah kereta : RM 200
2 Bilik (Kipas) x RM 70 : RM 140
Tambah 3 tilam and bantal x RM 10 : RM 30
Bahan Barbecue : RM 150 (Ayam, sausage, potato, bahan coleslaw, mayonnaise, cheese, bahan perap, dawai, minyak, madu, arang, air kotak, air botol dan air mineral)
Menara Taming Sari : RM 75
Lunch Nasi Ayam : RM 32
Jet ski RM 15/perhead : Nil
Banana Boat RM 10/perhead : Nil

Rabiatul (Driver) – RM 100 minyak n tol
Keli (Driver) – RM 100 minyak n tol
Naim – RM 100 bahan barbecue
Corr – RM 100 bahan barbecue dan persiapan bakar
Ieda – rm 100 Bilik
Jannah – RM 100 Bilik dan Tilam extra + Lunch Nasi Ayam
Zaty – RM 100 Contingency money

Hubungi Teratak Rehat Atie Ira di 019-2172317 untuk tempahan. 🙂

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.