Kakak Angkat di Program Sinar Cahayaku

      2 Ulasan pada Kakak Angkat di Program Sinar Cahayaku

Sewaktu zaman sekolah dahulu, gelaran kakak angkat diberi kepada senior yang kita suka. Seperti senior yang cantik-cantik atau pandai-pandai akan menjadi contoh untuk menaikkan semangat untuk belajar dan berkenalan dengan lebih dekat. Jika difikirkan balik, saya menjadi kakak angkat untuk 7 orang junior sewaktu di sekolah menengah dan di zaman universiti untuk 10 orang junior. Pengalaman sebegitu memang sangat seronok, tambahan lagi kami saling memerlukan tidak kira dari segi aspek. Yang pasti adalah aspek untuk berjaya adalah no 1!.

Kini, program seperti ini kembali menggamit pengalaman sebelum ini. Terasa syahdu hati bila teringat kasih sayang yang tercipta. Dari pelajar yang nakal boleh menjadi sebaik manusia. Sehinggakan apabila berjumpa pun masih berpelukan.

Program Sinar Cahayaku adalah inisiatif peribadi dari jenama penjagaan kulit Garnier Malaysia untuk memudahkan wanita Malaysia membantu gadis-gadis muda yatim piatu dengan menjadi’kakak angkat’ atau “adopted sister”. Dengan itu mereka dapat menjalinkan persahabatan mesra, memberi nasihat dan sokongan dalam satu erti kata Sinar Cahayaku bagi gadis-gadis yatim piatu ini supaya mereka membesar melalui aktiviti-aktiviti besama kita semua iaitu ‘kakak-kakak angkat’ bertemu dan berkenalan dengan adik-adik angkat mereka.

Dalam intipati, moto Garnier “Take Care” memperkenalkan kepercayaannya menjaga diri sendiri, persekitaran dan lain-lain. Manakala produk-produknya diambil dari ekstrak terbaik dari segi sifat dan sains menjaga kulit, rambut dan aspek-aspek lain, jenama yang memperkenalkan kehijauan dan mesra alam serta amalan-amalan menjaga komuniti dengan lebih baik.

Sejajar dengan falsafah menjaga masyarakat, Garnier telah memulakan program Sinar Cahaya ku dengan menghulurkan bantuan bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam masyarakat Melayu.

Dengan itu, masyarakat secara tidak langsung berani untuk menghulurkan bantuan walaupun hanya menjadi kakak angkat untuk gadis-gadis yatim piatu itu. Bahkan program ini menarik ramai perhatian umum kerana aktiviti ini sudah lama ditinggalkan dan hanya masih diguna pakai di sekolah dan di universiti. Bagi saya, saya telah bekerja dan sudah lama meninggalkan zaman Universiti. Maka, program sebegini amat saya nantikan!

Pasti ramai daripada anda yang ingin mengetahui cara-cara untuk menyertai program ini. Walaupun ia percuma perkhidmatan anda, tetapi impak dari gadis-gadis ini amat besar pahalanya. Hari ini nasib mereka, mana tau esok lusa nasib kita macam mana. Berikan mereka rasa kasih sayang tidaklah begitu sukar bukan? Semua manusia memerlukan perhatian dan kasih sayang. Masa ini lah kita buat sesuatu untuk komuniti dan masyarakat. 🙂

Bagaimana untuk menyertai “Take Care” cause :
1. Pergi www.facebook.com / GarnierMalaysia
2. LIKE Fanpage Garnier
3. Klik pada tab “Sinar Cahayaku” di sebelah kiri bar (di bawah gambar profil)
4. Pergi ‘Daftar Sekarang’ dan masukkan butir-butir peribadi anda
5. Anda secara rasmi ‘Kakak Angkat’ dan duta “Take Care”!

Syarat-syarat menyertai : Perempuan dan berumur 21 tahun ke atas. Rakyat Malaysia sahaja.

xoxo,

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Kakak Angkat di Program Sinar Cahayaku

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge