Libresse PureFresh Green Tea Odor Control

      1 Comment on Libresse PureFresh Green Tea Odor Control

Minggu yang lalu saya telah dijemput ke Libresse PureFresh Green Tea Odor Control launch di BlackBox@MAP di Publika. Sebelum ini saya juga penggemar setia Libresse. Boleh dikatakan di mana ada Libresse, di situ ada saya. Hahaha!

Sampai di Publika ternampak signboard diatas dalam 6 unit di berlainan lokasi. hehehe. creative betul.

Pada tahun 2010, saya juga dijemput hadir untuk majlis pengumuman pemenang peraduan “Be Super, Be A Star“. Itu adalah kali pertama saya berjumpa dengan Yuna, The Chong Sister dan Kak Adibah Noor. Mereka semua sangat sporting sehinggakan saya rasa comfortable seperti menggunakan Libresse.. Hehehehe.

Okay berbalik kepada perlancaran Libresse PureFresh Green Tea Odor Control, sememangnya acara ini diatur dengan baik sekali. Ada sesi permainan teka silang kata, dan sesi teka filem melalui pergerakan. Memang seronok.


Libresse Ambassador yang sentiasa aktif! Pamela Chong, Adibah Noor, Vanessa Chong.

Ean Hitz FM
Pengacara Gotcha! Ean dari HitzFM. Hehehe.


Walaupun gambar ini gelap, saya nak juga upload gambar ini. 🙂

Libresse PureFresh Green Tea Odor Control didatangkan dengan 6 berlainan ciri tetapi masih kekal mempunyai bau-bauan Green Tea.

Pernahkan anda ketahui adanya tuala wanita yang menyerap bau haid anda? Bahkan mengeluarkan haruman teh hijau yang menyegarkan? Libresse jenama global penjagaan kebersihan wanita keluaran SCA, kini mengeluarkan produk inovatif baru iaitu PureFresh Green Tea Odor Control yang menepati kedua-dua fungsi tersebut?

Ciptaan terkini Libresse ini dilengkapi ciri-ciri seperti OdorSeal, membantu mengawal bau tidak menyenangkan sementara pati teh hijau membebaskan haruman menyegarkan agar anda tidak lagi dibayangi perasaan tidak selesa. Rangkaian Libresse PureFresh Green Tea Odor Control menggunakan ekstrak Aloe Vera yang membantu melegakan iritasi serta menggalakkan kesuburan kulit. So takda gatal-gatal di sekitar kemaluan. Nanti dari malu jadi tak malu untuk bergaru-garu. 🙂

Produk ini juga dirias dengan corak bebunga, sekali gus menggalakkan anda untuk memiliki kerana ia sangat comel. 🙂

Rangkaian Libresse PureFresh Green Tea Odor Control boleh didapati di pasaran dengan harga RM 3.30 bagi pek biasa dan RM 5.80 bagi pek besar.

Untuk maklumat lanjut, jom lawati www.libresse.com.my atau facebook Libresse Malaysia


Libresse Night Wings


Libresse MAXI Non Wings


Libresse MAXI Wings

Libresse Ultra Thin Wings
Libresse Ultra Thin Wings

Libresse Slim Pantyliner
Libresse Slim Pantyliner

Libresse Super Slim Pantyliner
Libresse Super Slim Pantyliner

Libresse Souvenir
Door Gift dari Libresse. 🙂

Libresse Blogger
Diantara bloggger yang hadir. Dari kiri Nisa, Kak Ina, Ella, Rabiatul, Zara, Anne, Ziera

xoxo,

1 comment on “Libresse PureFresh Green Tea Odor Control

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.