Memori Keriangan di Genting Thrill Ride Theme Park!

Assalammualaikum semua,

Pastinya ramai diantara kita gemar ke Taman Tema Genting Highland kan? Dari kecil sewaktu kanak-kanak, sewaktu remaja, sewaktu berdating ngan pakwe dan kini sudah berumahtangga pastinya membawa anak-anak pula kan. Hehehe. Bukanlah ingin anak-anak mewarisi pergi dating pada waktu remajanya, tetapi sewaktu remaja dan dewasa jugalah kita semua mengimbas kenangan semasa di Taman Tema Genting Highland bersama keluarga dan sahabat.

Pengalaman saya di Taman Tema Genting Highland memang seronok, dua kali saya kesana semasa saya sekolah rendah sahaja. Pada waktu sudah remaja memang tidak berkesempatan ke Genting Highland kerana sibuk dengan pelajaran dan sekolah pun tidak buat percutian ke sana. Balik-balik dengar ceramah akademik yang membosankan. Hahaha! Shhh! (Kantoi dengan guru pula nanti)

Saya masih teringat sewaktu ke Taman Tema Genting Highland bersama mak dan adik-adik, kami menaiki cable car dan seterusnya bergambar dengan lukisan Gajah iaitu salah satu maskot Taman Tema Genting Highland. Terkinja-kinja nak naik roller coaster, tetapi tidak boleh naik sebab tak cukup tinggi pada waktu itu. Akhirnya yang paling saya suka naik adalah Matahari. Seperti buaian gitu. 🙂

Kali kedua ke Taman Tema Genting Highland saya diperkenalkan dengan Solero Space Shot. Memang nak naik sangat, tetapi waktu itu hujan. Jadi pihak Genting menghentikan permainan itu kerana faktor keselamatan. Bahaya juga kalau main Solero Space Shot sewaktu hujan, mungkin tergelincir pula. Melalui pengalaman rakan-rakan sekolah dulu, permainan Solero Shot tu sangat extreme dan ibarat jantung berada di atas kepala. Hahaha! Saya pun nganga mendengar cerita kawan saya tu. Hahaha!

Walau apa pun, kalau diberi peluang untuk ke Taman Tema Genting Highland, saya sudah tentu manusia yang angkat tangan paling tinggi!

Memori Keriangan di Genting Thrill Ride Theme Park! 1

Kini di Genting Avangelist ada membuat jemputan ke Genting Thrill Ride Theme Park! Anda hanya perlu isikan ruang komen dengan jawapan yang paling kreatif.

Soalannya berbunyi begini tell us what makes your blood pump and your adrenaline rush? / Beritahu kami apa yang membuatkan tekanan darah dan derauan adrenalin anda meningkat?

Jawapan saya sudah pastinya di dalam bahasa melayu, kerana saya ingin selaraskan penggunaan bahasa saya di dalam dunia blogger (kahkahkah :p)

Didalam kehidupan ini tidak lengkap jika tiada cabaran. Tetapi cabaran perlulah dari segi yang sihat, melalui perniagaan anda juga melalui cabaran ingin bersaing. Tetapi bagi saya, untuk meningkatkan tekanan darah dan derauan adrenalin adalah melalui extreme sport seperti lumba drift. Saya tidak gemar bersaing berebut pelanggan. Hahaha! Tekanan Darah dan Derauan Adrenalin memang sampai kemuncak apabila memandu kereta dengan kelajuan yang teramat. Kerana saya melawan ketakutan dan dalam masa yang sama saya cuba untuk beri semangat supaya janganla excident. Hahaha!

Itu adalah percubaan pertama saya dalam sukan permotoran. Selepas selesai perlumbaan, jadi ketagih ingin drift lagi. Hahaha! Selain Drift, Roller Coaster juga permainan yang membuatkan saya dicabar dengan perasaan takut mati terjatuh. Tetapi apabila sudah mencuba, nak lagi dan nak lagi. Pengalaman saya tahun lepas di Taman Tema Fujiyama di Fujiyoshida, Yamanashi, Japan. Di negara sendiri tidak sempat untuk mencuba permainan Roller Coaster, tetapi berkesempatan pula di negara matahari terbit di Jepun. Memang rasa nak terkeluar jantung ni dan saya membuat persiapan sebelum main Roller Coaster tersebut iaitu dengan tidak makan dan minum apa-apa. Ketakutan, Keseronokan dan macam-macam perasaan keluar masuk serta bertukar dalam satu pusingan Roller Coaster. Ada yang memberi tips suruh saya layankan sahaja kelajuan Roller Coaster, siap suruh angkat tangan rasakan angin di udara. Ibarat terbang tinggi mencapai awan. Saya buat semua tu, bila sampai satu tahap Roller Coaster bergerak perlahan naik keatas dan menanti waktu untuk turun menjunam, masa itu bukan lagi “im like a bird” tetapi ibarat pergi bunuh diri. Hahahah!

Itulah Tekanan dan Derauan Adrenalin saya, dalam takut-takut tu nak lagi dan nak lagi. hahaha!

Harap-harap terpilih untuk ke Genting Thrill Ride Theme Park, saya available pada tarikh 3 May 2012 tersebut. 🙂

Bagi anda yang ingin menyertai saya di Genting Thrill Ride Theme Park anjuran Genting dan Nuffnang, silalah berikan komen yang paling best di Nuffnang dan Genting Avangelist!

xoxo,

Memori Keriangan di Genting Thrill Ride Theme Park! 2

5 thoughts on “Memori Keriangan di Genting Thrill Ride Theme Park!”

  1. aku pun penah pegi gak genting waktu kecik2 dulu.. tapi sayang sebab mase tue aku pendek lagi, byk gila rides yang aku takleh naik, sebab tak silap aku mase tue, diorg ade height limit untuk sesetengah rides ;p

    • samanosuke_04, hakhakhak.. pengalaman kita serupa. tulah sian kan. masa waktu berani nak naik tak boleh naik. bila dah tua2 ni seriau pula. hahaha!

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.