Pencarian Harta Karun di Genting Awana

Bila bersembang berkenaan “Outdoor Activities”, ramai yang geleng kepala dan ramai juga yang teruja ingin join. Bagi saya, saya suka apa sahaja aktiviti yang membakar lemak. Maklum la semakin hari semakin gemuk. Kalau nak tahu kehidupan blogger ni, kebanyakan masa habis di depan laptop atau habiskan masa ke event. Sekarang saya dah pandai sikit jadi blogger, saya pergi event yang berbayar dan kalau tidak berbayar tu kena yang dekat dengan rumah. Supaya tidak terkilan dengan minyak, parking dan tol. Hehehe.

Berbalik kepada aktiviti luar yang mencabar mental dan fizikal, saya lebih suka aktiviti extreme yang mempunyai target. Contohnya macam mendaki gunung untuk mencari air terjun yang tersembunyi. Jadinya, saya set dalam fikiran saya untuk mendaki bukit ini untuk mencari air terjun. Mungkin ada ramai orang yang boleh mendaki gunung hanya sampai kepuncak kerana untuk tawan dan melihat permandangan dari ketinggian gunung tersebut. Itu juga boleh dijadikan sebagai tips supaya anda tidak mudah berputus asa. 🙂

Kali ini pihak Nuffnang dan Genting akan mengadakan aktiviti fizikal di Genting Awana. Bagi anda yang ingin menyertai saya ke Genting Awanan melakukan aktiviti tersebut cekidout cara-caranya dibawah :

Anda Nuffnangers dan menikuti Genting Avangelist? Pada 10 – 11 May 2012, saya akan ke Genting Awana untuk merasai “Eco Sport” versi di Bukit Genting. Jom klik Genting Avangelist

Isikan komen dengan jawapan paling kreatif. Soalan berbunyi begini “what’s your favourite outdoor activity and why” / “apa aktiviti luar kegemaran anda dan mengapa?”

Aktiviti luar kegemaran saya adalah shoping, eh silap jawapan.. hahaha! aktiviti luar kegemaran saya bagi sukan fizikal dan mental adalah mencari harta karun di dalam hutan. Aktiviti ini sangat mencabar. Mencabar dari segi team work dan fizikal. Panjat sana, panjat sini. Daki sana, daki sini. Kalau ada salah seorang ahli kumpulan patah semangat dan ingin tarik diri, itu adalah salah satu drama swasta paling saya kena cekal. Kalau ikut hati memang nak marah kan. Tapi kena fikir situasi beliau juga. Letih sampai tak bernafas ke, takut gelap ke, fobia hutan ke. Mungkin dia berimaginasi ada binatang buas ke. Jadinya memang kena bagi beliau tenang dan selepas sudah reda baru boleh sambung pencarian harta karun. Pencarian harta karun di dalam hutan memang seronok, sebab apa saya suka? Sebab saya rasa dekat dengan alam semulajadi flora fauna. Dapat mendengar kicauan burung-burung dan suasana redup di dalam hutan memang nyaman. Cuma setiap seorang kena bawa air masing-masing.

Inilah aktiviti yang paling saya suka. Anda pula bagaimana?

xoxo,

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.