Teater Musikal Gerimis Mengundang

      4 Comments on Teater Musikal Gerimis Mengundang

Assalammualaikum semua,

Pada 3 Mar 2012 iaitu hari Selasa pada jam 8.30 malam. Saya berkesempatan menonton Teater Musikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya bersama-sama dengan 25 blogger jemputan yang lain. Konsep saya mudah, jika saya mendapat jemputan filem atau teater. Saya akan jemput juga rakan-rakan blogger yang lain. Supaya keseronokan dapat dikongsi bersama. 🙂

Diantara blogger yang hadir adalah RedMummy, Hanis Zalikha, Shahrol, Mohd Zaid, Hamzah, Pia, Adam, Maya, Kojie, Adenium, Jaazli, Nabila. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi hadir.

Saya sememangnya penyokong indsutri seni tanahair. No gossip tetapi lebih kepada menyokong perkembangan terkini industri. Tetapi saya bukanlah blogger hiburan. Saya hanya lifestyle blogger. Semua perkara yang mendatangkan pengetahuan dan info saya selitkan di dalam blog ini.

Pendapat Peribadi www.ruby.my tentang #TMGM

Secara peribadi saya menyangka teater ini tidak BEST. Sebelum saya datang ke Istana Budaya, saya bertanya kepada beberapa orang wartawan yang hadir pada Majlis Pra Tonton Media. Kerana mereka adalah orang pertama yang melihat dan menonton teater #TMGM. Rata-ratanya mengatakan bahawa #TMGM penyampaiannya gagal dan musikalnya tidak sesuai.

Apabila mendengar komen sebegitu, ia membuatkan saya ingin menonton dan nak nak nak sangat menonton Teater! Tambahan pula saya memang gila menonton Teater! Malam tadi, dihadapan mata saya, telinga saya, para penonton gelak tak ingat dunia dengan lakonan Kamal Adli! Ya, ramai yang mempertikaikan “kenapa Kamal Adli menjadi hero dalam #TMGM?”. Saya dah tonton, jadi saya berani cakap yang TIADA SIAPA BOLEH MELAKONKAN WATAK ZAMANI selain KAMAL ADLI.

Kamal Adli menari, berlakon, MENYANYI dan “blend” bersama pelakon-pelakon teater yang lain. Ini sangat sukar untuk dipraktiskan, kerana wataknya pelbagai. Semalam saya duduk di barisan F iaitu 3 barisan paling depan. Watak Zamani, Cinta, Yana, Rizal, Jering dan Bulan memang membuat saya ketawa sepanjang pementasan. Saya dah tak fikir penonton lain akan ketawa atau tidak. Saya continue ketawa dan lama kelamaan ada penonton yang ketawa bersama-sama saya. Hahahaha.

Saya dapat pelajaran baru semasa menonton teater, keseronokan dan ketawa dari penonton akan hadir jika penonton lain ketawa juga. Mungkin ada yang segan untuk ketawa, sedangkan watak yang dimainkan oleh para pelakon sudah sememangnya kelakar, dan kelakar itu sangat berat bagi mereka untuk lakonkan. Alhamdulillah Teater Musikal Gerimis Mengundang berjaya menarik perhatian saya yang pada awalnya dah set dalam kepala “SURE TAK BEST NIH” Tetapi hakikatnya “BEST GILER!

Diantara Barisan Pelakon #TMGM
1. Kamal Adli sebagai Zamani
2. Mikha Tambayong sebagai Cinta
3. Taiyuddin Bakar sebagai Jering
4. Najua P Ramlee sebagai Mulan
5. Shenty Feliziana sebagai Yana
6. Mustaqim Mohamed sebagai Rizal
7. Kumpulan Zero dari Raja Lawak 6 sebagai Kapten Kunal, Kapten Kadir, Kapten Syaiful

Karakter yang dibawakan oleh mereka diatas sememangnya mencuit hati. Kamal Adli dengan tariannya, saya tidak menyangka Kamal Adli boleh menari sebegitu rupa!

Saya sempat bertanya kepada Kamal Adli, adakah beliau baru belajar menari dan sempatkah untuk menari sedemikian rupa dengan hanya 20 hari rehearsal? Sebenarnya Kamal Adli pandai menari dan masa zaman remajanya beliau seperti anak muda yang lain suka menari street dance. Cuma sudah beberapa tahun meninggalkan dunia tari tersebut, kali ini beliau menyahut cabaran yang diberikan oleh Pengarah Tersohor Ahmad Idham untuk membawa watak utama iaitu sebagai Zamani.

Watak Mikha sangat sweet dan suara beliau sangat lunak. Menyanyikan lagu melayu dengan baik dan watak Cinta sangat serasi dengan beliau. Percintaan bersama Zamani penuh dengan angau bercinta, cabaran bercinta dan tidak lupa yang Mikha sangat sporting. 🙂

Watak seterusnya yang menaikkan aura ketawa berdekah-dekah adalah dari Taiyuddin dan Najua. Mereka adalah pasangan kekasih yang sangat cute sehinggakan konflik yang berlaku diantara mereka membuatkan penonton ketawa. Tambahan pula Najua mempunyai suara luar biasa. Anda saksikan Teater Musikal Gerimis Mengundang dan anda pasti teruja!

Watak Yana dan Rizal pula pencetus huru hara. Hehehehe. Bukanlah huru hara sangat. Tetapi mereka berjaya membawa watak antagonist yang membuat penonton menyampah! Bermakna mereka berjaya membawa watak tersebut!

Saya terfikir siapa la yang menulis skrip Teater Musikal Gerimis Mengundang, beliau adalah encik Azwan Annuar! Tepuk tangan untuk Abg Wan saya ni. hehehe. 🙂

Jom layan beberapa keping gambar dibawah! Terima kasih Shahrol kerana sepantas kilat upload gambar!

Kamal Adli
Pemain Pendokong utama (versi indonesia) hehe. Pelakon utama dalam bahasa melayu iaitu Kamal Adli. Hensem juga. :p

Datuk Md Afendi Hj Jamdan
Penerbit, ERAMA Creative iaitu Datuk Md Afendi Hj Jamdan. 🙂

Azwan Annuar
Bersama Abg Azwan!

Najua P.Ramlee
Najua P.Ramlee, memiliki bakat yang sangat luar biasa! Berani dan sangat tinggi keyakinan diri walaupun berbadan comel. Kamu inspirasi gadis di luar sana Najua!

Kumpulan Zero Raja Lawak 6
Penampilan Kumpulan Zero Raja Lawak 6 memang sangat AWESOME! Tidak kering gusi dibuatnya.


Diantara artis yang hadir memberi sokongan adalah Cik Liyana Jasmay. Dah nak kahwin dah. Muka dia sangat sweet! Saya suka cara dia. 🙂

Pementasan Teater Musikal Gerimis Mengundang ditayangkan di Panggung Sari, Istana Budaya dari 27 March 2012- 8 April 2012 pada jam 8.30 malam. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dapatkan tiket anda segera di www.ticket2u.biz

Harga tiket dan kedudukan bagi pementasan pada hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad adalah seperti berikut :

Harga tiket dan kedudukan bagi pementasan pada hari Jumaat dan Ahad adalah seperti berikut :

Jom pakat ramai-ramai tonton Teater Musikal Gerimis Mengundang. Kalau bukan kita yang membantu menaikkan industri teater tanahair. Siapa lagi?

Gambar-gambar akan saya selitkan selepas menerima hasil photograph Mohd Zaid dan Shahrol. Hehehe. Saya tiada camera la. :p

Jom ramai-ramai LIKE facebook Excellent Pictures dan Twitter @ExcellentPic_My. Sebuah syarikat produksi kelolaan Ahmad Idham. Semoga sukses!

xoxo,

4 comments on “Teater Musikal Gerimis Mengundang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge