Awana Genting Highland Jungle Trekking

Heyyo..

Lepas habis sekolah pada tahun 2004 memang saya dah tidak join Jungle Trekking, cuma pada tahun 2010 saya mendaki Bukit Broga dengan Glitterati Plus pioneer member! Mengah sangat! Kali ini Genting Highland punya hutan pula saya akan teroka!

Malam sebelum bermulanya Jungle Trekking hujan lebat tau. Blogger-blogger semua dah cakap mesti esok banyak pacat! Muka saya seperti biasa la kan. Rilek je la. Bila tiba waktunya, pagi tu dah macam geli-geli bila tengok pacat.

Kami menuruni bukit, melalui sungai dan panjat lurah semua tu. Susah betul dengan kapasiti yang berat macam ni. Tapi ada juga orang kurus tak leh nak daki. Self confidence kot.

Bila buat aktiviti macam ni, dapat lihat dunia lagi satu ciptaan Allah s.w.t. Indah sangat. Siap ada sungai yang mengalir. Kami yang blogger-blogger gila-gila ni siap mandi lagi disana. Lepas tu kaki cramp la sebab mandi sekali ngan kasut sport. Hahahaha!

Selepas menjadi peserta terakhir kembali ke pangkal jalan, eh silap.. kembali ke tempat pick up point, kami kena tanam pokok sempena program CSR pihak Genting Fun & Adventure. Huarghh! Kaki dah le cramp. Tunggu masa nak luruh je. T_T

Genting Highland Jungle Trekking

Selepas je marshal cakap Group no 1 boleh naik van untuk pulang ke hotel, so saya yang dari Group no 2 berlari ke van. Tak kira nak balik hotel jugak!

Deep heat yang Marshal Allan dan Zul nak bagi pun tak sempat, sebab aku dah meroyan nak balik hotel.

Sesampainya di hotel. Jeng Jeng Jeng. Nasib baik masuk bilik hotel terus belok kiri dah masuk bathroom. Menanggalkan segala-galanya. Yang keluar beberapa ekor pacat! Grrr! Gelinya! Nasib baik Cik Lily Putih tak balik satu van ngan saya. Kalau lah dia mendengar jeritan ruby yang gangster ni sure gelak guling-guling nanti. hahaha!

So inilah hasil sedutan darah ku oleh pacat-pacat yang berani! Habis kaki ku.

Bagi yang suka extreme sport boleh la try Hutan Genting Highland. Lihat samada anda cekal atau tidak.

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Awana Genting Highland Jungle Trekking

    Cik Lily Putih

    (May 15, 2012 - 11:58 pm)

    yelah pacat ada mata ek, hebat tuh… patut abis satu peha aku di gigit dibuatnya
    Cik Lily Putih´s last blog post ..SUPER GT 2012 – Round 3 Malaysia, Jom Kita Pi Tengok!My Profile

      rabiatul adawiyah

      (May 16, 2012 - 12:44 am)

      @Cik Lily, rasanya dia dapat signal darah yang mengalir deras di peha ni! hahaha!

    YaNa YassiN

    (May 14, 2012 - 9:25 pm)

    Pacat suka color putih, elak guna tracksuit , stokin or kasut putih. :)) Dedulu biasalah tracking masuk hutan. ranjer bg petua tueee.
    YaNa YassiN´s last blog post ..Tahniah Fasha Sandha Hamil 2 mingguMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (May 14, 2012 - 11:38 pm)

      @Yana, ewwww.. pacat ada mata ke? hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.