Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort

Ini adalah entry yang terlewat sikit saya update. Hehehe. Okay pada 20 April – 22 April 2012 yang lepas saya telah menerima jemputan dari pihak Genting dan Nuffnang untuk review Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort.

Kami berkumpul pada 20 April jam 9pg di hadapan Wisma Genting, dan terus bertolak ke Terengganu. Perjalanan mengambil masa 6 jam sahaja. Tetapi kami menjamu selera di Pak Soon Restaurant sebelum check in Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort.

Tiba je di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort kami semua di sambut dengan minuman istimewa yang dihiasi payung kecil. Air oren kalau tak silap saya. Dengan cuaca panas pada waktu itu memang sesuai sangatlah minuman tersebut. Pada percutian ini saya kongsi bilik dengan Cik Lily Putih. Kami berdua memang hyper active dari awal perjalanan sehingga tiba di Kijal, Terengganu.

Hotel dan Keselesaan

Gambar dibawah adalah gambar sekitar dalam bilik kami. Deluxe Twin Room, sebuah bilik untuk penginapan 3 hari 2 malam anggaran dalam RM 900. Bilik yang sangat selesa. Katil Super Single ada 2. Tempat pertama saya tuju adalah bathroom. Ada toilet dan shower room lagi. Luas dan selesa. Saya suka dengan pemilihan warna putih keseluruhannya di dalam bilik air.

Dari dalam bilik kami boleh lihat swimming pool yang memanggil-manggil untuk saya berenang seperti ikan duyung versi comel. Hahaha! Padang Golf terbentang luas dan nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort menyediakan seterika, iron board, kettle, televisyen dan paling penting bagi blogger seperti saya adalah internet!!! Ya! Internet! Jika tiada internet, kami tidak boleh tidur malam! Yang bestnye di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort plug socket ada banyak! Tak payah nak berebut nak charge handphone, camera, tab dan laptop. Owh rate untuk internet RM 25 untuk 24 hours. Berbaloi juga tu sebab Kijal tu mana ada signal P1 Wimax, DiGi Broadband, Maxis Broadband dan semua wireless boradband yang lelain. Menangis la korang. hahaha!

Makanan & Pelbagai Menu Pilihan

Selain bilik yang selesa, mesti nak tahu keenakan masakan di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort. Sedap, bersih dan selesa keutamaan saya. Untuk dinner kami disajikan dengan pelbagai juadah. Nasi Kerabu dan juadah lain semua saya rasa. Memang ternyata lazat.

Restoran Kampong Meraga Beris menyediakan buffet dan makanan yang disediakan di dalam sampan. Disini anda boleh menikmati selera tradisi terengganu.

Business Hours:
6.30am – 10.30am (Breakfast)
12.00pm – 2.30pm (Lunch)
6.30pm – 10.30pm (Dinner)

Untuk pengetahuan anda, Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort adalah Resort bertaraf 5 bintang. Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort akan memberi service super tip top la kan. Tiada apa yang nak di komplain apabila anda berada disini. Tenang fikiran.!

Bagi menu breakfast lagi lah macam-macam. Saya paling suka dengan koleksi roti yang sangat banyak! Roti lembut pula tu. Masih teringat kelazatan roti tersebut. Nyum Nyum!

Menu saya selain roti, saya makan western breakfast seperti sosej, ayam turkey, scrambled egg dan susu. hehe.

Malam kedua kami disini kami disajikan dengan menu steamboat. Ada seafood, sayur dan semua yang wajib ada untuk steamboat tersedia untuk saya cedok je. Siap ada Buttered Prawn lagi! Grrr!! Om Nom Nom.

Breakfast hari kedua dan ketiga pun best! Dari apa yang saya lihat, Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort mengekalkan kualiti hidangan tiap makanan. Jika anda perhatikan, ada menu yang tidak akan diulang untuk keesokan harinya. Bagi yang mengidam tu cubalah cari menu lain. Hikhikhik. Nasib baik saya bedal je semua makanan yang ada. Kira macam Quality Control lah kan. Haha!

Permandangan dan Suasana

Selain dari keselesaan tidur di bilik dan makanan yang lazat, persekitaran Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort sememangnya sesuai untuk anda yang menginginkan ketenangan. Anda boleh berjalan kemana sahaja yang anda suka. Pastikan anda tidak ketinggalan membawa kamera bersama-sama.

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort sangat terkenal dengan Princess BRA Mooryati Soedibyo of the Royal Javanese Palace. SPA eksklusif ini mempunyai banyak pakej. Anda datang dan pilih pakej pilihan hati. Ada Spa Treatment, Aromatherapy Massage, Foot and Hand Therapy, Beauty Centre dan Hair Saloon. Tukang urut disini akan mengurut anda dengan selesa dan sampai tido lah dibuatnya. Hahaha!

Aktiviti dan Kemudahan

Bahagian ini paling saya suka. Saya memang aktif, jadi bila Nuffies Shahzeeq cakap uols boleh pergi enjoy outdoor activity! Yay! Berlari ke tepi laut! Gi sign wasiat sebelum main semua aktiviti lasak tu. Diantaranya Banana Boat, Jetski, Fun Pool Activities, Beach Activities, Watersports Activities – Motorised dan Watersports Activities – Non-Motorised. Aktiviti ini bergantung kepada cuaca tau.

Selepas kena campak dek Banana Boat tu, terus sakit-sakit badan. Kesian i tau. Calar muka. Dah stop dengan game lautan kita continue berenang di swimming pool. Luasnyer!!! Saya suka!

Beach Soccer, Sepak Takraw /Ragabulat, Beach Volleyball dan Basketball adalah Complimentary bagi semua penghuni resort. Manakala Sand Castle Building, Kite Flying RM10 dan Traditional Wau RM20. Bagi yang suka ATV Ride, RM50 untuk 15 minutes je.

Kampung Tour

Aktiviti Kampung Tour ni memang tersedia di Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort. Ada juga aktiviti lain, cuma majoriti ramai nak shopping keropok ikan semua tu. So pergi Kampung Tour le. Lokasi Kampung Tour sekitar Kijal, Temasik dan Cherating. RM 60 untuk seorang. 🙂

Kami pergi pusat penjagaan penyu, mencanting batik, menganyam tikar mengkuang, tengok proses pembuatan satar dan keropok lekor.

Panjang pula entry saya kali ini, bagi yang ingin bercuti bersama keluarga atau pasangan anda. Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort adalah lokasi yang paling aman!

Semasa dalam perjalanan pulang, jemput singgah ke kedai lemang di tepi jalan. Terkenal dengan panggilan Lemang Kijal. Kedai Mak Ngah menjadi pujaan kami kerana mak ngah friendly dan beri kami rasa lemang yang sedap dan lemak berkrim! Layan!

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort

    Faizal

    (November 27, 2012 - 10:46 am)

    Salam. Kalau xkeberatan saya nak belajar cara pasang plugin social facebook dan mohon komen ape yang patut saya buat supaya blog saya menarik. Mohon tunjuk ajar dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.

    dayah

    (November 26, 2012 - 1:40 pm)

    bestnye..bestnye…

    aiiihhh… payah bila baca penulisan yg best nih..

    boleh terpengaruh..haha..
    dayah´s last blog post ..jenis jenis bloggerMy Profile

    pia

    (May 17, 2012 - 8:53 am)

    untung dpt pegi sini
    like like like 😉
    pia´s last blog post ..I got 2 Kenny G Heart & Soul tickets to let go(Concert)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.