Jom sertai Peraduan MyMaxi-Peel Journey

Ramai wanita di Malaysia mengalami satu perasaan takut untuk mencuba sesuatu produk. Ada yang takut kerana side effect kerana mereka tahu jenis kulit mereka adalah sensitif dan ada pula yang takut hanya kerana mempercayai khabar-khabar angin.

Jalan terbaik untuk mempromosikan sesuatu produk adalah dengan mengambil ikon-ikon tanahair sebagai contoh atau nama negara pengeluar yang sememangnya mempunyai ramai wanita cantik. Hehehehe.

MyMaxi-Peel Journey adalah produk no 1 dari Filipina. Anda semua pasti tahu yang orang Filipina juga sebahagian dari Asia. Pastinya produk ini sesuai dengan cuaca kita di Malaysia.

Sudah hampir dua tahun Syarikat Splash Corporation dari Filipina bertapak di Negara Malaysia dengan melancarkan siri produk kecantikannya Maxi-Peel. Produk-produk tersebut luas dipasarkan di pasaraya besar mahupun di farmasi tempatan juga. Untuk meneruskan penetapan Maxi-peel sebagai produk kecantikan yang effektif dan berkesan di dalam pasaran yang sengit ini, Splash kini memperkenalkan satu program yang bertajuk MyMaxi-Peel Journey!

Program MyMaxi-Peel Journey akan memberikan peluang kepada warga segara Malaysia yang berumur 25-45 tahun untuk mengambil bahagian di dalam program ini menerusi laman Facebook Maxi-peel (www.fb.com/MaxiPeel.Malaysia).

Di dalam program, lapan wanita akan dipilih untuk menyertai kem kecantikan, tatahias dan motivasi diri. Jesteru itu, kesemua wanita terpilih tersebut akan diberikan produk-produk kecantikan Maxi-Peel untuk digunakan selama lebih kurang 2 bulan tetapi pengembangan mereka akan diberikan tumpuan menerusi lawatan agensi kami untuk temubual dan sebagainya.

Setelah tamatnya masa rawatan lebih kurand 2 bulan, kelapan-lapan peserta program MyMaxi-Peel Journey akan dijemput untuk menghadiri majlis penutupan dan makan malam bersama ahli keluarga, kawan-kawan dan media. Tambahan pula, setiap peserta tersebut akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak RM1000.00 seorang.

Pengurus Pemasaran Splash Charmaine Sales berkata, “Program ini memberikan tumpuan kepada mereka di dalam lingkungan umur 25-45 tahun kerana pada kebiasaanya, golongan wanita yang bekerja mungkin tidak menumpukan perhatian terhadap kepentingan menjaga kesempuranaa kulit. Jesteru itu, dengan menggunakan produk seperti Maxi-Peel, proses pengelupasan mikro akan menyingkirkan sel-sel kulit yang telah mati untuk memberikan wajah kulit yang sempurna”

Pengurus Pemasaran Malaysia, Randy Herrera pula berkata bahawa program ini akan menunjukkan kebersanaan produk kecantikan Maxi-Peel. Yang turut hadir juga untuk pelancaran MyMaxi-Peel Journey di Sunway Giza ini adalah Duta Maxi-Peel untuk Malaysia, iaitu Zenny Salihuddin, seorang artis tempatan. Zenny, yang baru-baru ini mendapat tawaran daripada syarikat Splash Corporation untuk menyambung kontraknya sebagai Duta Maxi-Peel tempatan berkata beliau amatlah menghargai kepercayaan Syarikat Splash terhadap dirinya. Untuk tahun kedua ini, Zenny berkata bahawa beliau akan memberikan
tumpuan kepada para peserta program MyMaxi-Peel Journey dan berkunjung ke kediaman mereka masing-masing untuk membuat lawatan sambil susulan penggunaan produk oleh para peserta.

Randy turut berkata, “Zenny, sebagai Juara Biggest Loser Asia pada tahun 2009, merupakan Duta yang paling sesuai untuk memberikan motivasi kepada para wanita yang ingin mengubah pengalaman kehidupan mereka menerusi program MyMaxi-Peel Journey.”

Terma dan syarat peraduan

1. Peserta yang berwarganegara Malaysia, berumur 25-45
2. Isikan maklumat peribadi, link gambar dan segala maklumat yang lain di dalam borang penyertaan di dalam laman ini dan klik “Submit” sebelum 30 Jun 2012, 11.59 malam
3. Lapan peserta akan dipilih sebagai finalis dan akan dihubungi oleh agensi penganjur program ini pada 1 Julai 2012
4. Kesemua finalis diwajibkan untuk menghadiri kem kecantikan pada 7-8 Julai 2012 di sebuah hotel di Shah Alam (akan diumumkan kemudian), dengan subsidi perjalanan kepada mereka dari luar bandar.
5. Majlis penyampaian hadiah dan finalis akan berlangsung pada 15 September 2012
6. Setiap finalis akan diberi RM1000.00 elaun
7. Peserta waijb baca dan setuju dengan terma dan syarat program MyMaxi-Peel Journey sebelum menyertai program ini

Saya menyertai Peraduan MyMaxi-Peel Journey. Anda pula bagaimana?

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Jom sertai Peraduan MyMaxi-Peel Journey

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.