Re-Launch of Friendster Permainan Dalam Talian Interaktif Terkini

Pastinya ramai memiliki kenangan bersama Friendster. Sebelum adanya Myspace dan Facebook, Friendster merupakan tapak permulaan saya memulakan aktiviti bersosial di dalam talian.

Pada 17 Mei 2012, saya telah dijemput oleh pihak Nuffnang untuk menghadiri “Re-Launch of Friendster” di The Apartment, KLCC. Lokasi yang sesuai untuk blogger seperti saya. Saya menggunakan public transport iaitu rapidKL lrt sahaja. Semalam saya pergi bersama Mejah dari terbangtinggitinggi.com tu.

Sesampainya disana, kami menerima door gift atau mereka panggil press release didalam bentuk bag yang sangat saya suka! Terima kasih Friendster!

Friendster berbesar hari melancarkan Friendster Hotspots dan Friendster iCafe di Malaysia. Friendster kini terkenal dengan virtual online gaming dan sedar tidak sedar dah 4 juta unique active visitors setiap bulan dan mereka target untuk menambah lagi angka kepada 10 juta sebelum penghujung 2012.

Manakala bagi iCafe pula, mereka telah mengeluarkan 150 juta banner sebulan bagi memperbaharui iklan-iklan tersebut. Secara unik dan automatiknya pengguna akan menggunakan MOL iaitu Money Online sebagai medium pembayaran.

Apabila bertanya kenapa bermula dengan Friendster, kenapa tidak menggunakan laman sesawang yang baru dan from Malaysian? Bagi Mr Ganesh Kumar Bangah, Friendster mempunyai ciri-ciri yang unik. Malahan ia merupakan tapak social media yang utama pada suatu masa dahulu. Kini Friendster masih lagi laman sosial yang anda boleh berinteraksi bersama rakan-rakan, tetapi dalam skop yang lebih interaktif.


Mr Ganesh Kumar Bangah, Group Chief Executive Officer, MOL Global


Mr Nikolai Galicia, Chief Operating Officer, Friendster Inc

Media Q&A Session.

Pelbagai soalan diajukan dari pelbagai agensi. Bagi saya Mr Ganesh Kumar Bangah adalah pemikir yang sangat bijak. Keputusan untuk membeli Friendster yang bertapak di Silicon Valley adalah satu keputusan yang tidak semua orang berani dan mampu. Tetapi beliau berfikiran jauh dan berjaya menaikkan nama Malaysia. 🙂


Door gift dari Friendster memang best! Dapat bag, mouse, mouse pad, t shirt dan press release. Untuk gamers seperti saya, sesuai sangat la mereka beri barang-barang tu. Sure menang besar main game nanti. :p

Permainan secara online ini bakal menarik minat semua lapisan umur. Cara register juga mudah, menggunakan akaun email frendster anda yang lama tetapi dengan pengisian yang baru. Nantikan next blog post saya bermain game di Friendster. 🙂

Selama beberapa hari ini, saya telah mencuba main game di friendster, langkah-langkahnya memang “user friendly.

friendster page

Ini main page baru friendster. Khas untuk “online gamers”.

Semasa dalam proses ‘sign up’ kita akan memilih nama dan avatar untuk digunakan semasa dalam permainan di friendster.

Menu ini untuk memilih avatar tersendiri ataupun pilih seperti yang tersedia.

Setelah selesai inilah “page anda” tersendiri. So, sekarang sudah bersedia bermain “game online”.

 

Ini lah dua permainan yang saya pilih, Boomz3.0 dan Crystal Legacy.

boom server

Ini sever untuk Boomz3.0

boom1

Cara permainan yang mudah sesuai untuk semua lapisan. Corak permainan sama sperti “worms”. Best game ni.

boom 2

 

Jom hapuskan raksasa dalam Boomz3.0.

 

Yang ini pula Cystal Legacy. Bagi peminat-peminat MMORPG harus main game ni.. Feeling woo. Enviroment cantik.

crystal legacy 1

Ini loading screen Crystal Legacy.

CL2

Seperti game online yang lain, haruslah pilih class hero masing-masing.

CL3

Apabila sudah selesai proses pilih class hero, bermula lah perjalanan anda di dalam dunia Crystal Legacy.

 

Bagi peminat-peminat “game online”. Cuba dulu bermain di friendster. Server laju tiada “lagging”. Tempat untuk bermain “game online” dengan puas. So cbe tau..:)

Sekian dari Ruby, with Love.

xoxo!

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Re-Launch of Friendster Permainan Dalam Talian Interaktif Terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge