Temu Mesra dan Perlancaran Album Zain Amri

Salam sejahtera uols,

Sekarang ni masih mood pantai, minta ampun maaf sebab tidak update blog seharian semalam. :p

Ada story yang lagi best, saya suka kalau bab-bab motivasi ni. Tidak kiralah dari industri perfileman atau dari industri hiburan kita sendiri. Tetapi bagaimana mereka ini bangkit dan membawa diri serta minat yang mendalam dalam sesuatu perkara menjadi faktor utama untuk berjaya.

Okay, berbalik kepada tajuk gah diatas tu. Hehehe. Pada 26 Mei 2012 bertempat di Delicious, Marc Residence, saya tidak sangka dapat berjumpa dengan beliau. Tepat jam 6 petang, Zain Amri meluangkan masa bersama saya dan beberapa rakan media lain untuk sesi temubual. Walaupun beliau sibuk dengan sound check di 7atenine tetapi beliau masih meluangkan masa untuk sesi tersebut.

Temu Mesra dan Perlancaran Album Zain Amri 1

Zain Amri sangat sempoi orangnya dan friendly. Apa sahaja pandangan dan harapan beliau dikongsikan bersama semasa sesi temu mesra bersama beliau. Cara beliau menjawab soalan amat mendorong saya berkata beliau seorang yang positif dan berilmu.

Temu Mesra dan Perlancaran Album Zain Amri 2

Temu Mesra dan Perlancaran Album Zain Amri 3

Zain Amri muncul kembali ke industri muzik tanahair dengan album solonya yang bertajuk Just Zain. Sekitar tahun 1996, Zain dikenali dengan muzik R&B dan merupakan ahli kumpulan Soulstreet. Beliau juga bergiat aktiv sebagai pengacara TV di dalam beberapa rancangan terkenal seperti Zoom (Astro Ria), Rice Mice (TV2), Take A Break (TV3) dan telah menjadi seorang DJ di WOW FM.

Selepas beliau menerima ijazah, Zain meninggalkan industri media dan berkecimpung di dalam dunia korporat. Kemahiran Zain di dalam bidang komunikasi telah membawanya ke beberapa jawatan penting seperti Planning Strategist di Grey Group Malaysia dan Naib Pengarah Komunikasi bersama Iclif Leadership and Governance Centre, sebuah pertubuhan Bank Negara Malaysia.

Kini, Zain telah kembali dengan pelancaran dua single, iaitu Arms Around Me dan Semoga Bahagia (Say Goodbye). Arms Around Me telah pun mencapai tangga ke-5 di carta Hitz.fm Malaysian English Top Ten (MET 10) dan muzik video Semoga Bahagia sedang disiarkan di Astro Hitz.

Lagu yang diutamakannya adalah Lagu Ini, sebuah adaptasi lagu hit balada Korea iaitu “Inorae (This Song)” gubahan Park Jin-Young (JYP), yang terkenal sebagai penggubah lagu “Nobody” oleh Wondergirls, juga diasaskan olehnya. Ini boleh dianggap suatu penghormatan untuk seorang “muka baru” sepertinya kerana telah diberi kepercayaan oleh seorang penggubah antarabangsa terkemuka.

Saya berjaya membuat video promo dari Zain Amri! Yay! Ini adalah kali pertama percubaan saya rakam video promo dan diselitkan dengan 2 lagu persembahan secara live dari Zain Amri di 7atenine. Hehehe.

Soalan saya sewaktu sesi temu ramah sememangnya mudah sahaja. Lebih kepada pembabitan Zain Amri dalam karier dan penerimaan orang ramai.

Walau tidak sekacak artis K-pop tetapi Zain Amri mempunyai suara yang anda akan terkesima! Bakat besar tidak seharusnya kita pandang pada luaran dan yang pastinya anda suka menilai artis dari raut wajah. Bagaimana pula imeh fesyen dan karakter? Kita semua perlu pupuk melihat seseorang dari pelbagai aspek. Kalau hensem tapi menyanyi tak sedap, sekejap je la karier anda disitu. Jangan kejar populariti sahaja, sedangkan bakat tiada. Jika bakat sememangnya ada, populariti itu hadir dengan sendirinya.

Bagi yang berbakat dan memerlukan guideline untuk menjadi penghibur, Zain Amri dengan berbesar hati ingin membantu anda. Tetapi benarkah anda-anda semua diluar sana benar-benar ingin belajar? Fikirkan…

Gambar sekitar showcase Zain Amri

Temu Mesra dan Perlancaran Album Zain Amri 4

Temu Mesra dan Perlancaran Album Zain Amri 5

Temu Mesra dan Perlancaran Album Zain Amri 6

Kebanyakan kita sebagai anak-anak pasti pernah mengalami situasi perlu memilih pekerjaan kan. Pengalaman yang Zain ceritakan mungkin sama dengan situasi beberapa anak muda di Malaysia. Tetapi, adakah anda berani untuk mengikut kecenderungan serta minat dan membiarkan harapan ibu bapa untuk melihat kita berjaya di dunia korporat kepada dunia muzik.? Keputusan ini, tujuan hidup kita ini adalah salah satu cabaran dari Allah s.w.t untuk kita cuba atau mengambil ia sebagai pengalaman. Beranikah anda? Persoalan itu sering bermain di fikiran saya sewaktu sesi temu ramah Zain. Kerana, saya berfikir bahawa ramai anak muda berbakat besar hanya mengikut tangga yang disediakan dan tidak berani menonjolkan kebolehan diri sendiri. Memang sukar ingin membuat keputusan memandangkan ibu bapa kita pasti akan risau dengan keputusan berhenti kerja dan meneruskan karier denagan minat kepada muzik. Apa yang pasti, buktikan dan yakinkan kepada ibu bapa anda bahawa anda boleh berjaya. Contoh terdekat adalah Zain Amri dan Yuna.

Kehidupan ini terlalu singkat untuk meratap masa silam, andai ada peluang rebutlah ia. Do or die. 🙂

Album Just Zain boleh didapati bermula 27 Mei 2012, di internet melalui iTunes store and juga www.zainamri.com, dan juga di kedai-kedai muzik yang berhampiran.

Atau….

Anda dapatkan Album Just Zain melalu peraduan di twitter. So twitter saya di @rabiatuladawiya dan @zainamri. Saya akan memberi soalan dari masa ke semasa. 🙂

xoxo!

Temu Mesra dan Perlancaran Album Zain Amri 7

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.