Aktiviti Bersama Gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Salam uols,

Selama tiga hari dua malam saya menyertai Kembara Media Fotografi Cuti-Cuti 1 Malaysia. Hari Pertama aktivit kami memang dah full! Seawal jam 6 pagi kami bertolak dari MaTic Kuala Lumpur ke Lanchang. Breakfast di R&R Genting Sempah dan seterusnya tiba di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan sekitar jam 10:30 pagi macam tu.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan terletak di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang Darul Makmur.


Rangka Gajah


Kami mendapat Official Visitor sticker yang meliputi 4 acara utama iaitu:
1. Menonton Video selama 30 minit pada 10:30 pagi
2. Memberi Gajah makan tebu dan betik
3. Menunggang Gajah
4. Mandi bersama Baby Gajah di sungai

Saya kongsikan setiap aktiviti yang kami lakukan ya! Cuaca memang panas memandangkan summer di Malaysia lagi bertambah panas jika anda ke kawasan Pantai Timur. Gajah juga ada mood. Mereka tidak suka panas, jika panas sure mereka akan sedaya upaya mencari tempat redup. Pandaikan? Hehehehe.

Jom tonton video

Video yang kami tonton memaparkan bagaimana ranger membantu memindahkan Gajah di habitat baru.

Perjalanan ke pentas acara memang damai, sebab suasana yang kemas, luas dan teratur.


4 ekor Gajah utama yang jinak dan manja!

Sesi Memberi Gajah Makan Tebu


Dalam takut-takut tu, saya tetap nak cuba bagi Gajah makan! Hehehehe!


Baby Gajah buat persembahan. Sangat comel!


Pemborong pisang oleh NisaKay. Hehehe.

Sesi Menunggang Gajah

Mandi bersama Baby Gajah!

Seronok kan aktiviti sebegini dilakukan bersama kawan-kawan, keluarga dan pasangan anda. Kemasukan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan adalah PERCUMA! Apa yang perlu anda lakukan adalah call 09-2790391 untuk booking. Kerana setiap hari ramai pengunjung. Maksimum pengunjung yang Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan boleh terima adalah seramai 300 sahaja.

Lebih baik anda booking bagi memudahkan kedua-dua pihak. 🙂

Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati www.wildlife.gov.my

xoxo!

4 comments on “Aktiviti Bersama Gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

  1. Pen Merah

    aku ske gile tgk video gajah tu tp cz sakit perut aku tdo jugak. tpaksa tdo cz aircond dia mgoda sgt. hahahaha. tp part xleh lupeee time gajah buat poo pooo.. Penat aku gelak tp tengok gajah cmne. rs seronok cz mcm jadik budak2.. hahaa

    Reply
    1. Rabiatul Adawiyah

      best sangat. pengalaman pertama saya semur hidup. dapat naik gajah dan rasa sendiri struktur badan gajah. wuwuwuwu..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.