Blogger comel nak kurus di Seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri

Salam uols,

Walaupun saya tinggi, saya gendut gak. sebab perut ni buncit tahap maximum! Maybe rutin sebagai blogger ni sering duk menghadap laptop/pc 24/7. Itu rutin harian saya la. Sebab saya memang dah full time blogger. Kalau nak bergerak pun, pergi meeting, pergi event, ambil makanan didapur, mandi, pastu meniarap or baring or duk goyang kaki dengan laptop. Hahahaha! Buat kerja ikut selesa asalkan dateline tak tercicir.

So apabila dapat tahu Program Seminar Jom Kurus untuk Blogger dari PuanBee.com dan seminar adalah bersama sifu penjagaan badan Mr Kevin Zahri. Saya memang sangat teruja. Kerana dulu saya nak sangat menggunakan perkhidmatan Kevin Zahri one to one session tetapi tiada masa untuk hadir sesi beliau. Beliau sangat baik untuk membantu saya. Bayaran yang dikenakan berpatutan, sebab bagi beliau kenapa perlu kelas lama-lama sebab apa yang saya perlukan cara yang sesuai untuk menjaga badan. Beliau akan ajar part mana yang perlu saya titik beratkan dan step by step lakukan senaman. Malahan beliau akan follow up progress anda walaupun beliau tidak bersama anda dalam melakukan senaman. Yelah, beliau pun faham tahap malunya wanita-wanita comel ni. Hehehe..

Seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri

Butiran Program Seminar Jom Kurus adalah seperti berikut :

Topik: Jom Kurus bersama Kevin Zahri
Tarikh: 8hb Julai 2012
Masa: 2-5pm
Lokasi: Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur
Speaker: Kevin Zahri
Bilangan Peserta: 40 sahaja

Penyertaan percuma , selain dari itu blogger yang hadir akan mendapat eBook percuma selepas sesi seminar.

Bila ditanya kenapa saya ingin join seminar ini? Jawapannya adalah saya nak kurus! Sebab nak kurus? Sebab boleh pakai baju cantik-cantik dan boleh jadi blogger fashionista & hijabista yang tidak nampak spare tyre tu! Kenapa nak jadi fashionista & hijabista blogger pula? Eh saya lifestyle, saya juga berfesyen, boleh dikatakan apa pun saya suka. Yang penting nampak cantik dan wanita lain pun dapat inspirasi dari anugerah ciptaan Allah ni. Sharing is caring!

Kenapa rasanya ramai yang mengalami masalah berat badan berlebihan? Jawapan saya adalah kerana cara hidup yang berbeza. Sebagai blogger ofkoz kekangan masa untuk makan pada masa yang betul adalah punca utama. Kadang-kadang saya makan ikut dan je. Ada skip makan dan ada makan sehari sekali je. Itu pun pada jam 12 tengah malam. Bagun tido lambat. Lepas solat subuh sure tido dan bangun jam 12 pm macam tu.

Rumah pula tiada peti ais, jadi suka beli je makanan di gerai. Minuman semua yang sejuk berais dan manis! Hmm.. Sememangnya saya memerlukan jadual dan bantuan pengurusan untuk kurus! Bukan bantuan pengurusan kewangan. Hahahaha!

Lagi satu! Saya nak kahwin dah hujung tahun ni, nak pakai baju kahwin nanti tak lawa! Huwaaaa!

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 thoughts on “Blogger comel nak kurus di Seminar Jom Kurus bersama Kevin Zahri

    cerita best

    (August 15, 2013 - 6:52 pm)

    jom kurus…
    cerita best´s last blog post ..Honda Fit 2014 Akan Dilancarkan Di Pasaran JepunMy Profile

    Sherry

    (April 22, 2013 - 6:32 am)

    I have spare tyres heehe…

    Sherry

    (April 22, 2013 - 6:32 am)

    Hehe.. Jom slim down yes I want slim down

    Nurul Akmal

    (June 21, 2012 - 11:34 pm)

    Kak Ruby Nurul pun join… 😉

    Nurul Akmal

    (June 21, 2012 - 3:34 pm)

    Kak Ruby Nurul pun join.. X sabo.. 🙂

      Rabiatul Adawiyah

      (June 22, 2012 - 11:13 am)

      camno nih, hang dah kurus le nurul. hehehehe.. hang jadi model utk kevin zahri tunjuk camno cara bersenam je lah. hehehe.

    Pen Merah

    (June 19, 2012 - 7:32 pm)

    mcm best boleh dpt tips lebih nihhh. heeee

      Rabiatul Adawiyah

      (June 19, 2012 - 9:19 pm)

      banyak tips meriah blog ko nanti.. hehehe

    JazzeyqaAj

    (June 19, 2012 - 2:59 am)

    Wah..nak kwen dah?? hehe…jom jom join… =)

      Rabiatul Adawiyah

      (June 19, 2012 - 4:15 am)

      HEHEHE…. jom jom jom…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.