Sekitar Acara Car Boot Book Sale oleh Kota Buku

Profesor Dr Siti Zainon Ismail

Profesor Dr Siti Zainon Ismail

Puan Norhayati, En Razin, Rabiatul dan En Hafiz

Puan Norhayati, En Razin, Rabiatul dan En Hafiz

Pak Mas Adeki

Pak Mas Adeki

Assalammualaikum uols,

Hari ini dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari telah berlangsungnya Car Boot Book Sale iaitu Jualan Buku melalui bonet kereta.

Di luar negara jualan seperti ini kerap dilakukan dan kini Malaysia pun turut serta. Saya juga turut serta memeriahkan acara ini! Yay!

Saya dapat bertemu mesra dengan Professor Dr Siti Zainon Ismail dan Pak Mas Adeki.

Mereka adalah penulis yang mengangkat seni peribahasa dan gurindam tersohor di Malaysia malah nukilan mereka lebih lama dari Shakespear.

Saya pun berbesar hati kerana dapat berjumpa penulis buku secara lebih mesra sebegini kerana pengalaman di Pesta Buku PWTC yang sesak dan saya tidak berpeluang bergambar dengan mana-mana penulis kerana tidak dapat mengenali mereka dengan lebih jelas. Kebanyakan penulis mempunyai nama pena dan sukar untuk ketahui siapa diri mereka yang sebenar secara realiti.

Akan tetapi melalui Car Boot Book Sale secara santai begini, saya dapat bertemu Professor Dr Siti Zainon Ismail dan sempat beramah mesra. Beliau dapat meluangkan masa bercerita pengalaman beliau. Apabila beliau bertanya siapa nama saya kerana saya membeli buku 100 Malay Proverbs / Pepatah Petitih Melayu dan menginginkan tandatangan beliau. Beliau sangat teruja dengan nama saya iaitu Rabiatul Adawiyah dan mula bercerita pengalaman beliau melawat makam Rabiah Al-Adawiyah di Baitulmaqdis. Walaupun makam itu tidak berpagar dan tiada orang muda yang menjaga akan tetapi ada seorang tua yang sentiasa berada disitu dan menjaga makam tersebut. Alhamdulillah. Saya juga teringin kesana, kerana saya dilahirkan dan dibesarkan dengan buku-buku perjuagan Rabiah Al-Adawiyah. Suatu masa pasti saya berkesempatan. InsyaAllah.

Bagi Pak Mas Adeki pula yang merupakan penulis Antologi Gurindam pula sangat mesra, beliau memberi pengalaman yang seronok kepada saya kerana tatkala saya membeli buku nukilan beliau, beliau tidak segan silu bergurindam bersama saya. Malah beliau berkongsi memberi 20 kata penawar apabila bertemu dengan seseorang.

Bila lagi nak jumpa penulis buku tersohor kalau tiada acara santai begini. Hehehe.

Acara Car Boot Book Sale pun sudah selesai. Jumpa anda pada 16 June 2012 untuk Siri ke-3 Car Boot Book Sale.

xoxo!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Sekitar Acara Car Boot Book Sale oleh Kota Buku

    fatin shamsudin

    (July 30, 2013 - 3:15 pm)

    Assalam. saya nak tanya kalau buat car booth sale nie perlu sewa tapak ke walaupun kte bukak booth dekat padang rumah yang berdekatan? saya harap cik bole kongsikan serba sedikit tentang cara bagaimana ingin membuka car booth sale. 🙂

      Rabiatul Adawiyah

      (August 2, 2013 - 6:25 pm)

      Fatin > Saya tidak berapa pasti. Sebab ni konsep charity selalunya tiada dikenakan bayaran. Car Boot Sale biasa di luar negara, di Malaysia ni kalau simply buka car booth utk jual tu mesti kena mohon lesen kot. Apa kata awak join bazaar. Tapi kedai awak style car boot. 🙂

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.