L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Tutorial Kajian dan Ulasan

Hi uols,

Pagi yang indah kini sudah cerah dengan L’Oréal Paris White Perfect Laser™! Hehehe. Nyanyi lagu skit. Sekarang tepat jam 3:17 pagi dan masa inilah idea mencurah-curah! Tajuk diatas sangat bahasa jiwa bangsa kan? Boleh jadi saintis nanti. Hehehehe.

Pada 20 Jun 2012 iaitu hari Rabu baru-baru ini saya telah hadir ke L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Blogger Briefing di Mid Valley. Ooopss saya sampai lewat skit. Hahaha! Tapi L’Oreal Paris beauty consultant sangat baik! Maaf ye lambat. Janji tak buat lagi. Hahaha!

Step by step penggunaan rangkaian produk L’Oréal Paris White Perfect.
1. L’Oréal Paris White Perfect Milky Foam
2. L’Oréal Paris White Perfect Toner
3. L’Oréal Paris White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener
4. L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Anti-Spot Brightening Essence
5. L’Oréal Paris White Perfect Laser™ All-Round Protection Whitening Day Cream

Selesai penerangan cara penggunaan rangkain produk L’Oréal Paris White Perfect Laser™. Saya berkesempatan melihat perubahan tekstur kulit jika tidak dijaga dengan baik.


Diantara Blogger yang hadir. Hehehe. Ini adalah sekumpulan beauty blogger yang tegar! Yang tiada dalam gambar adalah si Sharon, Jess and Kelly. Hehehe. They kerja, so tidak dapat join.


With Ashley from Loreal Paris. So cute and soft spoken.


Bersama mak saya, hahaha! Connie Connie Connie, the best PR from Loreal. If tiada dia, tiadalah saya dalam industry “Beauty Blogger”. Thank you Connie!

Delicious Hi Tea Session! Thank you L’Oréal Paris

Finish the briefing session, kami semua minum petang di Delicious Cafe.

Hot Chamomile Tea with lot’s of cakes, sandwich, pavlova, strawberry with chocolate and cookies. Om Nom Nom!


Jq and Shanon memiliki kulit muka yang cantik! Hmm.. Must tanya tips from them.

Tutorial menggunakan rangkaian produk L’Oréal Paris White Perfect Laser™ oleh ruby.my

Tadi dalam masa satu jam saya ambil gambar dan eksperimen semua produk L’Oréal Paris White Perfect Laser™. Produk terkini dari L’Oréal Paris ini adalah inovasi baru dan berkuasa yang melangkaui mana-mana rawatan pemutihan kulit.

Pasti ramai dikalangan wanita yang gilakan kecantikan sanggup berhabis duit untuk mendapat rawatan pakar untuk mencantikkan kulit mereka. Tetapi dalam hati masih takut akan risikonya. Hehehe. Itu juga ketakutan yang saya alami. Saya mempunyai parut di muka dan sunburned. Bahkan memang susah nak hilang, jalan terbaik melakukan rawatan Pengelupasan Kulit! Takut memang takut, doktor menerangkan bahawa saya perlu menjalani rawatan pada waktu pagi. Kerana jika sudah tengahari saya tidak akan dapat menahan pedih cahaya matahari. Kerana rawatan pengelupasan kulit membuang 50% sel mati dan mengembalikan wajah asal anda.

TETAPI

Anda kena terima bahawa lapisan kulit anda semakin nipis dan mudah sensitif. Selepas doktor menerangkan semua itu, saya terus batalkan niat untuk menjalani rawatan pengelupasan kulit.

“WAJAHKU BERSERI TANPA BINTIK. TIADA GENTAR. TIADA RISIKO.”
Fan Bingbing, Aktres

White Perfect LaserTM baru yang setanding dengan rawatan IPL! White Perfect LaserTM mensasar tepat ke bintik-bintik gelap, memperbaiki dan melindungi kulit untuk pencerahan sempurna.


Rangkaian produk L’Oréal Paris White Perfect Laser™

Langkah 1 : L’Oréal Paris White Perfect Milky Foam

Basahkan tangan dan picit pencuci muka L’Oréal Paris White Perfect Milky Foam sebesar 10 sen. Kemudian aplikasikan ke suluruh muka. Urut-urut dan bilas. Tekstur Milky Foam pekat dan urutan ke seluruh wajah lebih sekata kerana sudah pasti uols cuba meratakan keseluruh wajah. Lebih lama urutan, anda akan dapat rasakan kehangatan tapak tangan. hehehe. Waktu itu sangat relax.

Harga pasaran L’Oréal Paris White Perfect Milky Foam adalah RM 21.90 sahaja.

Langkah 2 : L’Oréal Paris White Perfect Toner

Aplikasikan L’Oréal Paris White Perfect Toner ke seluruh wajah dengan menggunakan putik kapas. Tekap tekap sahaja di muka supaya dapat mengecilkan pori-pori muka anda.

Harga pasaran L’Oréal Paris White Perfect Toner adalah RM 22.90 sahaja.

Langkah 3 : L’Oréal Paris White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener

Picit sedikit L’Oréal Paris White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener Cream dan aplikasi ke sekitar mata. Bukan di mata ya, di sekitar mata! Hehehe. Kemudian gunakan Vibrating Massager. Rasa geli-geli pula disekitar mata. hehehe.

L’Oréal Paris White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener juga menerima anugerah dari Majalah CLEO.

Harga pasaran L’Oréal Paris White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener adalah RM 76.90 sahaja.

Langkah 4 : L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Anti-Spot Brightening Essence

Picit sedikit L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Anti-Spot Brightening Essence dan aplikasikan di seluruh wajah anda. Anda akan dapat rasakan kulit kering tertanggal dengan mudah semasa urutan. Kerana kulit saya kulit orang balik dari pulau. Maybe lebih mudah untuk proses pemulihan. Hehehe.

BINTIK-BINTIK GELAP…HILANG! L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Anti-Spot Brightening Essence

Bintik-bintik gelap semakin pudar dan berkurangan. Bahan-bahan tulen, penyebaran pekat. Dengan asid elagik pekat tulen yang diekstrak dari tumbuh-tumbuhan, ia berkesan menghalang pembentukan pigmentasi dari sumbernya, sambil menguraikan pigmentasi yang sudah terbentuk.

Bintik-bintik gelap pudar hari demi hari. Kesan-kesan penuaan usia, pigmentasi, bintik-bintik gelap, parut demam campak dan pelbagai tompok degil dalam lapisan kulit tidak boleh menyorok lagi! Ujian makmal kami mendapati bahawa penggunaan secara kerap memudarkan dan mengurangkan bintik-bintik gelap!

Rahsianya?
Asid elagik, bahan aktif pemutihan yang sangat berkesan
14X Arbutin
4X Nicotinamide

MENGHAPUSKAN
Mencegah sel-sel yis pigmentasi secara aktif daripada menghalang kulit cerah dari sumbernya, lalu mengurangkan pembentukan bintik-bintik gelap.

MEMULIHKAN
Melawan pengoksidaan dan radikal bebas secara efektif, mencegah pigmen kulit dari penggelapan untuk mengembalikan kulit cerah, dan memudarkan bintik-bintik gelap.

MEMPERBAHARUI
Menanggalkan sel-sel kulit mati secara lembut, membolehkan kulit diperbaharui untuk menghasilkan kulit tanpa cela. Seterusnya, membantu menghapuskan pigmentasi.

PENCERAHAN SEMPURNA!

Harga pasaran L’Oréal Paris White Perfect Laser™ Anti-Spot Brightening Essence adalah RM 79.90 sahaja.

Langkah 5 : L’Oréal Paris White Perfect Laser™ All-Round Protection Whitening Day Cream

Aplikasikan krim ini dengan kuantiti yang sedikit kerana tekstur yang lembut memudahkan anda meratakan krim ini disuruh wajah. Mungkin krim ini boleh digunakan selama 6 bulan. Hehehehe. Jimat tu! Sebab saya gunakan sedikit sahaja sudah memadai. Bagaimana anda pula?

KRIM SIANG WHITE PERFECT LASERTM DENGAN SPF 19PA+++

Tona kulit lebih sekata, telus dan cerah!

Teknologi pemutihan, kini lebih cerah. Dengan teknologi pemutihan aktif Pro-VanishTM terkini dan tiga bahan aktif dalam bentuk Vitamin B3, Procystein dan BHA yang bekerjasama untuk menghasilkan tona kulit yang lebih cerah dan sekata.

Perlindungan lengkap, membina semula kulit yang lebih halus. Diformulasi dengan bahan-bahan pelembap dan sistem perlindungan sinaran matahari yang lengkap, satu botol membantu memutih, melembap dan melindungi kulit anda. Ujian pengguna mendapati bahawa tekstur kulit menjadi lebih lembut apabila disentuh. Kulit juga lebih halus dan licin!

Rahsianya?
TEKNOLOGI PEMUTIHAN AKTIF
Perlindungan lengkap dan melindungi kulit dari sinaran UV

MEMPERKUATKAN
Teknologi pemutihan aktif Pro-VanishTM menghalang pigmentasi dari merebak.
Menguatkan kesan pemutihan, mencerahkan tona kulit kusam.

MENYIHATKAN
Dengan esen pelembap khas untuk menghalang dehidrasi akibat cuaca panas, maka bukan sahaja melembap, bahkan menambah keserian kulit.

MELINDUNGI
Mengandungi pelbagai jenis perlindungan UV untuk memelihara kulit dari kerengsaan yang disebabkan ancaman luaran serta memelihara kulit cerah.

MENGATASI MASALAH BINTIK-BINTIK GELAP DAN MELINDUNGI KULIT UNTUK PENCERAHAN SEMPURNA

Harga pasaran L’Oréal Paris White Perfect Laser™ All-Round Protection Whitening Day Cream adalah RM 59.90 sahaja.

Kajian L’Oréal Paris White Perfect Laser™!

Kecantikan dalaman dan luaran yang menyerlah adalah idaman setiap wanita. Ujian pengguna menunjukkan bahawa wanita Asia mengimpikan kecantikan dengan kulit yang cerah tanpa cela. Namun ia bukanlah sekadar kelihatan lebih cerah, namun juga bebas dari bintik-bintik penuaan, sinaran matahari dan pigmentasi. Kecerahan, keserian, kelembutan, kehalusan dan penampilan bintik bintik gelap pada kulit adalah enam masalah utama kulit yang dialami wanita.

IMPIAN SETIAP WANITA KINI MENJADI KENYATAAN

L’Oréal White Perfect LaserTM menyelesaikan enam masalah utama kulit bagi wanita Asia dengan hanya satu rangkaian, dan berazam untuk menyediakan penyelesaian pemutihan pertama yang setanding dengan rawatan kosmetik!

Kesungguhan kami terbukti dalam pembangunan dan pengajian rangkaian penjagaan kulit dalam makmal yang terkemuka dan penyokongan kami kepada kajian saintifik.

Selama 120 hari:
85 wanita Asia yang ingin mendapatkan rawatan IPL untuk pemutihan kulit bersetuju untuk mencuba L’Oréal White Perfect LaserTM

Terbukti secara klinikal.
Keputusan menakjubkan.

Intense Pulsed Light (IPL) adalah prosedur kosmetik yang berkesan untuk pemutihan dan pengurangan bintik-bintik gelap.

Kini L’Oréal Paris memperkenalkan White Perfect LaserTM , rawatan pemutihan pertama yang memberikan anda 68% lebih kecerahan berbanding IPL*.

BINTIK-BINTIK MENGECIL**
BINTIK-BINTIK GELAP PUDAR**
KULIT MENJADI LEBIH CERAH**
*1 sesi IPL.
**Diuji ke atas 85 wanita, selepas 8 minggu.
***Penilaian sendiri, 42 wanita, 8 minggu selepas menggunakan rutin White Perfect LaserTM.

IMPIAN TERNYATA

Dalam hanya 8 minggu
Transformasi lengkap didedahkan.

Gabungan kumpulan pengkaji dan pembangunan terbaik serta ujian klinikal terperinci telah menjadikan L’Oréal Paris White Perfect LaserTM satu pencapaian besar dalam ciri-ciri pemutihan terunggul. Melalui inovasi teknologi berterusan, L’Oréal Paris sekali lagi membawakan produk hebat buat wanita yang menginginkan kulit yang lebih cerah.

Tanpa perlu menghadapi kesakitan dan risiko rawatan kosmetik, dan melalui proses yang selamat dalam hanya lapan minggu, kulit yang lebih cerah berseri kini boleh didapati oleh mana-mana wanita.

Ulasan saya

Sebelum ni saya tidak mengambil berat tentang penjagaan wajah. Hanya tahu mencuci dan toner sahaja. Sehinggalah saya melihat kembali gambar-gambar lama dan mendapati bahawa garis-garis halus sudah mula menghantui saya! Malah kulit saya semakin lambat untuk recover selepas sunburned. Akibat risau yang sangat-sangat mendalam, saya mula survey produk penjagaan wajah yang lebih menyeluruh. Saya tidak kisah berhabis wang ringgit, asalkan saya jumpa yang terbaik selain rawatan kosmetik.

Alhamdulillah L’Oréal Paris White Perfect Laser™ muncul pada masanya! Hehehehe.

Nantikan result selepas 8 minggu! 21 Jun 2012 – 21 August 2012. Lihatlah perbezaannya nanti. Saya sangat teruja!

L’ORÉAL PARIS : KERANA ANDA BEGITU BERHARGA!

xoxo!

About Ruby

Rabiatul, dikenali sebagai Ruby menulis blog sebagai catatan peribadinya. Isi kandungan blog ada yang ditaja dan ada yang dibeli sendiri untuk kepuasan menulis. Pendapat seseorang penulis mungkin berbeza, tetapi ia memberi kita satu skop yang luas bahawa setiap dari kita mempunyai pendapat berlainan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pihak. Barakallah. -Ruby.MY-

Comments

  1. hasbollah bin ahmad says:

    Hye.. Salam Aidil Fitri.. Sekadar bertanya.. Produk L’Oreal White Perfect Laser ni sesuai x untk lelaki gunekn.. Ade masalah Jeragat..

  2. salam, hye sis.. sy brminat nk guna product ni… sbb kulit muka sy kusam n x sekata… kalau kita pakai day cream.. lpas tu nk pkai bedak blh ke? ke xpayah pkai bedak? lg satu berape ye harga night cream ye.. tq

  3. Ct Salwa Ahmad says:

    Saya dah guna 4 minggu,memang stakat ni puas hati…makin berseri n jelas bintik hitam mula pudar.
    berbaloi beli…

  4. cam best ja… nk try jg.. hari tu hampir2 nak guna product yg 1 mgu blh putihkan kult..tp risau akan adanya racun dlm product tu…

  5. Baru guna.. tiba2 preknen plak.. leh gune x msa preknen

  6. Saya sedang guna produk ni…memang puas hati..kulit wajah saya semakin putih dan gebu..

  7. saya dah pakai seminggu dah……..tak sabar nk tengok hasil selepas hasil lapan minggu…cik adawiyah ..macam mana sekarang

  8. nur arif says:

    jeragat degil di hidung….jalan tak…

  9. kalau umur nys 22 bisa cocok gk mbak?

  10. Gunalah . Saya sedang guna .

  11. saya dah busan cuba bermacam-macam produk..rite now nak try loreal tapi muka semakin berminyak la…pls acknowledge me ur comment.thanx
    noraini´s last blog post ..Ujian IlahiMy Profile

    • rabiatul adawiyah says:

      @noraini > boleh je nak guna. akak kena cari range product sesuai ngan skin cara akak dan skin care routine akak. :)

  12. Hehe. Yup. Since 10 thn lepas dah guna product loreal. bertukar2 ikot penambahan usia. ehehe. tp semua product pun bagus.

  13. Noor Diana Jamaludin says:

    Product L’Oréal mmg terbaik! Saya pengguna tegar L’Oréal sejak 10 tahun lepas. Semua product yang saya pernah guna, semua tak mengecewakan! Love L’Oréal !!

  14. cara penulisan yg pro giler dari mama ruby! heheh….nak tunggu lepas 8 minggu nanti =)

  15. Jess Lee says:

    wah so pro lah gambar u ! nice writeup.. hehe now i know walaupun tak dapat join!!!

    yaya connie best pr i have met so far :) always smiling & friendly :)

  16. Sharidawati Shahrudin says:

    cant wait for the 8 weeks .bertambah jelita lah u Ada! :)

    • Rabiatul Adawiyah says:

      hahaha! alhamdulillah jika memakai L’Oréal Paris White Perfect Laser™ tanpa gagal sebarang hari! heehheh

  17. zuriati abd aziz says:

    wah jelesnya..

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

%d bloggers like this: