Mael Lambong

Assalammualaikum uols,

Sekarang tepat jam 3:53 pagi saya kemaskini blog. Sangat-sangat awal pagi dan masa inilah idea mencurah-curah bagai ladang gandum (iklan coco crunch sangat kan..).

Pada 19 Jun 2012 bertempat di TGV Sunway Piramid dari jam 7 petang hingga 11.30 malam telah berlangsungnya Tayangan Pembukaan Filem Mael Lambong dari pengarah tersohor Ahmad Idham. Gandingan hebat Zizan Razak, Juliana Evans, Taiyuddin Bakar dan Shenthy Feliziana ini memang mebingitkan suasana panggung dengan hilaian tawa. Faham-faham sahaja lah macam mana Zizan Razak berlakon. Kalau tak kelakar memang tidak sah. Tambahan pula digandingkan dengan teman wanita beliau iaitu Juliana Evans.

Mael Lambong akan mula ditayangkan di 79 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Jun 2012, merupakan filem ketujuh terbitan EXCELLENT PICTURES dan diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Filem bergenre aksi komedi ini telah menjalani pengambaran di sekitar Kemaman, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Bagi saya sebagai blogger dan insan, Mael Lambong adalah filem yang membuatkan saya tidak stress untuk berfikir. Malah ia mengurangkan stress dengan lawak-lawak bersahaja dari Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar. Ada beberapa babak yang paling saya suka, iaitu apabila Zizan Razak mengaitkan kehidupan seharian dengan blog, twitter dan facebook.

Berapa bintang saya nak bagi ya? Reader blog Rabiatul sedia maklum bahawa saya suka menonton filem bergenre kelakar, epic dan fantasy. Bagi saya kelakar dalam filem Mael Lambong memang kena jiwa saya. Bagi anda yang suka ketawa dan hiburan santai. Filem Mael Lambong adalah paling sesuai untuk anda. Saya tidak memiliki satu minit untuk bersembang dengan orang sebelah saya pun, sepanjang masa memang kelakar gelak-gelak dan jalan cerita yang mudah difahami. Zizan memang the Best la! Geram saya tengok lawak dia ni!!

Mesti korang gelak berdekah dekah nanti. Itu saya PASTI dan kalau anda tak gelak, mungkin urat ketawa dah tercabut kot. Hahaha.

Mael Lambong ini bolehla dikatakan sebagai satu ‘road movie’ dan juga sebuah filem biografi. Jadi bagi saya, karya ini sebuah filem yang agak jarang saya hasilkan. Ini memberi peluang kepada saya dalam menghasilkan satu jalan cerita yang berbeza dan mampu menarik perhatian. Watak Mael Lambong adalah berdasarkan satu pementasan di sebuah program realiti yang dilakonkan oleh Zizan Razak dan Johan.” – oleh Ahmad Idham, Pengarah Filem Mael Lambong.

Gambar sekitar Tayangan Pembukaan Filem Mael Lambong.


Menanti ketibaan blogger-blogger ku sayang. hahaha!


Sesi ucapan dan harapan dari Pengarah Filem Mael Lambong, En Ahmad Idham


Zizan Razak, Juliana Evans, En Ahmad Idham


Sesi Taiyuddin Bakar berucap. Tradmark beliau, Apa Celop Toqq!


Barisan pelakon filem Mael Lambong bersama Pengarah. Dari kiri Taiyuddin Bakar, Shenthy Feliziana, Juliana Evans, Zizan Razak, En Ahmad Idham dan Komeng.


Shenthy Feliziana, Zizan Razak, Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar


Juliana Evans dan Zizan Razak


Rabiatul, Taiyuddin dan Kak Azza!

Personaliti Taiyuddin yang saya suka. Walau berbulan tidak ketemu, pasti dia ingat muka ku ini. Lepas tu peramah habis. Tu kak Azza yang gojes, zaman muda dulu kami kerja bersama di 7eleven HQ. Hehehehe. Kalau kak Azza lalu je depan department kita orang, staff lelaki sure kepala macam penyu. hehehehe.


Semangat Mael Lambong oleh En Ahmad Idham dan Zizan Razak. Hehehehe.


Blogger bergambar bersama Pengarah Tersohor En Ahmad Idham. Dari kiri Nurul, Anne, Rabiatul, En Ahmad Idham, Aunty Zara, Yana Yassin, Zaid dan Uzair.


Abang Wan yang comel. Hehhehe..


Yana Yassin dan Rabiatul

Jadi, apa tunggu lagi. Jom serbu pawagam berhampiran anda bermula 21 Jun 2012. Bagi anda yang tidak sabar untuk menonton Filem Mael Lambong. Pihak pawagam ada membuka beberapa hall pada hari ini 20 Jun 2012 bagi tayangan perdana bermula jam 6 petang. Dapatkan tiket anda segera!

Filem Mael Lambong tidak disiarkan di channel Astro First dan oleh kerana itu, tayangan di pawagam akan dilanjutkan lebih dua minggu. Tidak seperti kebiasaan filem-filem lain. So uols ada masa untuk tonton filem Mael Lambong bersama keluarga, rakan-rakan dan bersama saya juga. hehehehehe. Jom kita meriahkan panggung dengan hilaian ketawa. Biar gusi anda melambung dek kelakar sponton si Zizan Razak dan Taiyuddin Bakar. Hehehehe.

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

6 thoughts on “Mael Lambong

    shahroll

    (June 21, 2012 - 5:15 am)

    FULL MARK for MAEL LAMBONG! kau buat aku tersedak-sedak ngan popcorn ko tahu tak MAel Lambongggg!! hahahaha…

    terbaek! 5/5!!

      Rabiatul Adawiyah

      (June 21, 2012 - 3:06 am)

      ada juga dia pop corn.. ruby x sempat nk tutup mulut dah melambung2 ketawa!

    Nida Razali

    (June 21, 2012 - 12:44 am)

    bestnya…nak gi tgk dgn sapa ni…ish2

      Rabiatul Adawiyah

      (June 21, 2012 - 11:05 am)

      jom tengok ramai-ramai.. hehehe.. bawa la kawan2.. 🙂

    mr simple

    (June 20, 2012 - 9:32 pm)

    wah.. x sbar nak melambungkan gusi ku !!! hiks

      Rabiatul Adawiyah

      (June 20, 2012 - 9:57 pm)

      hehehehehe!!! :p

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.