Rangkaian Produk Schwarzkopf di Pasaran Runcit Sekitar Anda!

Hi uols!

Pada 30 May 2012, telah berlangsungnya perlancaran Schwarzkopf di Pasaran Runcit. Bertempat di Delicious, Marc Residence pada jam 2.30petang telah bermulanya acara perlancaran Schwarzkopf tembusi pasaran runcit. Selama hari ini, jika inginkan rangkaian produk Schwarzkopf hanya di Salon Schwarzkopf. Kini, anda boleh dapatkan rangkaian produk Schwarzkopf di Watson’s, Guardian, Pasaraya dan Pharmacy di seluruh negara secara runcit dengan harga yang berpatutan.

Permulaan yang sungguh ceria buat jenama penjagaan rambut terkemuka Jerman, Schwarzkopf, apabila ia meraikan kemasukan pertamanya dalam pasaran runcit Malaysia pada 30 Mei di Kuala Lumpur.


Beautiful emcee for The Launch of Schwarzkopf Enters Malaysia’s Retail Haircare Market


Mr. Markus Daburger. General Manager of Henkel Cosmetics Malaysia & Singapore berkata, aksi simbolik buih-buih mengalir keluar dari botol syampu gergasi merupakan petunjuk bermakna mengenai permulaan baru jenama ini yang berazam menawarkan produk dengan harga berpatutan untuk konsumer di serata negara.

“Sebelum ini, produk-produk penjagaan rambut salun profesional jenama ini hanya dipasarkan di salun mendandan rambut profesional dengan kadar premium. Kami mahu mengembangkan lagi perniagaan ini dengan mencapai setiap lapisan masyarakat. Rancangan untuk menembusi kedai-kedai runcit akan pastinya mengukuhkan lagi status jenama ini sebagai pesaing utama dalam industri ini. Kami berazam untuk menawarkan kepada konsumer produk-produk yang berkualiti tinggi pada harga yang mampu dimiliki,” tambahnya


Gimik perlancaran. 🙂

Jenama ini sudahpun menandakan penguasaannya dalam bahagian pasaran produk penjagaan rambut bagi segmen barangan pengguna (FMCG) di negara-negara lain.

Antara negara yang mendahului adalah Germany, Australia, New Zealand, Thailand dan China.

“Kami amat teruja dengan potensi jenama runcit kami untuk berkembang. Kami mempunyai sebab untuk menaruh harapan berdasarkan hasil jualan yang cemerlang dan penerimaan pelanggan merentasi Asia.

Contohnya, di Australia, Schwarzkopf mendahului pasaran dalam kategori rawatan rambut dan dandanan rambut. Seperti juga di Thailand, Schwarzkopf berada di kedudukan pertama dalam pasaran runcit pewarnaan rambut.

“Di Malaysia, kami bakal menembusi kategori penjagaan rambut, pewarnaan rambut serta dandanan rambut. Kami berazam untuk mengembangkan perniagaan ini dengan sentiasa memperluaskan rangkaian produk kami dalam kategori ini, supaya ia lebih menarik dan berharga buat konsumer,” kata Daburger.

Kesemua produk daripada Schwarzkopf ini akan mula mengisi rak-rak farmasi, pasar raya besar dan pasar raya serata negara mulai Jun.

Henkel beroperasi di serata dunia dengan jenama dan teknologi terkenal dalam tiga bidang perniagaan: Pencucian dan Penjagaan Rumah, Kosmetik/Kelengkapan Dandanan Diri dan Teknologi Lekit. Diasaskan pada 1876, Henkel mendahului dalam kedua-dua perniagaan konsumer serta perindustrian seperti Persil, Schwarzkopf dan Loctite. Henkel mempunyai 47,000 pekerja dan mencatatkan jualan 15,605 juta Euro dan keuntungan operasi sebanyak 2,029 Euro pada tahun fiskal 2011. Saham utama Henkel tersenarai di indeks saham Jerman DAX dan syarikat ini turut menduduki senarai Fortune Global 500.

Model catwalk with All the Schwarzkopf new retail product.

Siri Rangkaian Pewarna Rambut Schwarzkopf

Siri Warna Rambut Schwarzkopf – Freshlight

Untuk pewarnaan rambut, Schwarzkopf menawarkan barisan lengkap Freshlight dan Palette, dengan pilihan warna semulajadi hinggalah tona-tona bertenaga dan padat.

Freshlight yang berasal dari Jepun, memaparkan warna-warna rambut disukai ramai yang tampak muda dan bergaya. Tidak seperti pembungkusan konvensional yang menggunakan imej model wanita, Freshlight mengambil pendekatan unik dan segar dengan memakaikan pelbagai tona warna pada patung popular, Blythe™.

Freshlight boleh didapati dalam kedua-dua jenis aplikasi krim dan buih. Corak warna krim terdiri daripada tona Perang Ghairah/Passion Blond, Debu Jelas/Clear Ash, Mocha Cair/Melty Mocha, Misteri Kuning Air/Mysterious Beige, Aprikot Manis/Sweet Apricot dan Champagne Merah Jambu/Champagne Pink. Bagi aplikasi buih, warnanya terdiri daripada Debu Beri/Berry Ash, Coklat Karamel/Caramel Brown, Ceri Cair/Melty Cherry dan Perang Lemon/Lemon Blond.

Buih Freshlight 105ml – RM 37.95

DEBU BERI, COKLAT KARAMEL, CERI CAIR, PERANG LEMON
Freshlight mengambil pendekatan unik dan segar dengan memakaikan pelbagai tona warna pada patung popular, Blythe™. Sistem Easy Foam membaluti setiap helai rambut seperti syampu untuk menjadikan warna rambut rata, cantik dan bersinar. Tiada titisan sama sekali!

Warna Rambut Freshlight 135ml RM 34.95

PERANG GHAIRAH, MOCHA CAIR, DEBU JELAS, CHAMPAGNE MERAH JAMBU, MISTERI KUNING AIR, APRIKOT MANIS
Pewarnaan krim berkualiti tinggi dengan formulasi mudah diaplikasi untuk rambut berwarna terang dan berkilau. Pewarnaan di rumah dimudahkan lagi dengan bekas/dispenser serupa sikat.

Siri Penjagaan Warna Minyak Intensif & Krim Warna Intensif Schwarzkopf Palette Deluxe

Selain itu, Palette juga menawarkan krim warna yang diperkaya dengan Gelée Royale asli/semulajadi, yang dipanggil Palette Intensive Color Crème, untuk sensasi warna mempesonakan kaya dengan khasiat penting.

Di bawah jenama Palette, terdapat Palette DELUXE Intensive Oil Caring Color – pewarnaan kekal pertama diperkaya dengan 7 jenis minyak (minyak Marula, minyak Argan, minyak Bijan, minyak Badam, minyak Zaitun, minyak isirung Aprikot dan minyak kacang Macadamia) untuk dimensi baru kesuburan, sinar dan kepadatan warna.

Palette Deluxe 115ml – RM 23.95

WARNA 1-0, WARNA 3-0, WARNA 3-65, WARNA 5-1, WARNA 7-4,
WARNA 9-4, WARNA 5-68, WARNAR 4-88
Nikmati Penjagaan Warna Minyak Intensif Palette DELUXE – pewarnaan kekal pertama diperkaya dengan pigmen warna pekat, mengandungi formula padat dengan minyak yang memelihara rambut.

Krim Warna Palette Intensive 100ml – RM 19.95

KRIM WARNA 1-0, KRIM WARNA 3-0, KRIM WARNA 3-65, KRIM WARNA 3-68, KRIM WARNA 4-0, KRIM WARNA 4-5, KRIM WARNA 5-0, KRIM WARNA 4-89, KRIM WARNA 4-60, KRIM WARNA 5-68
Nikmati saat warna-warni dengan Krim Warna Pallette Intensive! Mengandungi Gelée Royale supaya warna bertahan lama dan rambut kekal terang bersinar. Krim warna padat ini juga mampu menutup uban dengan sempurna

Siri Rangkaian Schwarzkopf Extra Care

Schwarzkopf menawarkan rangkaian syampu, perapi dan rawatan di bawah siri jenama Extra Care. Lima jenis produk disediakan untuk memenuhi pelbagai keperluan – Ultimate Repair, Hydro Collagen, Q10, Shea Cashmere dan Anti Dandruff.

Rangkaian produk Extra Care disokong oleh teknologi teras paling inovatif – Liquid Keratin, teknologi pembaik pulih rambut yang amat berkesan. Produk rawatan/baik pulih rambut biasa sekadar meletakkan selapisan ke atas rambut untuk membuatkannya kelihatan sihat, namun teknologi baru ini mampu mengisi jurang antara kutikel rambut, merawat rambut dari dalam hingga ke permukaan menggunakan partikel/zarah serupa rambut.


Schwarzkopf Extra Care Ultimate Repair

Schwarzkopf Extra Care Ultimate Repair meletakkan lapisan perlindungan ke atas rambut untuk membuatkannya kelihatan sihat. Teknologi cecair pembaik pulih rambut mengisi jurang antara kutikel rambut, merawatnya dari dalam hingga ke permukaan menggunakan partikel serupa rambut. Dengan 3x Cecair Keratin, ia membaik pulih rambut yang rosak teruk dan menjamin pengurangan rekahan rambut hingga 95 peratus.

SYAMPU ULTIMATE REPAIR 350ml RM 18.90
PERAPI ULTIMATE REPAIR 350ml RM 18.90
MASKER RAWATAN ULTIMATE REPAIR 150ml RM 18.90
SEMBURAN RAWATAN ULTIMATE REPAIR BI-PHASE RM 29.90
SERUM ULTIMATE REPAIR (RAWATAN BILAS) RM7.90


Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen

Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen menawarkan cucian setiap hari untuk rambut normal hinggalah yang kering dan kasar. Mengembalikan paras kelembapan optimal, ia menjadikan rambut sihat berhidrasi dan bersinar serta memberikan keseimbangan tepat untuk hidrasi rambut normal hinggalah yang kering dan kasar.

SYAMPU HYDRO COLLAGEN 350ml RM 18.90
PERAPI HYDRO COLLAGEN 350ml RM 18.90
MASKER RAWATAN HYDRO COLLAGEN 150ml RM 18.90
SEMBURAN RAWATAN SETIAP HARI HYDRO COLLAGEN EXPRESS REPAIR RM 29.90


Schwarzkopf Extra Care Q10

Schwarzkopf Extra Care Q10 Recharge yang turut merangkumi Rawatan SOS Repair adalah penawar untuk rambut menipis serta rapuh. Formula unik ini mengukuh serta memulihkan rambut yang matang, membuatkan ia lebih tebal serta mudah dibentuk dan menyembuh dari dalam hingga ke luar.

SYAMPU Q10 RECHARGE 350ml RM 18.90
PERAPI Q10 RECHARGE 350ml RM 18.90
MASKER RAWATAN Q10 RECHARGE 150ml RM 18.90
SERUM INTENSIF Q10 RECHARGE GLOSS (RAWATAN BILAS) RM 7.90


Schwarzkopf Extra Care Shea Cashmere

Schwarzkopf Extra Care Deep Nutrition Shea Cashmere memelihara rambut dari dalam, menyegarkan semula rambut kering yang kurang zat. Mengandungi mentega shea dan protein Kashmir untuk mengukuh serta melicinkan rambut supaya ia mudah diurus. Sistem baik pulih sel menggunakan protein serupa rambut untuk memulih dari dalam sel.

SYAMPU SHEA CASHMERE 350ml RM 18.90
PERAPI SHEA CASHMERE 350ml RM 18.90
MASKER RAWATAN SHEA CASHMERE 150ml RM 18.90


Anti Kelemumur Schwarzkopf Extra Care

Bersihkan rambut dan kulit kepala anda daripada kelemumur dengan rangkaian Anti Kelemumur Schwarzkopf Extra Care, formulasi pembersihan dari dalam yang lembut. Formula baik pulih mengandungi Zinc Pyrithione & Care-Panthenol. Tahan lama dalam menangani kelemumur secara berkesan.

SYAMPU ANTI-DANDRUFF REPAIR 350ml RM 18.90
PERAPI ANTI-DANDRUFF REPAIR 350ml RM 18.90

Siri dandanan Schwarzkopf Got2b

Selain rejim seharian penjagaan rambut, produk pewarnaan dan dandanan menarik akan turut disertakan jenama ini. Model lelaki menggayakan rambut mereka dengan rangkaian Got2b hair styling.

Gaya rambut anda disediakan oleh Got2b, produk dandanan yang diinspirasikan oleh gaya jalanan. Setiap rutin penggayaan mempunyai produk yang sesuai, jadi anda boleh mereka dan menggayakan semula stail terkini. Inginkan bentuk yang bertahan? Anda puja gaya pacak? Mahu kelihatan terserlah atau tersikat rapi? Apapun gaya anda, ia seharusnya Got2b – pendirian rambut anda!

Produk-produk Got2b adalah Chaos Fibre Gum, Playful Matt Paste, Rockin’ it Strong Styling Wax, Freeze Up Styling Gel dan Guardian Angel Straightening+Iron Spray.


Demo rekaan pelbagai gaya rambut yang boleh direka menggunakan Siri dandanan Schwarzkopf Got2b


Gaya messy dan elegance.

FREEZE UP – GEL – RM 14.90
Reka dan serlahkan gaya sejati anda dengan Gel Schwarzkopf Got2b Freeze Up yang baru. Tidak melekit dan kekal bertahan untuk sebarang gaya rambut.

GUARDIAN ANGEL HEAT PROTECTION SEMBURAN RM – 29.90
Lindungi gaya memikat anda dengan Got2b Guardian Angel. Dengan perlindungan daripada suhu panas sehingga 220°C, rambut anda akan tetap bertahan apabila menggunakan curl iron + pengering rambut. Jadi, teruslah mencipta gaya “panas” anda, kini anda punyai pelindung tersendiri!

CHAOS FIBRE GAM (Blue) – RM 24.90
Sukakan gaya rambut messy? Gam fiber ini memberi anda lesen kreatif untuk mencipta dan membentuk. Tarik, pintal, cengkam dan bentuk untuk mencipta gaya anda yang tersendiri. Kekal bertahan namun mudah dibentuk.

PLAYFUL MATT PES (Silver) – RM 24.90
Dapatkan gaya seorang peluncur! Samada kusut, segak ataupun lurus – perkara utama: ia tidak berkilat. Bagi gaya peluncur yang sederhana tahan, adunan tanpa kilat ini tepat untuk anda.

ROCKIN’ IT WAX (Black) – RM 24.90
Mencipta gaya rock tidak mudah dengan mana-mana produk. Gunakan wax ini dan gaya rambut akan kekal bertahan sepanjang hari. Teruskan dengan aksi rock!


Mr. Markus Daburger. General Manager of Henkel Cosmetics Malaysia & Singapore group photo with all the models.


Model Wannabe. :p


The Food!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.schwarzkopf.com atau www.press.henkel.com

xoxo!

7 comments on “Rangkaian Produk Schwarzkopf di Pasaran Runcit Sekitar Anda!

  1. Robin

    mau tanya dong, untuk produk got2b schwarkopf yang PLAYFUL MATT PES (Silver) untuk pembelian nya dimana ya dikota indonesia(jakarta). mohon info nya. terima kasih.

    Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Anne > Rambut ko memang sihat. Suka aku tengok. Tapi yg bertudung ni kena double penjagaan. 🙂

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Clever Munkey > yeah! now more easy to get all the Schwarzkopf product. Hehehe.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge