Restoran Nasi Ayam Mama, Lumut, Perak

      7 Comments on Restoran Nasi Ayam Mama, Lumut, Perak

Hi uols,

Saya ni tengah mood lapar. Sebelum lunch jom layan food review. Kejadian berlaku sewaktu perjalanan ke Kembara Media Fotografi Cuti-Cuti 1 Malaysia di Pulau Pangkor anjuran Santai Magazine, Tourism Malaysia, Discover Orient dan Tourism Perak last week. Sebelum naik ferry, kami semua makan tengahari di Restoran Nasi Ayam Mama.


Sampai je, Restoran Nasi Ayam Mama beri buah-buahan manis sejuk ni. Elok sangat la kan. Sebab cuaca panas benar masa tu. Ke memang Lumut sentiasa cuaca panas?


Lepas tu sampai pula satu jug air tembikai! Watermelon! Watermelon! Dah le manis, lepas tu sejuk. Grrr. Sesuai sangat!


Saya sangat dahaga!

Dua menu nasi kami order iaitu Nasi Ayam Mama dan Nasi Kari Bawal Goreng. Layan…


Nasi Ayam Mama


Nasi Kari Bawal Goreng

Saya kalau pergi makan ke restoran, pasti akan melihat menu. Apa yang special. Tetapi untuk Restoran Nasi Ayam Mama sudah tentu specialnya adalah Nasi Ayam Mama. Saya pun berebut nak Nasi Ayam Mama instead Nasi Kari Bawal Goreng.

Ini adalah review jujur saya. Sejujurnya Nasi Ayam Mama tidak begitu lazat kerana pada hari tersebut Ayam yang saya dapat keras. Maksud saya isinya keras. Nasi dah sedap, sekali ayam pula spoil. Memang saya tolak tepi dan mula la ambil Nasi Kari Bawal Goreng.

Ni nak review Nasi Kari Bawal Goreng. Ya Allah, masa makan Nasi Kari Bawal Goreng ni, saya dah senyap makan. Lepas 2, 3 suap baru bersuara. Karinya sedap! Ikan Bawal digoreng garing! Sambal belacan lagi! Pergggh!!! Sedap! Lepas tu ada lebihan kuah kari mulalah nak cari roti canai, puri dan roti! Kari dia memang sedaap!


Ni senarai harga untuk pengetahuan uols. 🙂


Dari kiri Rabiatul, Azila Palal wartawan TV9 dan Nisa Kay ngok ngek. Hahaha!

Dah kenyang jom le kita ke jeti. Nantikan next blog post k. Sebab lewat blog mengenai Kembara Media Fotografi Cuti-Cuti 1 Malaysia di Pulau Pangkor adalah kerana video editor problem!!! Grrr!

Okay selamat menjamu selera!

xoxo!

7 comments on “Restoran Nasi Ayam Mama, Lumut, Perak

  1. Pingback: Kembara Media Fotografi Cuti-Cuti 1 Malaysia ke Pulau Pangkor, Perak, Malaysia – Day 1 – Rabiatul Adawiyah | Love in a blog!

    1. rabiatul adawiyah Post author

      Nisa > dah le pekat, manis, sejuk.. grr.. tak sabar nak puasa di bulan ramadhan. bleh dapat jus tembikai dengan berlambaknya! hehehe.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge