Salam uols,
Pada 14 Jun 2012, Rabu jam 8pm telah berlangsungnya perasmian Selangorlicious Food Blogging Competition Siri ke-2 di Paradox Cafe bagi mencari penulis blog makanan terbaik! Tourism Selangor sekali lagi menganjurkan peraduan ini dengan hadiah yang lebih hebat, menarik dan lumayan!
Pertandingan bermula dari
15 Jun 2012 hingga 15 Julai 2012
dan keputusan pemenang diumumkan pada 15 Ogos 2012! Pantas betul! Saya suka! Kalau menang boleh dapat wang cash untuk belanja kahwin. Hahahaha! :p
Gimik perlancaran memakai apron ala-ala master chef dan group photo kesemua main sponsor bersama YB Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perlancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
Kali ini, pertandingan ini terbuka kepada para peserta dari kalangan penulis blog dan bukan penulis blog. Pelancong asing yang pernah bercuti dan menikmati makanan di Selangor juga dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini.
Anda boleh menulis di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin
. Jika anda nak mixed language pun boleh, asalkan juri faham apa yang anda tulis!. Wah semakin luas skop peserta untuk siri ke-2 ini. Persaingan sihat apa salahnya, dengan cara inilah Tourism Selangor dapat mengumpul pelbagai menu makanan di sekitar Selangor yang lebih istimewa dan lazat. Jika anda hantar penulisan makanan yang berlainan pada tiap minggu, pasti anda tercalon sebagai pemenang mingguan. Hadiah bagi pemenang mingguan juga menarik!
Caranya mudah sahaja, anda sebagai peserta pertandingan perlulah cerita pengalaman menarik anda menikmati makanan di sekitar Selangor. Jangan lupa kamera pula, kerana foto-foto anda pasti bakal membuat juri-juri terliur! Hahaha!
Mungkin foto seperti ini…
Selepas perut kenyang dan gambar dah banyak. Masa untuk anda menulis, tips untuk menulis adalah menulis selepas anda menikmati sesuatu makanan. Supaya ingatan anda masih segar dengan kelazatan rempah ratus, wangiannya dan mungkin cendol yang lemak berkrim. Hah! Semua tu menggalakkan penulisan yang best sebab imaginasi bersama realiti! Hehehe.
Tahukah anda segala penyertaan anda di dalam acara Selangorlicious Food Blogging Competition akan turut dimuatkan di dalam portal Selangorlicious, yang juga akan dijadikan sebagai medium rujukan bagi pelancong tempatan dan asing yang berkunjung ke negeri Selangor. Selangor sememangnya syurga makanan kerana semua makanan dari negeri lain berpusat disini. Hehehe. Saya orang Perak, ada je gulai tempoyak di Selangor. Betul tak?
Hadiah-Hadiah
Bagi penulisan di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Mandarin
Hadiah Pertama – RM 5,000 TUNAI
Hadiah Kedua – RM 3,000 TUNAI
Hadiah Ketiga – RM 1,500 TUNAI
Blog terbaik keseluruhan – RM 1,000 tunai
Fotografi Terbaik Keseluruhan – RM 1,000 tunai
Hadiah Mingguan – Surprise. Hehhehe.
Kriteria penyertaan
Jumlah perkataan didalam penulisan antara
200 hingga 400 patah perkataan
. Setiap penulisan yang dihantar perlulah beserta 10 keping foto dalam format jpeg. Foto yang anda perlu submit dan wajib adalah:
1. 2 keping foto dari luar kedai
2. 2 keping foto dari dalam kedai
3. 6 keping foto makanan yang dihidangkan. Gambar ni kalau ada muka uols sekali pun orait. Takda muka uols pun orait. Asalkan ada makanan. hehe.
So uols dah excited dengan peraduan ini? Sila daftarkan diri anda di www.selangorlicious.my bagi mendapatkan username dan password.
Submit penulisan anda pada 15 Jun 2012, jika submit awal sehari anda punya penulisan tidak tersenarai dalam pertandingan. Tarikh tutup 15 Julai 2012, so jangan terlajak hari ye.
Selamat berjaya!
Dari Kiri En Fazly (Event & Marketing Manager Tourism Selangor), Yusri, Dian, Rabiatul, Renuga, Shida, Jess. Dibahagian belakang Hafiz, Hafeez dan her.
4 thoughts on “Selangorlicious Food Blogging Competition Siri Ke-2 Kini Kembali”
puanbee
(June 15, 2012 - 10:47 pm)rasa nak join , tp tk yakin , sesuai ke blog tu huhuhu
apa pun good luck rabiatul
puanbee´s last blog post ..Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk Blogger
rabiatul adawiyah
(June 16, 2012 - 1:25 pm)puanbee > akak boleh la.. lagi satu akak dah ada platform. kalau bukan blogger kena submit story dengan cara lain. join je kak. mana tau rezeki menang CASH RM 5000! hehehe.
eyriqazz
(June 14, 2012 - 9:45 pm)tak join dah kot tahun ni..serik dah ngan tahun lepass…. anyway,good luck ya ruby..kalau ada rezeki tak ke mana kan?
eyriqazz´s last blog post ..Ukraine Pilihan Saya – Juara Euro 2012
rabiatul adawiyah
(June 15, 2012 - 1:26 am)eyriqazz > tulah.. kalau ada rezeki. hopefully adil la keputusannya. 🙂