Ujibakat Rancangan Realiti TV Kanak-Kanak Over The Top

Hi uols,

Di zaman milenium ni, kanak-kanak semakin bijak dan lebih suka mencuba perkara baru. So apa kata uols bawa anak-anak anda yang berusia sekitar 9 hingga 15 tahun ke Ujibakat Rancangan Realiti TV Over The Top bagi menguji bakat mereka di dalam pelbagai bidang. Hadiah juga cukup lumayan bernilai RM 100,000 dan percutian ke Australia! Siapa taknak? Mesti teringin bercuti ke luar negara punya. Hehehe. Butiran ujibakat adalah seperti berikut :

Tarikh : 30 Jun 2012 (Sabtu)
Masa : 9 pagi hingga 5 petang
Tempat : Sri Pentas, TV3, No 3 Persiaran Bandar Utama, Selangor.

Apa Itu Rancangan Realiti TV Kanak-Kanak Over The Top?

• Over The Top ialah satu rancangan TV realiti yang mencabar kekuatan, kemahiran dan kelebihan peserta dalam membuat keputusan penting.
• Over The Top mengikuti gaya hidup anak-anak pada hari ini yang menitikberatkan pengurusan masa dan pengurusan wang.
• Over The Top terbuka bagi semua kanak-kanak di Malaysia yang berumur diantara 9-15 tahun.
• 18 peserta akan dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang ahli.
• Pasukan akan bersaingan selama lapan minggu didalam cabaran-cabaran yang mengujakan seperti pengembaraan luar, tugas-tugas alam sekitar, ujian memasak dan macam-macam lagi.
• Over The Top akan disiarkan setiap Sabtu jam 10 pagi di TV3, bermula dari 8hb September hingga 3hb November 2012.

Mekanisma Rancangan Realiti TV Over The Top

• Setiap minggu, pasukan-pasukan akan bersaing menentang satu sama lain dalam cabaran-cabaran yang menguja bagi mengelak penyingkiran.
• Tips kewangan mingguan akan diadakan untuk penonton-penonton rumah dari MBSB Cheeky Savings Club bagi memudahkan kanak-kanak faham peranan wang dalam kehidupan seharian mereka.
• Pasukan yang berjaya pada akhir rancangan TV akan memenangi hadiah utama.
• Hadiah utama:
o RM30,000 wang tunai (RM10,000 setiap anggota pasukan akan memiliki simpanan Kelab MBSB Cheeky).
o Percutian ke Warner Bros Movie World, Gold Coast, Australia di tanggung sepenuhnya.
• Naib Juara akan menerima RM6,000 (RM2,000 setiap anggota pasukan akan memiliki simpanan Kelab MBSB Cheeky).
• Tempat ketiga akan menerima RM3,000 (RM1,000 setiap anggota pasukan akan memiliki simpanan Kelab MBSB Cheeky).

Maklumat Terperinci Ujibakat Over The Top

• Ujibakat Over The Top akan berlangsung pada hari Sabtu, 30hb Jun 2012 dalam Sri Pentas, TV3 dari 9 a.m hingga 5 p.m.
• Peserta-peserta akan dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada personaliti TV dan penerbit Rancangan Realiti TV Over The Top.
• Kanak-kanak yang berminat menyertai ujibakat tidak semestinya memiliki akaun MBSB.

Maklumat berkenaan MBSB Cheeky Savings Club

• MBSB Cheeky Savings Club terbuka bagi semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke bawah.
• Cheeky Savings Club adalah satu akaun simpanan untuk kanak-kanak yang menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah-faedah kepada kanak-kanak dan ibu bapa.
• Sebagai ahli, kanak-kanak akan menikmati banyak aktiviti menyeronokkan seperti kem cuti sekolah dan lawatan.

Untuk keterangan lanjut anda boleh sms bertanya di nombor 014-265 8265
Lawati laman sesawang rasmi di http://www.overthetop.my
Facebook : https://www.facebook.com/mbsboverthetop
Twitter : https://twitter.com/#!/mbsboverthetop

Kalau saya ada adik sekitar 9 hingga 15 tahun sudah pasti saya paksa dia masuk Over The Top! Hahaha!

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Ujibakat Rancangan Realiti TV Kanak-Kanak Over The Top

    siti hajar

    (October 30, 2012 - 9:12 am)

    tak ade lagi ke uji bakat ni???anak saya nak sangat masuk pertandingan ni..anak saya kata hari tu dia nampak kawan dia kat dalam tv…itu pasal la dia nak masuk…

      rabiatul adawiyah

      (October 31, 2012 - 11:19 am)

      siti > owh.. dah abis lama dah kak. tahun depan ada lagi… suh anak akak berlatih, nanti next year pergi ujibakat dah terrer dah. hehehe.

    ROHAIZA

    (October 1, 2012 - 2:45 pm)

    ada lagi tak uji bakat kanak-kanak nie… boleh masuk lagi tak..?

      rabiatul adawiyah

      (October 1, 2012 - 11:49 pm)

      Rohaiza > ujibakat dah lama tamat dah kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.