Melompat-lompat di Johor Premium Outlets

      10 Ulasan pada Melompat-lompat di Johor Premium Outlets

Hi uols,’

dah berhabuk agaknya blog ni. Maaf le lambat update blog ini keranaa..  saya masih di dalam mood bercuti. boleh?? hahahaha!

Ni hah nak story skit, i ada 23 blog post menanti untuk tatapan anda semua. Nantikan ye.

Lagi satu, wordpress suka sangat update itu ini dan saya pula takleh approve comment dan schedule post. Maybe template ni tak berapa nak ngam kot. Takpelah, apa guna pakar IT kalau tak repair semua ini kan? Har har har!

Ok last week saya join Kembara Media Fotografi Cuti-Cuti 1Malaysia dan lokasi kali ini di Negeri Johor. Kawasan taklukan kami di Nusahjaya, Iskandar Malaysia, Legoland, Johor Bahru dan Desaru. Untuk julung kalinya saya update blog berkenaan Johor Premium Outlets yang merupakan destinasi terakhir kami di Johor. Wakakaka! Bagi hype skit kat uols supaya ternanti2 blog post tempat2 menarik yang lain.. hahaha! (padahal gambar terlalu banyak.. rambang mata)

Johor Premium Outlets terletak di Jalan Premium Outlets, Indahpura 81000 Kulaijaya, Johor Darul Takzim, Malaysia yang mempunyai 80 jenis butik terkenal seluruh dunia.

 

Korang layan la gambar i terkinja-kinja di Johor Premium Outlets ni. Dulu sepatutnya nama Johor Premium Outlets ni adalah Chelsea Premium Outlets, tapi….. ditukar kerana menjadi ikon perlancongan negeri Johor. Well, not bad Johor. Idea banyak orang Johor ni. Nanti di tepi JPO (Johor Premium Outlets) ada Hotel yang bakal di siapkan lagi beberapa tahun. Hotel tersohor dr Sunway. Wuwuwuwu. Sure lepas ni ramai org datang ke JPO!

 

 

 

Sebelum ke JPO ada juga saya tanya kawan-kawan, apa yang ada di JPO? murah ke? Kebanyakan berkata mahal dan untuk orang berada je. So untuk mengesahkan kemahalan sesuatu jenama, saya pun tawaf JPO dengan mejah. Ternyata kawan ku itu buta mata kot. Kebanyakan barang-barang di JPO ni separuh harga uols! Kalau badan kurus-kurus tu boleh beli macam-macam di sini. diskaun sampai 70%! Pastu paling saya suka suka suka adalah Levi’s Jeans separuh harga! Ayoyoyoyoyo!!

Nak menangis tengok harga-harga murah sebegini! Wuwuwuwu! Kenapa disini murah? Yay! Saya bertanya kepada salah seorang staff Levi’s tu. Beliau berkata disini adalah outlet yang menempatkan kesemua barangan Levi’s yang sudah 5 bulan out dated fesyen. Eh!! Out dated! Curve ID yang design terkini i beli beberapa bulan yang lepas pun dah ada. Huwaaa… Ala Malaysia ni sentiasa summer kan. Fesyen apa je pon boleh kan kan kan.. Hehehe. Untungla duduk kat negara kita ni. Alhamdulillah jimat kos!

 

 

Kenapa saya melompat-lompat di butik FLOW? Kerana saya excited dengan new project with them. Nantikan ye.

 

 

Owh.. Outlet ini menawarkan barangan mekap dan perfume yang tersangat lah murah! Saya bakal membeli barang-barang hantaran disini selepas raya. Ada yang mahu join? Jom Jom..

 

Semua yang anda ingin anda disini. Macam perfume dan body wash kan susah nak dapat jual berasingan. Disini ada!

 

Ingin tahu butik apa lagi yang ada di JPO? Cekidout disini http://www.premiumoutlets.com.my/center-information/store-listing

Selamat bershopping.

 

xoxo!

 

 

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 comments on “Melompat-lompat di Johor Premium Outlets

    1. rabiatul adawiyah Post author

      Sweetkurma > cuci mata je kak. hehe.. masa tu belom gaji. hanya mampu memandang. *sambil muka sedih*

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Nurul > memang murah. dah excited masa kat situ, siap minta permission staff levi’s nak ambil gambar tu. Sebab memang murah yang teramat murah!

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge