Saya terpilih sebagai Finalis Program MyMaxi-Peel Journey

Alhamdulillah syukur.. Itu kata-kata azimat tatkala Event Plus call saya semalam. Selain alhamdulillah syukur dan sure / yes / can. Hahaha!

Actually pada Jumaat lepas 29 June 2012 Janell dari Event Plus call memberitahu saya terpilih sebagai finalis tetap masih tidak confirm. Kiranya saya top 30 kot masa tu. (ye kot.. bedal je laaa..) Dia juga beri tahu akan call saya balik pada 3 July 2012 untuk pengesahan jika terpilih. Saya pun cakap ok! hehehe.

Pada 2 July 2012 sekitar jam 12 tengahari saya menerima penggilan dari Janell bahawa terpilih sebagai Top 8 Finalis Program MyMaxi-Peel Journey dan wajib hadir Kem Kecantikan pada 7 July 2012 di De’ Palma, Seksyen 20, Shah Alam.

 

 

Cik/Puan,

Rabiatul Adawiyah Binti Zakaria
TAHNIAH!
Tahniah! Anda telah terpilih di antara 8 wanita untuk menyertai program MyMaxi-Peel Journey! Program ini telah dilancarkan pada bulan Jun dengan objektif memberikan platform kepada 8 wanita terpilih untuk mengikuti regimen Maxi-Peel. Tambahan pula, anda akan menerima produk Maxi-Peel selama 1 tahun, dan wang elaun RM1000.00!!! Maxi-Peel merupakan produk pengelupasan kulit yang pastinya akan menyerlahkan kecantikan kulit anda. Anda dijemput untuk menghadiri kem kecantikan MyMaxi-Peel Journey pada 7 Julai 2012, jam 10.30 pagi sehingga 5.00 ptg, di Hotel De’ Palma, Seksyen 20, Shah Alam.
Kem ini akan memberikan peluang kepada anda untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi, proses pengelupasan kulit dan sebagainya. Duta Maxi-Peel Malaysia, Zenny Salihuddin daripada Biggest Loser Asia, juga akan hadir untuk menceritakan pengalaman hidup beliau.

Aturcara Kem Kecantikan adalah seperti berikut :

10.30am – Registration & Breakfast
11.30am – Pengelupasan kulit oleh Dermatologis UH
12.30am – Lunch
1.30pm – “My Journey” by Zenny Salihuddin
2.30pm – Maxi-Peel training
4.30pm – Tea Break & End

 

Terima kasih Maxi-Peel Malaysia kerana memilih saya sebagai finalis! Hehehehe. Saya dengar banyak feedback yang bagus tentang produk ini. Harap-harap muka saya semulus Marian Rivera! Harharhar!

Sepanjang program ini, Zenny Salihuddin juga akan turun padang bersama-sama dengan finalis untuk follow up penggunaan produk. Sudah pasti beliau akan melawat kediaman saya! Alamat yang saya beri adalah rumah sewa saya. Nampaknya kena kemas rumah extra sikit sebab banyak produk-produk dari client seperti tuala wanita berkotak2, sample syampu dan macam-macam lagi! Bak kata Jen si atreyustrange, datang rumah saya bawak guni!! hehehe…

Wish me luck!

xoxo!

1 comment on “Saya terpilih sebagai Finalis Program MyMaxi-Peel Journey

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge