20 Orang Wanita Dijemput Raikan Sinar Cahayaku Raya Aidilfitri bersama Garnier

Assalammualaikum dan Salam Aidilfitri. Mood Raya Aidilfitri ni selama sebulan kita raikan sebab Syawal kan sebulan. Heeehehehe. Jemputan ke rumah terbuka pun setiap weekend pasti ada! Pandai-pandailah korang susun jadual dan susun ruang perut tu. Kalau makan banyak kat rumah pertama, rumah kedua and ketiga nanti duk tengok tetamu tuan rumah makan atau korang sibuk menumpang tandas. Hehehehe.

Beberapa bulan yang lepas, Garnier telah mengadakan program Sinar Cahayaku bersama anak-anak yatim dengan memberi peluang kepada wanita di luar ini menjadi kakak angkat kepada seorang anak yatim.

Sinar Cahayaku adalah inisiatif oleh Garnier untuk membuka peluang kepada wanita-wanita Malaysia membimbing anak-anak yatim perempuan dengan menjadi ‘kakak angkat’ mereka yang kurang bernasib baik dan menawarkan nasihat serta sokongan sebagai seorang sahabat dan kakak, seumpama ‘sinar cahaya’ (guiding light) dalam hidup mereka.

 

Masa berlalu, dan sudah seminggu Syawal berlalu. Ia masih tidak terlewat lagi Kakak Angkat menghantar e-card ucapan kepada Adik-Adik Angkat. Garnier akan memilih 20 orang pengirim kad ucapan Hari Raya untuk menghadiri “KENDURI” di Kristal Ballroom PJ Hilton dan raikan raya bersama-sama. Setiap pengirim kad ucapan yang terpilih boleh datang bersama 2 orang kawan (perempuan sahaja)!  Marilah kakak-kakak angkat Garnier, sertai kenduri ini bersama-sama adik angkat, dan bawa pulang goodies Garnier.

Klik untuk besarkan. Sila abaikan tarikh 18 Ogos 2012 tu ye. Korang hantar E-Card ASAP now now now ye!

Butiran penyertaan “KENDURI” bagi meraikan Raya bersama adik-adik angkat adalah seperti berikut :

Cara Penyertaan

1. Reka sebuah kad ucapan Hari Raya dengan pesanan anda untuk adik angkat.
2. Cara 1: Emel kad ucapan anda ke garnier.msia@facebook.com secepat mungkin!
3. Cara 2: Hantarkan kad ucapan anda ke alamat berikut secepat mungkin!

Sinar Cahayaku bersama Garnier Take Care
L’Oreal Malaysia Sdn. Bhd.
Level 8, Uptown 2, No. 2, Jalan SS 21/37
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia4. Butiran wajib berikut perlu disertakan bersama kad ucapan. (Sila tulis butiran anda di dalam emel/ belakang kad ucapan anda).
I. Nama penuh
II. Nombor I/C
III. Nombor telefon
IV. Alamat E-mel
V. Alamat Pos

5. Penyertaan yang berjaya dipilih & butiran berkenaan majlis kenduri Garnier akan diberitahu melalui telefon atau e-mel.

Saya takut terlupa nak post DIY kad ucapan, jadi saya reka E-card ucapan untuk adik-adik angkat. Sebagai contoh seperti yang saya buat ni. hehehehe. Sempoi je kan.

Jika anda terpilih, anda boleh membawa 2 orang rakan/family perempuan ke “KENDURI” Garnier Sinar Cahayaku.

Raikan Raya “KENDURI” Garnier Sinar Cahayaku pada :

Tarikh : 7 September 2012 (Jumaat)

Masa : 5.30 petang

Lokasi : Kristal Ballroom 1, 1st Floor West Wing, Hilton Petaling Jaya, Selangor.

Jom LIKE FB GarnierMalaysia

P/S : Jika 20 orang wanita hadir bersama 2 orang wanita. Bermakna 90 orang kakak angkat yang hadir. Artis pula ada Lisa Surihani dan beberapa artis yang sokong program Sinar Cahayaku. Agak-agak korang berapa Adik-Adik Angkat yang berhari raya bersama nanti? Hehehehe. Jom Jom Jom meriahkannya!

Jumpa anda semua disana!

xoxo!

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

9 thoughts on “20 Orang Wanita Dijemput Raikan Sinar Cahayaku Raya Aidilfitri bersama Garnier

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.