Kursus Pra Perkahwinan Astana Mukmin

      9 Comments on Kursus Pra Perkahwinan Astana Mukmin

Assalammualaikum semua, ada ke orang yang baca ni. Hehehe.

Ni nak cerita la pengalaman saya dan si dia menjalani persediaan untuk perkahwinan kami. Ramai cakap rumit kan proses nak kahwin di Malaysia ni. Tapi, ada eloknya buat begitu. Baik untuk pengetahuan ilmu rumah tangga dan kesihatan kedua2 pasangan. 🙂

Ni nak habaq saya pergi kursus pra perkahwinan di Astana Mukmin Wangsa Walk pada 4 & 5 August 2012 yang lepas. Gila tegar pergi kursus kahwin masa bulan Ramadhan ni kan. Soalan utama adalah.. ngantuk tak? ngantuk tak? hehehe.. Hari pertama kursus jam 2.30 petang hingga 6.30 petang jadi tak berapa la berat mata tu. Tapi hari kedua adalah dari 9 pagi hingga 6.30 petang mau tak ngantuk? Ustaz tu lawak macam mana pun, dah ngantuk tu jadi zombie le jugak kan. Hahahaha.

 

Diantara slot pembelajaran semasa Kursus Pra-Perkahwinan di Astana Mukmin adalah

1. Pengurusan Sumber Keluarga, Kewangan & Masa dan Komunikasi Suami Isteri – oleh Ustaz Baharuddin dari JAWI -Bahagian Dakwah

2. Perkhidmatan Runding Cara di Jabatan Agama Islam & Pembubaran Perkahwinan – oleh Ustaz Alias Mutalib

3. Akidah & Ibadah – oleh Puan Nurul Huda

4. Pengurusan Stress & Konflik dan Perngurusan Kesihatan – oleh Tuan Haji Sani

5. Perkahwinan dan Prosedur – oleh Ustaz Wan Ismail

6. Akhlak & Perhubungan – oleh Ustazah Wan Ngah dari JAWI -Bahagian Dakwah

Keenam-enam slot ini terbuka juga minda saya bahawa lelaki dan perempuan sangat berbeza. Kita tidak akan dapat pasangan yang sefahaman, kerana kita tidak akan sefahaman.  Sefahaman akan hadir apabila kita sebagai suami isteri bertolak ansur.

Perkara yang membangkitkan pergaduhan hanyalah hal remeh temeh. Tiada pegangan agama islam yang kukuh. Baik dari lelaki mahupun perempuan. Nak dapat pahala ikutilah sunnah Rasulullah. 🙂

Ustaz dan Ustazah memberitahu bahawa kehidupan berumah tangga itu manis. hehehehe.

Ada satu slot dimana ustazah menunjukkan barang2 hantaran kedua-dua pihak, dan ustazah bertanya;

Ustazah Wan : apa yang kamu nampak??

Peserta kursus perkahwinan lelaki : buah anggur, kek, pulut kuning, ayam bulat..” sambil jerit2 excited sebut nama makanan yang lain.

kemudian..

Ustazah Wan : peserta kursus perempuan, apa yang lelaki nampak?

Peserta kursus perkahwinan lelaki  : Lelaki nampak makanan je ustazah, handbag, towel semua tu dia tak nampak. hehehe.

Ustazah Wan : Hah itulah jawapannya, lelaki suka makan. Jadi masaklah untuk suami. Jangan amalkan nasi bungkus. Air tangan isteri untuk suami ye semua. hehe.

Suami ni walaupun masakan awak semua tidak sedap, mereka akan cakap sedap dan makan macam sedap sangat. hehehee. perbaikilah kalau tawar ke masin ke..

Alhamdulillah Kursus Pra-Perkahwinan dah  selesai.

Semua cerita persiapan perkahwinan saya masuk dalam kategori #JournalPerkahwinanku

Nak berkursus di Kursus Kahwin Astana Mukmin?

Jom terjah disini : http://kursuskahwin.org/

 

xoxo!

 

9 comments on “Kursus Pra Perkahwinan Astana Mukmin

    1. Ruby Post author

      Assalammualaikum Zaty, Ruby tidak memiliki no telefon personal ustaz. Tetapi mungkin zaty boleh hubungi Facebook rasmi Astana Mukmin atau 019-223 5067.

      Semoga bermanfaat.

      Reply
  1. Pingback: HIV Test Poliklinik Kesihatan Tanglin - Ruby.My

  2. Pingback: HIV Test Poliklinik Kesihatan Tanglin | Rabiatul Adawiyah

    1. rabiatul adawiyah Post author

      @nurul > hehehehe. kalau bukan bulan puasa, pusat kursus kahwin ni meriah dengan juadah makanan yang best best pula. hehehe.. lg bertambah cergas atau ngantuk kekenyangan gamaknya. hahaha. :p

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge