Legoland Malaysia, Taman Tema Untuk Kita Semua!

      10 Comments on Legoland Malaysia, Taman Tema Untuk Kita Semua!

Assalammualaikum dan salam 1Blogger. hehehe. abang denaihati panggil 1Dunia kan. Saya nak buat Salam 1Blogger. Hehehee. :p

Sebelum saya nak berangkat ke Soft Launch Legoland Malaysia pada September 2012 ni. Saya nak juga kongsi dengan uols lawatan ke tapak projek Legoland Malaysia beberapa bulan yang lepas. hehe. Yang sama-sama dengan Santai Magazine tu.

Gambar diatas tu gambar Mr Siegfried Boerst, En Azlee dan Miss Catherine.

Okay, berbalik kepada tajuk di atas. Kenapa Legoland Malaysia Taman Tema Untuk Kita Semua? Kebanyakan taman tema mengasingkan penyertaan ibu bapa bersama anak-anak kan. Dan anak-anak tidak boleh turut serta permainan di bahagian dewasa kan? Tetapi tidak di Legoland Malaysia. Ibu bapa dan anak-anak akan bermain bersama-sama… dan sama-sama teruja dengan pengalaman menjadi anak kecil. hehehe.

Legoland Malaysia yang terletak di Medini, Nusajaya, Johor adalah taman tema International yang PERTAMA di Malaysia dan juga PERTAMA di Asia! Dengan kerjasama dari Merlin Entertainment, iaitu syarikat taman tema kedua terbesar di dunia bersetuju untuk membina taman tema di Johor, Malaysia.

Jika anda ke Johor, banyak tanah yang boleh dibangunkan dengan pelbagai idea. Malah Universal Studio di Singapore itu dulu pada asalnya idea dari Johor juga, disebabkan investor argue kerana Johor tiada apa2 yang boleh dibangunkan makanya idea itu telah di ambil oleh Singapore. Walau tidak dapat membina Universal Studio yang sememangnya sesuai di Johor, Johor tidak putus asa dengan adanya idea Legoland. Hoyehhh!

Masa ke Legoland Malaysia, ada ternampak Sunway Property punya logo. Wah! Sunway pun involved! Gempak betul! Tambahan semua ni di Iskandar Malaysia. Rasa cam bangga pula duk kat Malaysia ni. Amin!

Yana, Nisa Kay, Rabiatul dan Akak Legoland!

Picture with Mr Siegfried Boerst, General Manager of LEGOLAND Malaysia.

 

Jom tengok apa yang best sangat kat Legoland ni. Walaupun dalam keadaan masih UNDER CONSTRUCTION nih. hehe.

LEGO® CITY – Boating School. 🙂

LEGO® KINGDOM!!

Twin Tower dalam bentuk Lego pun ada! Excited nak tengok September nanti.! Lokasi di MINILAND

Petronas Twin Tower Miniatur. 100% DAH SIAP!! Hoyehh! sumber dari Mstar.

MINILAND oh MINILAND! hehehe. Semuanya dalam bentuk lego! Percayalah!!

BIG Shop yang jual macam-macam souvenir! Nanti saya nak cekidout! Hoyehh!

 

Masa kat Legoland Malaysia ni aku diberi competition untuk memasang lego! Lego ini……

Aku satu group ngan NisaKay. Ada beberapa part Lego tu takda sebab tercicir kot. Sebab ramai yang main game ni. Mulut saya ni kalau ada benda cam takda terus tanya je kenapa part ni takda pastu cakap “kami dah siap, cuma part ekor je takda ni. Wuuwuwuwuwu“. Abang Legoland pun cakap la, “ada some part group before this tercicir kot. okay guys! kita dah ada pemenang, pemenang kita dari ruby.my yang di hadapan ni“. hahaha! aku pun “ruby.my dan nisakay.com! Hoyehh!!“. Tak semena-mena hamzah dari terbangtinggitinggi.com emo! “Mana aci menang, ekor tak pasang!” dan tangannya sibuk nak baraikan Lego kami! Dengan kuasa bulan aku pun cakap “Mejah ko jangan dengki sangat eh, Walaupun Dinosour tu maskot blog ko, tapi apakan daya tuan blog lembbbbsss…” Hahahah!! Mejah jangan marah eh.. “SAYA JUARA MEMASANG LEGO!!” Miahahahaha!

So kalau korang nak beli tiket LEGOLAND MALAYSIA ni aku suggest beli online lagi murah dan mudah. Lepas tu kalau nak lebih keseronokan tahunan, korang dapatkan “Legoland Annual Pass”!

Apa itu “Legoland Annual Pass”?

Legoland Annual Pass ni Pass yang membolehkan korang main di Legoland selama 12 bulan iaitu 1 tahun dari tarikh pembelian. Pass ini korang boleh beli sehingga 10 unit yang setiap unitnya beharga

Ticket                                             Reg. price                                  Promotion price
LEGOLAND Annual Pass
(Adult, 12-59 years old)          RM275 / SGD115                       RM245 / SGD102

LEGOLAND Annual Pass
(Child, 3-11 years old)             RM210 / SGD88                         RM180 / SGD75

LEGOLAND Annual Pass
(Senior, 60+ years old)           RM210 / SGD88                          RM180 / SGD75

Legoland Annual Pass ni Limited je! Kalau dah habis Legoland Annual Pass tu korang boleh le beli Daily Passes tu.

Ticket                                                                        Reg. price

1-Day Ticket Adult (12-59)                                      RM 140
1-Day Ticket Child (3-11)                                         RM 110
1-Day Ticket Senior (60+)                                        RM 110

So kalau korang ni tak berapa reti nak beli tiket Legoland online di Redtix, korang beli di NATAS Fair Singapore Expo: 24th August – 26th August 2012, 10.00am – 9.00pm atau di Malaysia boleh beli di MATTA FAIR KL, PWTC: 7th September – 9th September 2012, 10.00am – 9.00pm.

so nak apa-apa info boleh terjah website http://www.legoland.com.my

Jumpa korang di Johor!

xoxo,

10 comments on “Legoland Malaysia, Taman Tema Untuk Kita Semua!

  1. Azham Vsvc

    Hurm…ingatkan jual annual pass je rupanya ada gak daily pass hehe…baguslah tu tak semua mampu nak enjoy kt Legoland selama 12 bulan hehehe….ramai pelancong dr luar Johor hehehe….
    Azham Vsvc´s last blog post ..Kinds of DeathMy Profile

    Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Azham > tulah tak setiap bulan pun kita datang kan. annual pass tu elok sangat la kan. Jimat. 🙂

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Yana > Ko saksi kejadian melihat emo si mejah kan kan kan. Sebab ko satu group ngan mejah. Miahaha!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge