#SaveJejai

Assalammualaikum uols,

Tatkala aku menulis coretan ini, perasaan sedih itu ada. Kerana entry ini khas untuk Jejai. Jejai yang terkenal dengan gossip Fasha Sanda, Fatin Liyana dan terkenal dengan sikap bersahaja. Bak kata orang, beliau sangat humble.

Perkenalan aku dengan Jejai dari tahun 2009 dari alam blog lagi. Tidak pernah jumpa, tetapi beliau rajin blog walking. Bro Jai ni aku kenal sebelum aku register nuffnang. Sebab blogspot kan sangat friendly sampaikan mudah untuk build komuniti. Now aku dah tidak bersama nuffnang pun Bro Jai masih menjadi sahabat. Perkenalan Bro Jai sama tahun aku kenal si Eyriqazz. Dulu aku panggil Eyriqazz ni cikgu, tapi rupanya wife dia yang cikgu. hehehe.

Gambar sekitar perlancaran filem Narnia oleh GSC. Dari kiri Tian Chad, Yi Wern, Bro Jai, Naim, Aku dan Tricia

Berbalik kepada bro Jejai. Beliau menghidap kanser paru-paru stage 4. Kita yang dengar dah sedih dan kesian, inikan beliau menanggung kesakitan. Ya Allah, ketakutan terus menyerang diri ini. Kerana takut kehilangan seorang sahabat yang sentiasa support apa-apa event dan suka bergurau. Mana nak cari blogger yang sangat peramah dan jujur dalam dunia blogging. Even advertorial pun dia share ngan aku. Tanpa rasa kedekut ilmu.

Aku akan cuba bantu sedaya yang mampu dan korang sebagai rakan blogger jom la bantu juga.  Kita semua sedia maklum, banyak kos perubatan diperlukan. Bagi meringankan kos perubatan Bro Jai korang boleh hulurkan bantuan di akaun bank dibawah

Azhar Bin Ramli a.k.a Jejai (Maybank A/C No : 164351079691)

Mazliana Binti Othman (Maybank A/C No : 164089741562)

Mungkin ini masa beliau memerlukan bantuan, masa kita siapa yang tahu kan. Sokongan moral dah ramai bagi, duit yang paling diperlukan. Saya pernah menjaga penghidap kanser, susah sukar payah semua itu dapat di ringankan dengan bantuan kewangan. Selebihnya tawakal dan berdoa.

Semoga kita semua beroleh rahmat.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “#SaveJejai

    shahroll

    (August 18, 2012 - 10:08 am)

    Saya kenal bro Jejai dalam event Nuffnang.. Ruby lebih terdahulu kenal ya..uhuhu

    #saveJejai
    shahroll´s last blog post ..#saveJejai – kita diperlukan untuk membantu by shahrollMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (August 19, 2012 - 2:07 pm)

      shahroll > persahabatan di cyberspace shahroll. 🙂

    boni kacak

    (August 18, 2012 - 4:01 am)

    sama2 lah kita doakan agar bro jejai kuat dan tabah utk menghadapi ujian ni.. dan kita doakan agar beliau kuat untuk melawan penyakit tu..
    boni kacak´s last blog post ..#SaveJejaiMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (August 19, 2012 - 2:06 pm)

      boni kacak > ya bantulah apa yang dikatakan dapat meringankan beban beliau. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.