TipsGoBlog : Nak Jadi Blogger, Tapi Blur Tak Tahu Mana Nak Mula

Assalammualaikum semua,

Entry ni adalah sekembalinya saya sesudah membuat blog ini bersarang. Sarang lebah? Sarang tebuan? atau sarang sarang sarang yang bahasa korea tu? Maklumlah busy.. busy apa eh? grrrr..

Masa bulan Ramadhan ni, kerap juga lah jumpa blogger-blogger pencen or blogger-blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan penulisan blog. Mereka ingat akak ni fehmes bebenor gamaknya. Sampaikan tanya mana datang idea? macam mana nak maintain? macam mana nak dapat client? errr.. ni soalan nak berjinak-jinak ke dunia blog atau memang nak bekerjaya sebagai blogger? hehehe.

Kalau rasa nak bekerjaya sebagai blogger, tak boleh lah nak harapkan advertising company yang memberi advertorial, sponsored post semua tu. Rata-rata yang mengharapkan wang dari advertising company melalui blog mereka adalah mereka yang dah mempunyai pekerjaan tetap di dalam sektor swasta atau pun kerajaan. So, takda lah mereka nak memokak if payment sikit dari nuffnang, advertlets and etc tu. Yang kerap memokak sikit itu ini tu bermakna nak show off yang mereka tu sedang menerima advert. LOL!

Duplikasilah cara blogger innity yang lebih terbuka dan mereka ada class tersendiri utk mengangkat blog mereka. Tak perlu nak menunjuk2 malah mencari client sendiri serta build audience pun sendiri. Alhamdulillah!

Bagi bakar semangat uols! Hahaha!

Blogger ni tiada salah dan betulnya jika uols nak menjadi blogger. Tulis je, lagi santai lagi bagus. Ada blogger yang pandai membezakan cara penulisan apabila menerima advertorial. Bila ada advertorial, penulisannya lebih skema dan jelas. Yelah, blogger dibayar untuk memberi info yang benar seperti testimoni yang telah dicuba. Takkan nak tipu-tipu cakap benda/produk/servis tu best sedangkan macam yang ado je! Sebab tu ramai client mencari blogger untuk buat review. Kalau ada ruang utk blogger lain join review, sudah pasti saya akan jemput. Tak semua orang free utk join, mana yang memberi komitmen dan confirmation saya bagi priority first class. hehehe.

Sekarang ini, bagi anda yang masih student di mana-mana institusi. Anda seharusnya berblog, kerana penulisan student ni lebih santai dan masa uols lagi banyak. Bagi anda yang ingin mengetahui siapa pembaca anda, anda ikut turutan dari mana level anda berada. Sebagai contoh, jika anda blogger student universiti. reader tetap/tegar anda adalah dari kalangan kawan universiti dan pelajar sekolah menengah. kekerapan komen pun kencang dari reader yang macam tu. bagi mereka yang bekerja, kekerapan utk membaca blog anda kurang skit. kebiasaannya kami akan membuka blog anda sewaktu hari cuti dan membaca seluruh entry anda. Kalau anda update blog seminggu 10 blog post. sepuloh blog post tu kami baca. untuk komen, mungkin 2 3 entry je la.. orang dah keje ni banyak masa pikio dateline kojer je. huhu.

Untuk orang yang bekerja ni masa dah kurang, penulisan tidak santai. so, korang build audience masa student, bila dah kerja update seketul dua entry pun masih ada yang setia membaca dan komen. If korang yang sudah bekerja dan baru nak start blog, uols kena kerja keras skit utk build audience. Senang cerita pergi event cergas2 skit. Berkenalan dengan blogger dan buat entry blog yang link ngan blogger2 lamo ke. Kira kena kipas lebih la. Nak senang kipas nuffnang je la. Hahaha!

Okaylah, enough utk bebelan hari ni. Sambung lagi next entry. Banyak lagi tips, sebab saya dah berblog 9 tahun. So, saya dah mula faham flow blogger. Sharing Is Caring.

Entry tips blogging di dalam category #TipsGoBlog!

 

xoxo!

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

20 comments on “TipsGoBlog : Nak Jadi Blogger, Tapi Blur Tak Tahu Mana Nak Mula

    1. rabiatul adawiyah Post author

      Mimis > Penulisan ni bergantung kepada karakter la awak.. Jadi diri sendiri. Mesti best pembaca baca blog awak. 🙂

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Hani > hani suka kategori apa? makanan ke? beauty ke? kehidupn seharian kita banyak benda boleh cerita. tapi ada batasannya. takkan nak cerita personal je kan. hehehe. ada sesetengah perkara ia tetap rahsia walau bengang/best/seronok/benci mcm mana pun. 🙂

      Reply
  1. shahroll photo

    MUAHAHHAHAHA!! cayalah ruby.. tips berguna untuk aku jugak.. dan paling penting.. aku senak perot gelak sebab aku baca dalam intonasi manja kau, boleh gituw? hehe

    Go girl!

    Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      @ellanadj > alah tu kongsi sikit je. kena hati kering kalau nak jadi blogger nih. hehe.

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge