Beauty Expo kali ke-12 yang terbesar di Asia kini berlangsung di KL Convention Centre

Assalammualaikum uols, salam sejahtera, ni hao ma… hehehe.

Wah ni nak share berkenaan Beauty Expo kali ke 12 yang berlangsung di KL Convention Centre dari 28 Sept 2012 hingga 1 Oktober 2012 ni. Aku sebagai media amatlah suka apabila diberi kesempatan untuk mengambil bahagian. Melangkah kaki ke Beauty Expo tu, seperti ada yang memanggil-manggil untuk menyuruh aku beli sesuatu! Grrr!

Dan barang-barang kecantikan ini dijual dengan harga yang murah kerana booth yang dibuka adalah directly dari pengeluar dan dari negara jauh jauh nun.. Korea laaaa… Korea kan terkenal dengan ranking kecantikan para rakyatnya dan Medical Tourism sangat rancak di sana. Patut la lawa-lawa aje artis k-pop ni. Mereka dah ada kepakaran dari negara sendiri! Tak payah bazir duit ke negara orang ye tak??

 

Apa ada di Beauty12 Expo?

 

Di sini pelbagai produk dari pelbagai brand. Boleh dikatakan dari yang terbaik.! Rambang mata nak beli apa di sini. Bagi beauty blogger kan, kalau dah pergi beauty expo memang borong sakan lah kan. Facial Mask RM 1 pada waktu Peek Hour! Hair dryer rm 100 untuk 3 kotak! Gila tak? Bawa la cash siap-siap supaya tidak queue panjang di mesin ATM di sekitar KL Convention Centre tu. :p

Bagi yang nak buka salon atau spa ke atau pusat rawatan kuku ke. Disini semua peralatan yang anda perlukan ada. Don’t worry!

Dapatkan servis melakar hena free di booth Prem’s! Hahaha! Bakal pengantin sedang survey survey. Hohoho!

 

Skin Town  Talk at Main Stage

 

Pada 28 September 2012 ada Skin Town Talk di Main Stage iaitu kalau uols perasan ia di hall 5. Hehehe. Pintu masuk dan exit sangat selesa kerana uols akan masuk ikut hall1 dan jalan sepanjang hall 2, 3, 4 dan ahkhirnya hall 5. memang cuci mata la uols di situ.

Skin Zone ni terkenal dengan nama Charmzone. Sangat fehmes di Korea kerana ia produk best seller wooo..

Semasa program dari Skin Tone dijalankan, ada juga persembahan dari kumpulan Ruffneckz yang fehmes dengan tarian k-pop! Siap menari Gangnam lagi!

So tunggu apa lagi? Jom ke Beauty Expo di KL Convention Centre tu. Bayaran masuk RM 15 dan uols boleh dapatkan macam-macam! Dari pendapat nak buka perniagaan hingga ke produk yang diperlukan! A sampai Z pula tu!

Saya akan ke Beauty Expo ni lagi pada 1 Oktober 2012 iaitu hari terakhir. Nak beli Hair Curler RM 30 jeeee! Sungai Wang pun mahal tau kalau nak beli barang salon berkualiti ini. Hehehe.

Untuk lebih info berkenaan Beauty Expo uols check di sini http://www.beautyexpo.com.my/

P/S : Saya benar-benar teruja berada di Beauty12 Expo ni sehingga tak cukup tangan ambil goodies bag sample tiap produk di exhibition hall tu. Hahahaha!

xoxo!

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.