HIV Test Poliklinik Kesihatan Tanglin

Assalammualaikum,

Hari ni aku nak share berkenaan HIV test yang aku buat pada 9 August 2012 yang lepas. Mungkin ada yang belom nak berkahwin ingin tahu macam mana Bride to Be ni menguruskan segala macam urusan. Dari urusan prosedur yang dituntut oleh Islam hingga ke prosedur menyediakan keselesaan tetamu pada hari pernikahan dan resepsi. 2 perkara ini sememangnya berat bagi aku. Tapi insyaAllah Allah sentiasa permudahkan segalanya.

Berbalik kepada HIV test. Selepas selesai Kursus Pra Perkahwinan selama dua hari yang aku ambil pada 4 & 5 August 2012. Hari isnin 6 August 2012 sekitar jam 10 pagi aku menghubungi Poliklinik Kesihatan Tanglin di talian 03 26983311 untuk bertanyakan bagaimana untuk mendapatkan tarikh HIV Test.

Kalau taknak Poliklinik Tanglin, korang boleh pilih mana-mana Klinik HIV yang lain, tapi pastikan ia dari klinik kerajaan ye. Senarai klinik korang boleh check kat sini http://www.jawi.gov.my.

Walau korang call untuk buat appointment, nurse tidak akan beri tarikh melainkan korang datang ke klinik untuk isi buku pendaftaran. Sekitar jam 11 pagi aku ke Poliklinik Tanglin untuk buat appointment. Alhamdulillah ada kekosongan pada 9 August 2012 iaitu hari Khamis jam 2 petang. Nurse juga bagi borang untuk dibawa pulang dan bawa kembali pada hari ujian HIV. Jarak untuk ke ujian HIV lagi 3 hari je. Hehehe.

Bila kita ingin mendirikan masjid, segalanya dipermudahkan. Hehehe. Ini baru dapat tarikh, perasaan takut untuk melakukan ujian HIV pun ada tau. Pada hari kejadian, korang kena datang tepat pada masanya. Walupun korang datang awal, tak menjanjikan korang akan terus pergi HIV test. Ambil nombor giliran seperti biasa, isi kad hijau macam pesakit punya tu. Bila nombor dah dipanggil korang akan ke kaunter untuk bayar RM 1. Nombor giliran korang tu simpan tau, sebab nombor giliran tu akan digunakan sampai selesai ujian.

Bila dah ke bahagian kaunter jururawat untuk urusan HIV. Korang akan diberi borang lagi untuk di isi. Borang dari Kementerian dan borang kesihatan mental, kemurungan dan emosi korang. Banyak muka surat untuk diisi dan ada kiraan juga. Grr… Bagi aku untuk isi borang ni tiada masalah. Cuma aku dapat lihat pasangan ku seperti gemuruh bila bab mengisi borang ni. Takkan la aku nak isikan pula kan. Sebab banyak benar benda kena isi, lagi pun nurse akan panggil bila kita dah submit borang-borang tu. So untuk lelaki sekalian, jangan nak nebes tak tentu pasal k. Aku pun nebes gak. Hahaha!

Bila dah selesai isi borang, pembantu perubatan akan panggil untuk memberi penerangan berkenaan HIV dan AIDS. Apa yang korang tak faham elok bertanya masa ni, sebab masa doktor tanya nanti kalau gagap, nanti doktor terangkan lagi panjang lebar dan lagi lama masa korang kat klinik tu. Hahahaha!

Saiful Naim dan pasangan, itulah panggilan dari pegawai perubatan. Aku ni duk termenung je masa tu, Naim yang sememangnya nebes tu pergi je. Dia pun cam dah blur kot ngan panggilan “Saiful Naim dan Pasangan“. Manalah pernah sesiapa panggil kita orang macam tu. Nurse siap gelak cakap eh pasangan awak kenapa duduk lagi tu. Bermaksud aku pun sengal la juga. Hahahaha! Kami pun dah senyum2 malu tu masuk bilik pegawai perubatan. Diterangkan A sampai Z berkenaan HIV dan AIDS dah selesai sesi penerangan, pegawai perubatan mengeluarkan dua set perkakasan untuk ambil darah. Bab ini memang aku nebes gila!!! Aku takut darah… Ahhh tidakk! First yang kena stapler adalah Naim. Dia rilek je, darah dia senang je keluar. Lepas tu turn aku. Terperanjat satu badan bila kena stapler. Nak dijadikan cerita, darah aku tak keluar!!!! Siap kena picit-picit untuk keluarkan darah tu. Adoi.. Darah masih sikit tak mahu keluar. Apa lagi picit kuat-kuat untuk bagi darah menitik kat bekas kecil tu. Then baru le pegawai perubatan dapat cek darah aku. Grr..

Lebih kurang macam ini la peralatan HIV Test. Tu stapler kecik cenonet tu pun aku takut. Hehehehe.

Alhamdulillah keputusan aku Negative. Berada di C sahaja. Hehehehe.

 

Perasaan nervous ni bukan hadir sebab aku atau si dia ada melakukan seks ke apa ke yang haram. Kami tidak melakukan apa-apa yang boleh mendatangkan HIV pun cuma mungkin ini naluri seorang manusia yang inginkan kesempurnaan. Yelah cuba korang bayangkan, tetiba korang pembawa HIV? Aku tak tau la macam mana kehidupan aku. Sebab aku nak anak. Nak anak kembar lagi tu. Aku bersyukur aku beragama Islam dan mengamalkan apa yang Islam suruh dan larang. Alhamdulillah diri aku bersih dari melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga dan Islam itu sendiri.

Selesai ujian HIV, korang kena tunggu nombor giliran korang dipanggil untuk jumpa doktor. Masa ni agak lama sedikit sebab pesakit luar ada ramai. Tapi waktu ini dipanggil nombor bermakna bukan masuk bilik doktor bersama pasangan ya. Ikut nombor giliran korang yang ambil awal-awal dulu.

Dalam bilik doktor, doktor tanya berkenaan Tempoh Window 6 bulan tu. Nasib la fokus masa pegawai perubatan tetangkan tadi. So aku boleh jawab soalan dengan lancarnya. hehehe. Bila dah selesai, doktor siap cakap “tahniah, dah boleh kahwin“. aku pun “hehehehe..

So, prosedur HIV TEST yang diselitkan wajib dalam undang-undang perkahwinan Malaysia ada baiknya. At least kita yang lurus bendul boleh tahu serba sedikit berkenaan HIV. Jangan disebabkan kita, anak-anak jadi mangsa.

Terima kasih sudi baca.

 

xoxo!

Comments

  1. 14

    hanz says

    salam…sy baru ambil je hiv test…lepas test nurse tu pggl name then bg borang biru…die ckp ok boleh blk…tp dekat borang biru tu xde pun dinyatakan result pasal hiv test ni…adekahhhh dgn nurse tu ckp ok boleh blk means dah boleh kawen? :P …pastu bile nk submit form nnti kne bg form biru ni je ke or nk kne amek result blk?

    • 15

      rabiatul adawiyah says

      hanz > hahahaha! apa la awak ni. kan masa first time pergi kena pilih appointment day. borang tu untuk awak isi le. next appointment day bawa borang tu ke klinik kesihatan tu utk HIV test yang lebih lengkap. Dengar penerangan HIV dan AIDS, kemudian ambil skit darah. Semua tu dilakukan oleh pembantu perubatan. Pastu tunggu dalam 5 minit untuk jumpa doktor. Doktor bg penerangan dan tanya soalan kuiz. hehehe..

  2. 16

    rabiatul adawiyah says

    Nurul > mana ada org berani nak stapler jari sendiri. hehehe. ujian HIV nanti semua merasa kena stapler. hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge