Unveiling of Vent Shaft

      7 Comments on Unveiling of Vent Shaft

Assalammualaikum uols,

Hari ni saya nak share pasal lukisan. Hehehe. Dah bertahun tak pergi ke galeri-galeri yang memaparkan luksisan ni. Bila rakan ajak ke Galeri, mulalah nak mencari dress. Tetiba kan! Sebab kalau pergi Galeri kebiasaannya begitulah. Mungkin selesa nak bergerak dan menghayati lukisan-lukisan selembut kain dress tu. Hahaha!

Khamis yang lalu saya ke Galeri Petronas, KLCC dan berlangsungnya pameran Unveiling of Vent Shaft atau lebih mudah I Art You Malaysia yang berlangsung dari 29 Ogos 2012 – 31 Ogos ni. 3 hari je. Ianya dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Seperti anda semua sedia maklum, Galeri Petronas adalah FREE Admission. So takda masalah la korang nak datang. Just tulis nama kat Guest Book tu je.

 

Sempena sambutan kemerdekaan negara kita ke-55 pada 31 Ogos 2012 dan Hari Malaysia 16 September 2012, dua kumpulan kanak-kanak dari semenanjung Malaysia dan Sarawak telah berhimpun untuk meluahkan rasa cinta mereka kepada Malaysia.

Pameran I Art You Malaysia dianjurkan oleh PETRONAS ini mengumpulkan sekitar 200 orang murid sekolah untuk menggambarkan dalam bentuk lukisan apa sahaja yang menimbulkan perasaan cinta mereka terhadap tanah air kita.

 

Ni aku nak share pengalaman melihat koleksi lukisan kanak-kanak sekolah rendah melukis “Apa yang mereka faham tentang 55 tahun Kemerdekaan dan juga Apa mereka tahu berkenaan Petronas“. Sebab kanak-kanak ni pemikiran mereka masih suci. Tidak dijajah lagi. So, mereka lukis je apa yang mereka suka bila dah merdeka ni. Diantar lukisan yang menarik perhatian aku adalah.

Motif sangat adik-adik ni lukis kan. Buah Durian pun ada tau. Aku rasa adik ni rasa best sangat menjadi rakyat Malaysia kerana dapat makan buah dari segala buah iaitu Raja Durian! Betul juga tu, bayangkan kita duk kat negara yang miskin tu, buah macam ni pun tak tumbuh pokoknye tau. Syukur menjadi rakyat Malaysia.

Lukisan rama-rama ni pun menarik sebab kanak-kanak yang melukis ni, rasa bebas di Malaysia ni. Bebas dan boleh terbang seperti rama-rama. Tiada masalah untuk kemana sahaja. Betul juga tu, aku tak pernah kena tahan dengan polis sebab nak jalan sorang-sorang ke mana juaaaa.. hehehehe..

Ini menandakan kita memiliki pelbagai bangsa dan hidup aman damai. Pandai kanak-kanak tu lukis dan siap ada pegang tangan lagi tu. hehehe.

Inilah Jalur Gemilang kebanggaan kita  semua. Saya sayang Malaysia. Alwayss!

Ini pula gambar aku Eye art you MALAYSIA! heheheheehehe..

Dengan rasminya aku meninggalkan jejak blog ku! Hahahaa! Walaupun tiada ruang kosong! Nak tulis juga!!! RA.COM LOVE MALAYSIA.

Saya diberitahu bahawa ada pameran kesemua gambar di scan dan print dalam bentuk layar besar di hadapan LV.

Dasyat tak saya amik gambar camgini?? hehehe.. siap menerap tepi jalan.. tipu je.. saya cangkung je.. hehehe.

Video di bawah ini video dari Galeri Petronas. Jom saksikan bagaimana mereka mengumpul kesemua lukisan-lukisan tersebut.

Untuk tonton episod lain, korang klik www.youtube.com/petronasofficial dan jangan lupa SUBSCRIBE tau!

Untuk koleksi-koleksi gambar behind the scene uols klik facebook.com/petronas

xoxo!

7 comments on “Unveiling of Vent Shaft

    1. rabiatul adawiyah Post author

      KiD > Pada mulanya saya duk fikir, amende la bebudak ni lukis kan. Semua takda pasal merdeka pun. So bila perhatikan balik kan dari pandangan kanak-kanak la kan. Cewah.. Mereka sayang sangat Malaysia. 🙂

      Reply
  1. Pingback: Petronas - I Art You Malaysia | Bro Framestone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge