Power In Your Pocket

Assalammualaikum dan salam sejahtera uols,

Penulisan kali ini berkenaan peraduan yang saya sertai melalui hebahan pihak Rouge Communication untuk memenangi Sony Cyber-shot DSC-RX100 Digital Camera dari Sony Malaysia.

Sony Cyber-shot DSC-RX100

Apa yang dikatakan “Power In Your Pocket” yang didalam bahasa melayu ialah “Kuasa Dalam Poket Anda“. Pastinya semua sedia maklum bahawa semua kamera yang kita miliki akan disimpan di dalam poket. Ada poket seluar, poket handbag, poket bag komputer riba dan mana-mana tempat yang boleh menyimpan kamera dalam saiz yang kecil seperti Sony Cyber-shot DSC-RX100.

Secara jujurnyakan  kita memerlukan sebuah kamera yang ‘compact‘,  tapi adakah kamera comel itu mampu puaskan nafsu serakah kita untuk dapatkan kualiti gambar yang selalu di idam-idamkan bagi pengguna yang “biasa”. Takkan nak ambil gambar je tanpa fokus kepada objek? Sony Cyber-shot DSC-RX100 mampu melaksanakan gambar yang berkualiti hanya beberapa klik dengan menggunakan fungsi-fungsi yang sesuai  untuk menjadikan gambar  kita  seperti hidup dan pro gitu.. Chewah..

Dengan ungkapan ‘Power In Your Pocket‘ anda mempunyai senjata yang cukup berkuasa, dapat ‘capture moment‘ dengan hanya jalan bersahaja di tengah kota raya tanpa membawa kamera yang besar. Cukup licik dan bagus serta sesuai untuk lelaki mahupun perempuan.

Pada zaman sekarang teknologi semakin hari semakin canggih, persekitaran juga semakin hari semakin berubah. Jadi dengan adanya kamera kita mampu membuat perbezaan waktu antara dahulu dan sekarang, setelah zaman-berzaman suasana tempat berubah-ubah, kita memerlukan gambar yang berkualiti untuk simpanan dan boleh tunjuk kepada generasi akan datang. Betul tak? Sony Cyber-shot DSC-RX100 tidak memerlukan pekakas yang besar hanya ‘pouch bag‘ atau poket seluar sudah memadai. Ia tidak membataskan anda dan anda bebas berfoto.

Gambar kenangan cucu salam atok pada 1 Syawal.
Diantara juadah 1 Syawal

Sony Cyber-shot DSC-RX100 juga sesuai untuk kanak-kanak yang suka menangkap gambar ataupun yang suka menjadi model, kamera ini mampu melatih kanak-kanak untuk menjadi juru kamera yang profesional. Perangai kanak-kanak yang tidak suka duduk diam dan juga kadang-kadang ada aksi yang menarik untuk di tangkap gambar atau video juga boleh menjadikan penggunaan kamera ini lebih universal. Bagi ibu-ibu yang suka menyimpan memori anak-anak, Sony Cyber-shot DSC-RX100 adalah pilihan tepat buat anda.

 

Diantara mode yang menyimpan secara dua gambar.

 

Anak sedara saya ni sangat active! Tidak duduk diam! 🙂
Sampaikan fluid dari hidung pun jelas nampak. Eeeww! :p
Contoh kedua adalah gambar secara candid. Berjaya! Tanpa gegar dan blur.
Yang ini pun nampak fluid dari hidung. hehehe.
Saya naikkan warna kuning dari fungsi Toy Cam tanpa hitam putihkan gambar malah ia disimpan secara dua posisi.
Gambar model lebih closed up.

 

Bagi yang sudah mempunyai kamera, pastikan anda mencuba dahulu sebelum membuat perbezaan secara ‘first impression‘. Dari segi ‘flash‘ Sony Cyber-shot DSC-RX100, kita tidak perlu ‘speed light‘, kerana ‘flash’ yang direka khas ini boleh ditolak 90° ke belakang. Memang mudah sangat, tidak perlu susah keluarkan ‘speed light‘ anda dari beg kamera yang besar. Malah bagi mereka yang sudah biasa tangkap gambar, anda akan terhibur dengan fungsi-fungsi  Sony Cyber-shot DSC-RX100.  Fungsi ‘mode manual’ cukup senang untuk menukar ‘aperture‘, ISO kamera kerana apabila kita tukar  ‘aperture & ISO‘ secara tidak langsung ‘screen‘ menunjukkan perubahan warna dan pencahayaan yang kita pilih.

Ini adalah contoh apabila flash ditolak ke atas. Gambar ini sekadar untuk memberi contoh. Kami tidak mendongakkan kamera tetapi flash sahaja. R&D yang sangat bagus!
Ini pula slow flash dan hanya tumpukan kepada model sahaja. Awesome!

Secara jujurnya saya sudah mencuba Sony Cyber-shot DSC-RX100 ini semasa musim perayaan aidilfitri untuk sekejap waktu sahaja dan ianya  memang layak digelar ‘Power In Your Pocket‘ . Saya sebagai seorang perempuan, banyak perkara yang menarik perhatian untuk tangkap gambar dari segi makanan, perangai budak-budak yang beraya, ibu bapa yang bertadang ke rumah semuanya mampu saya ‘snap‘ dengan pantas. Aksi comel kucing juga tidak terbatas, sempat ‘snap‘ semasa berlari-lari didalam rumah. Dengan menaikan suasana setiap warna-warna yang hendak di fokuskan seperti warna biru, hijau, merah dan kuning memang ‘smart‘ kesannya. Semuanya tidak mustahil dengan Sony Cyber-shot DSC-RX100, mampu meriahkan apa sahaja suasana yang kita suka. Setiap detik gambar atau video yang diambil menggunakan Sony Cyber-shot DSC-RX100 ini berkualiti tinggi dan cukup bermakna.

P/S : Kesemua gambar diatasa menggunakan Sony Cyber-shot DSC-RX100. Bagi rakan-rakan blogger yang menyertai peraduan ini juga, Good luck ye. 🙂

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

12 thoughts on “Power In Your Pocket

    zuan

    (September 5, 2012 - 6:34 pm)

    skrng ni lebih kecik gadget tu, lebih orang suka.. mcm skng, wujud kamera mirrorless yang mana body kecik mcm digital cam, tapi leh tukar lens mcm dlsr
    zuan´s last blog post ..> Budi Bahasa dan Banjir KilatMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (September 6, 2012 - 1:57 am)

      Zuan > Ye itu ada dipasaran juga. Sony pun ada. Yang warna silver tu. Memang superb! Tapi bagi mereka yang save budget taknak add on lens semua tu. RX 100 paling ok. Hehehe..

    boni kacak

    (September 3, 2012 - 7:40 pm)

    serius memang cantik gila gambar2 tu.. dah macam DSLR la kualiti dia.. nak tanya macam mana pula dengan kualiti video record dia ye? paparan HD ke? cantik tak kualiti video dia?
    boni kacak´s last blog post ..#Sebarkan – Warkah Dan Surat Terbuka Untuk Pencuri MotorMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (September 6, 2012 - 1:32 am)

      Boni Kacak > Video best! Terang lagi benderang! Fungsi yang banyak dan gambar HD serta 20.2 megapixels, large 1? Exmor™ CMOS sensor, F1.8 Carl Zeiss Vario-Sonnar T* lens dengan control ring, 3.6x zoom, P/A/S/M modes, JPEG and RAW image capture, Full HD 1080/60p video dengan fungsi kontrol secara manual.

    Nurul

    (September 3, 2012 - 7:17 pm)

    Gambar cantik… semuanya nampak menarik..
    Nurul´s last blog post ..Permulaan KejayaanMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (September 6, 2012 - 1:21 am)

      Nurul > Cantik kan.. kak ruby sampai nak snap gambar je tau.. org dalam rumah posing je..

    Charmaine

    (September 3, 2012 - 6:58 pm)

    Good luck to you too!!
    I suka bokeh effect kamera ni! 🙂
    Charmaine´s last blog post ..AFC: "36 Ways To Live" with Chef Emmanuel StroobantMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (September 6, 2012 - 1:15 am)

      Charmaine > HEHEHEHE… Thank you.. Good luck to you too..

    syafik

    (September 3, 2012 - 12:40 pm)

    mcm mne nak join ?
    syafik´s last blog post ..SEBAB DAN CARA ATASI CURANGMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (September 3, 2012 - 2:06 pm)

      syafik > peraduan dah tamat 2 September 2012 jam 11.59pm la syafik. saya emel u another contest.

    pokok manggis depan rumah

    (September 2, 2012 - 11:59 pm)

    all the best yea 🙂
    pokok manggis depan rumah´s last blog post ..Malam Lailatul QadarMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (September 3, 2012 - 8:28 am)

      Pokok > Terima Kasih. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.