Raikan Lebaran Bersama Excellent Pictures Open House

      2 Ulasan pada Raikan Lebaran Bersama Excellent Pictures Open House

Assalammualaikum uols,

Pada 31 Ogos 2012 yang lepas saya dijemput ke rumah terbuka Excellent Pictures di kediaman Pengarah Versatile Ahmad Idham. Ramai rakan media dan artis yang hadir dan paling best lokasi kediaman di bukit jalil. Makanya aku sekali bersesak di atas jalan raya dengan rakyat Malaysia yang nak ke stadium. Hahahaha!

Terima kasih kepada krew Excellent Pictures yang segak berbaju melayu dan kurung. Siap jadi penyambut tetamu.

Rabiatul, Ahmad Idham & Saiful Naim

Sebagai tanda ingatan, sesi bergambar dan jurukamera terus print gambar pun ada! Sebenarnya selama aku jadi blogger, tak pernah print gambar pun. Dah 9 tahun tiada berupdate album-album dekat almari tu. Hmm.. Rasa macam nak start balik simpan hard copy gambar kan.

Rabiatul & Abang Wan

Aneka hidangan dan semua sedap. Ice cream paling saya suka. Hehehehe.

Rumah terbuka ini diadakan dari 8 malam hingga 11 malam. Aku sampai 8.30 malam macam tu dan pulang jam 10.30 malam. Apa aku buat ekk?? Hhehehe. Ekcelli aku makan, sembang dengan Haikal. Cewah Haikal pulak! Dalam filem SAM watak saiko dia tu melekat terus. Azad Jasmin memang sempoi la. Loghat utara masih pekat! Hehehe.

Tuan rumah, Ahmad Idham dan Abang Wan memang tidak duduk diam. Sebab Tuan Rumah sibuk melayan tetamu yang hadir. Walaupun sibuk, muka senyum je walaupun dah tawaf kediaman Ahmad Idham lebih dari 20 kali. Hehehehe.

Disebabkan aku ni akan ke Legoland Malaysia, Nusajaya, Johor pada esok pagi 1 September 2012 jam 7 pagi (bus bertolak). Aku balik awal 10.30 malam. Kalau ikutkan nak stay dan join media interview sertaaaa dengar lagi cerita best or idea baru dari pengarah kan. Hehehehe. Itu sudah pasti jam 1 pagi kot baru selesai.

Dialog ku….

RA : Abang Wan, ruby beransur dulu ye. Esok pagi ruby kena bangun awal untuk media trip Legoland Malaysia.

Abang Wan : Awal lagi ni dah nak balik? Makan la lagi.

RA : Dah makan banyak dah. Nanti tak balik pula ruby ni melekat kat kerusi sebab kekenyangan. Hahaha!

Abang Wan : Okay tunggu kejap ye.

RA : Aku pun tunggu…

Masa tunggu tu ada la kena buat video promo filem APA CELOP TOQQ yang bakal meriah di pawagam 25 Oktober 2012. Lepas tu aku ambil gambar aku yang dah siap print.

Setibanya Abang Wan…

Abang Wan : Nah ni Abang Ahmad Idham kasi.

RA : Eh Ruby dah tua pon dapat duit raya! Naim puun.. Hehehehe.

Abang Wan : Kalau ikutkan Abang Wan lagi tua. Pun dapat duit raya tau. Hehehe.

RA : Terima kasih Abang Wan!

Abang Wan : Sebelum balik pergi jumpa Abang Ahmad Idham. Bagi tau ruby nak beransur.

RA : Ok Abang Wan.

Searching Ahmad Idham yang sibuk sebagai Tuan Rumah.

RA : Abang Ahmad Idham, Ruby nak beransur kerana esok ada Trip Media ke Johor dan saya dah dapat ini….

Ahmad Idham : Eh nak balik dah? Dah dapat dah? Dah kenyang? Ok ok. Terima kasih datang ye. Tak sempat la join abang punya press conference. Hehehehe. (Sambil berjalan ke arah tetamu yang baru tiba)

Selepas tu aku pun terus balik. Nampak tak kesibukan Ahmad Idham. Well, aku ni faham keadaan jadi Tuan Rumah. No Problem. Hehehehe.


Saya dapat duit raya!! RM 100! Hehehehehe! Rezeki uols! Alhamdulillah. Murah rezeki Ahmad Idham & Excellent Pictures.

Oh sebelum terlupa…………………………………….

Sebelum ke rumah terbuka Excellent Picture, aku ada pergi open house rakan blogger yana yassin sekitar jam 7 petang. Dari Gombak ke Kajang, Dari Kajang ke Bukit Jalil. Fuhhhhh.. Ni gambar kami. Hehehe.

Bro, Iera, Yana Rabiatul, Saiful Naim

Terima kasih Yana! Sebab sudi jemput.

P/S : 31 Ogos 2012 orang busy MERDEKA, i busy makan!

xoxo!

 

2 comments on “Raikan Lebaran Bersama Excellent Pictures Open House

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge