Sony Cyber-shot DSC-RX100 Digital Camera Review

      5 Ulasan pada Sony Cyber-shot DSC-RX100 Digital Camera Review

Assalammualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk menyelongkar apa yang best tentang Sony Cyber-shot DSC-RX100 Digital Camera.

Hari ini saya taknak bercerita pasal spesifikasi model Sony Cyber-shot DSC-RX100. Tetapi lebih kepada pengalaman menggunakannya. Spesifikasi uols boleh google ye. Hehehe.

Saya memiliki DSLR, jadi dah terbiasa menggunakan Manual Mode. Model Sony Cyber-shot DSC-RX100 ini berharga sekitar RM 2,499. Berbaloi bagi anda yang inginkan saiz kamera yang kompak dalam masa yang sama memiliki kualiti seperti DSLR.

RX 100 Camera Mode

Bouncing Flash. Hehhee.

Flash dari Sony Cyber-shot DSC-RX100 ni boleh ditolak dari atas ke bawah dan bawah ke atas atau anda hanya biarkan ia di tapak asal. Apabila sudah menggunakan flash, anda boleh tolak flash tersebut masuk ke dalam untuk disimpan. Rekaan R&D sebegini seperti function speed light DSLR. Cuma ia tidak lah boeh pusing 360 darjah kan! Hehehe.

Perkara pertama yang paling saya suka untuk buat review adalah fokus sesebuah kamera. Kerana saya suka latar belakang yang kabur dan fokus kepada entiti yang saya nak ambil.

 

Gambar ini saya fokuskan Swedish Meatball dan objek sekelilingnya kabur. Gambar orang yang duduk dibelakang blur, Chicken Chop blur dan kerusi pun blur.

Saya fokuskan Chicken Chop dan objek lain blur. Sangat sharp gambar Chicken Chop tu!

Diantara gambar lain. Nampaknya saya suka ambil gambar makanan. Hehehe.

 

Selain dari fokus kamera, kelebihan Sony Cyber-shot DSC-RX100 adalah picture effect.

 

Saya guna fungsi Toy Camera. Pilih warna biru. So, camera akan fokus kepada objek yang bewarna biru.

Ini pula saya serlahkan warna dinding kuning tanpa hitam putihkan gambar.

 

Sony Cyber-shot DSC-RX100 ini juga mempunyai fungsi double focus dan shoot. Sebagai contoh saya ambil gambar di bawah dan fokus kepada wajah. Ia akan secara automatik menyimpan gambar wajah tersebut.

 

Contoh 1 :

Contoh 2 :

Contoh 3 :

Saya dah shoot video menggunakan Sony Cyber-shot DSC-RX100 tetapi masih belum sempat untuk edit. Kerana kebusyan melanda. Setakat video un-edit macam kat bawah ni saya directly upload. Video di ambil sewaktu membonceng motosikal di sekitar jalan dihadapan KTM Kuala Lumpur. hahaha!

Korang abaikan bunyi angin tu ye. Tengok kualiti video tu. hehehehe.

So kalau uols nak kamera yang bersaiz sebesar poket seluar, inilah cameranya. Fungsi yang banyak dan gambar HD serta 20.2 megapixels, large 1″ Exmor™ CMOS sensor, F1.8 Carl Zeiss Vario-Sonnar T* lens dengan control ring, 3.6x zoom, P/A/S/M modes, JPEG and RAW image capture, Full HD 1080/60p video dengan fungsi kontrol secara manual.

Memang best lah apabila memiliki kamera Sony Cyber-shot DSC-RX100  ni. Baki Zainal pun setuju! Hehehehe.

Terima kasih kepada Sony Malaysia untuk peluang buat review kamera baru Sony Cyber-shot DSC-RX100.

Connie dan Rabiatul. 🙂

Tiba masa aku pula nak bergambar dan show off muka orang disebalik tabir orang yang ambil gambar cantik2 kat atas tu kan. Hehehe.

Jom LIKE www.facebook.com/SonyMalaysia

xoxo!

5 comments on “Sony Cyber-shot DSC-RX100 Digital Camera Review

  1. ann

    assalamualaikum…saya baru je ambik sebijik rx100 ni kelmarin tapi 1 malam trkial-kial nak cari setting gambar makro yang mana latarbelakangnya tak blur. maknanya bila kita ambik gmbr makro, keseluruhan imej dekat yg dirakam adalah sharp n tak blur cam kita biasa ambik gmbr makro guna henpon. Harap boleh bantu sebab saya rasa amat rugi jika memang tak dapat ambik keseluruhan sharp gmbr makro coz saya amat minat ambik fully sharp makro dan saya biasa guna hpon coz guna hpon smua gmbr trmasuk gmbr tepi yg dekat juga sharp. Wassalam…

    Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge