The Cafe, Legoland Malaysia

Assalammualaikum anda semua.

Belum sempat apa-apa dah bercerita pasal makanan kan!!! Uols bawa bertenang ye sebelum aku bercerita berkenaan game yang aku main. Hahaha!

1 September 2012 aku di jemput oleh Legoland Malaysia untuk menikmati kesemua ride yang ada. The Cafe Restaurant ni sebenarnya adalah destinasi terakhir aku singgah selepas main Roller Coaster di Lego Kingdom. Kang makan awal-awal muntah pula naik Roller Coaster kan! Lagi pun aku langkah kanan dulu apabila masuk entrance Legoland Malaysia.

Pertama pergi BIG SHOP, belum apa-apa dah pergi tengok kedai souvenir. Kedua pergi LEGO City, Ketiga pergi Land Of Adventure, Keempat pergi MiniLand, Kelima pergi Imagination, Keenam pergi Lego Kingdom, Ketujuh Lego Technic dan terakhir baru lah ke The Cafe! Hehehehe.

Suasana di The Cafe. Ini adalah tempat makan yang paling sesuai bila korang dah berpanas selama berada di dalam Legoland. Mana taknya, dengan cuaca panas dan windy gitu, apabila jejak je kaki ke dalam The Cafe secara automatiknya perasaan ahhhhhhhhhh menyelubungi. Selesa tak terkata bila kena air cond berkuasa kuda. hehehe.

Pada asalnya aku dengan naim nak makan Beef Bolognaise tetapi sudah habis. Kerna terlalu ramai customer pada di sebelah tengahari makan lunch kot. Aku sampai kat The Cafe ni sekitar jam 2.45 petang cam gitu. So kami memilih Sandwich Turkey Ham. Harga Turkey Ham RM 12.50 dan minuman untuk aku adalah Nescafe Ais yang beharga RM 5. Total utk aku adalah RM 17.50 pastu tolak 30% dapat la RM 12.25. hehehehe.

Ini pula set kami berdua, Naim ambil Sandwich Turkey Ham juga cuma air soft drink. Soft drink RM 4.80 dan diskaun 30% dapat lah RM 3.39. Diskaun ini diberi sempena Opening Day Discount. Yay!

Inilah Sandwich Turkey Ham bersama roti croissant yang lembut. Lepas tu Turkey Ham ada Lima keping! Sayur cam biasa la kan. Tomato, salad, timun, coleslaw semua ada. Kalau harga RM 12.50 berbaloi la kan tanpa diskaun 30% tu. Seriously inilah sandwich yang boleh buat aku mengidam dan penyebab untuk datang ke Legoland Malaysia lagi. Kalah Subway weh! Serious! Ingatkan makan sandwich tak kenyang, sebab hampa tiada Beef Bolognaise tu. Tapi saya dah tidak hampa setelah makan Sandwich Turkey Ham. Burrrrpp.. Kenyang.. Alhamdulillah.

Dah kenyang tu keluar je dari The Cafe, aku nampak Legoland Maskot! Nama dia Buddy! Ikat dia ketat-ketat untuk bergambar. Hehehehe.

So, untuk uols yang nak pergi ke Legoland Malaysia, main semua ride dan enjoy!

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “The Cafe, Legoland Malaysia

    Iexora

    (September 2, 2012 - 10:32 pm)

    memang best kot Legoland ni.. Bagi aku memang puas la pergi.. lantak la ape org nak compare2kan dgn theme park lain. in the end of the day, memang fun. two thumbs up

      rabiatul adawiyah

      (September 2, 2012 - 10:36 pm)

      Lexora > hehehehe.. thumbs up!

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.