The Celcom Cupcake Challenge

Assalammualaikum dan salam sejahtera uols,

Apa itu cupcake? cupcake itu kek cawan (bajet cam uols tak tahu). Cupcake ni macam-macam dekorasi ada dan sesuai untuk hidangan apa sahaja majlis. Even my birthday pun celebrate dengan cupcake yang mempunyai huruf nama saya. Dengan warna warni hiasan, siapa yang tidak suka cupcake?

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia pada 16 September 2012, peraduan The Celcom Cupcake Challenge diadakan dari 30 August 2012 hingga 20 September 2012 bagi mencari cupcake yang paling istimewa dan bertema 1 Malaysia.

Saya juga berpeluang membuat cupcake. Actually saya tak jangka yang saya kena buat cupcake. Hehehehe. Pada Sabtu 8 Sep 2012 yang lepas bertempat di The Cooking House di Desa Sri Hartamas. Celcom dengan berbesar hati mengadakan kelas eksklusif membuat cupcake yang terdiri dari rakan-rakan blogger dan En Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer of Celcom Axiata Berhad juga turut serta membuat cupcake. Blogger dan team celcom bertungkus lumus belajar cara membuat cupcake dari proses membancuh hingga ke dekorasi. Sangat seronok dan tak sangka saya pandai dekorasi cupcake. Hahahaha!

 

En Zalman Aefendy tekun membuat cupcake! Candid photo.

Kelas Cupcake ini dikendalikan oleh Chef Lu Soo Chee dan Chef Rose. Boleh dikatakan full house The Cooking House tu, so dua orang chef kendalikan untuk 2 bilik. Hehehehe.

Chef Lu Soo Chee

Chef Rose dari rancangan SELERA tuuu…

 

Cara membuat Vanilla Cupcake

 

Bahan-Bahan :

1. Butter 125g

2. Gula 100g

3. Baking Powder 1 1/2 sudu

4. Tepung Gandum 110g

5. Telur 2 biji

6. Susu 2 sudu

7. Vanilla Essence 1/2 sudu

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati. 🙂

Masukkan ke dalam cup dan bakar!

Tadaaaaaaaaaa.

Jom buat dekorasi!

Cara membuat Butter Cream Frosting

 

Bahan-Bahan :

1. Butter 95g

2. Icing Sugar 260g

3. Susu 1 1/2 sudu

Campurkan kesemua bahan dan gaul sampai jadi lembut macam gambar diatas, kemudian letak pewarna ikut warna kesukaan korang. Untuk buat bendera Malaysia, warna merah, biru dan kuning sahaja digunakan. Warna putih, guna warna asal seperti warna cream diatas. Kalau nak letak pewarna putih pun boleh.

Sesi dekorasi!

Inilah hasilnya. Hehehehe.

Diantara blogger dan wakil Celcom yang turut serta.

Aktiviti sebegini sememangnya best! Seronok berjumpa dengan rakan baru dan lebih seronok bila wakil Celcom pun buat cupcake juga! Hehehe.

Jom sertai The Celcom Cupcake Challenge yang bermula dari 30 Ogos 2012 hingga 23 Sep 2012 yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 100 RIBU!!

Cara-cara :

3 langkah mudah!
1. Decorate cupcake dengan bertemakan 1 Malaysia
2. Ambil gambar
3. Upload it onto our app https://www.facebook.com/cupcakeschallenge?v=app_465477270151199

Untuk lebih info uols LIKE www.facebook.com/cupcakeschallenge

Pada 24 Sep 2012 kesemua gambar akan dikumpulkan dan pemenang diumumkan!. So cepat submit gambar cupcake yang bertema 1 Malaysia!

Dannn.. FREE cupcakes akan diberikan pada 16 September 2012. Ingin tahu lokasi dimana? Nantikan di www.facebook.com/cupcakeschallenge

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 thoughts on “The Celcom Cupcake Challenge

    kay

    (September 23, 2012 - 6:37 pm)

    yeayy ! muke saya ade !

      rabiatul adawiyah

      (September 24, 2012 - 12:57 am)

      Kay > yay!!

    Nurul

    (September 11, 2012 - 8:44 am)

    alooo comel2 nya cupcake tu.. geram plak tgk.. hehehe
    Nurul´s last blog post ..Hot FM Pagi: X Cukup DuitMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (September 11, 2012 - 2:32 pm)

      Nurul > comel dan manissssss.. hehehe..

    Iexora

    (September 10, 2012 - 10:28 pm)

    sedapnye klu dpt rase..huhuhu

      rabiatul adawiyah

      (September 11, 2012 - 2:30 pm)

      lexora > eh suka cupcake ke? dah belajar ngan chef, boleh je nak buat cupcake tu. hehehe. untuk 10 biji je la. kehkehkeh..

    rabiatul adawiyah

    (September 10, 2012 - 3:05 pm)

    Anuar > terima kasih. hehehe.. saya cuba-cuba je. hahahaha! tak sangka menjadi cupcake tu. 🙂

    Anuar

    (September 10, 2012 - 10:51 am)

    Wah lumayannya hadiah yang disediakan oleh Celcom untuk Contest kali ni.. Good Luck saya ucapkan kepada Rabiatul Adawiyah dan peserta lain yang turut join Contest ini..

    P/S: saya langsung tak pandai buat CupCake..
    Anuar´s last blog post ..Penghargaan Kepada Penaja Pertandingan Anugerah Blog Paling PopularMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.