Bukan Sekadar Denaihati WordPress Private Training

Assalammualaikum uols,

Dari kiri Amar, Cikgu Haizil, Denaihati, Faizal, Eyriqazz dan Abang Ensem

Baru-baru ini saya sertai WordPress Private Training yang dianjurkan oleh DH. Inilah kali pertama aku join training yang kuantiti peserta yang sedikit dan mudah untuk one to one session. Mau beriban kalau nak sesi camgini kan kalau anjuran orang lain. Mana nak dapat macam ni? DH pun berbesar hati memberi tawaran istimewa dengan yuran penyertaan hanya RM 50 walau pada hakikatnya RM 250. Terima kasih banyak-banyak kepada DH!

Skrin mini laptop aku, belajar WordPress mesti lah kena tahu Cpanel juga… 🙂

Aku sememangnya pengguna WordPress. Dari 2010 kalau tak silap aku. Masa tu nak kan domain ruby.my sangat. Tak kira orang cakap susah nak ingat ke, baca ke, panjang sangat ke tp aku nak nama aku sendiri jadi blog url. Motif suka hati aku la kan sebab blog aku.. Boleh jawab macam tu? Hehehe. Tak baik cakap macam tu, kita kan hidup bermasyarakat. Ekceli saya hanya nak domain yang saya boleh berbangga dengan kejayaan dari diri saya. 🙂

Comel melihat mereka berdua ni. Hahahaha!

Aku dari blogspot ke wordpress. Blogspot bermula tahun 2004 hingga 2009 dan awal 2010 sampai sekarang aku guna wordpress. Masa mula-mula nak buat semua ni dengan hosting, domain register bagai tu aku minta bantuan kawan ofis aku mohdzaid.com tu. Dia tu busy bebenor susah nak booking appointment mohon bantuan dengan dia. Tapi aku paksa juga! Hahaha! Lepas dia buat registration semua tu, aku dah dapat je login id aku pun mula menggodek wordpress aku ni. Serious susah! Aku kacau zaid, tanya acane nak ubah template pastu plugin semua tu. Ada masa free dia jawab le. Walau satu ofis, aku berhubung dengan dia melalui email. Bila teringat hal tu, aku rasa lawak betul! Pastu Melz Romeo pula start bantu aku untuk ubah template semua tu. Hampir setahun juga la blog aku kejap konsisten, kejap senyap, kejap hilang terus. Bila kita lama sangat mengedit blog kita, kita akan tetiba lahir satu perasaan MALAS! Ya perangai MALAS akan datang. Bila ke WordPress Private Training dan DH bagi tahu kami bahawa jika tidak tahu buat semua tu why not keluarkan duit skit untuk tools kita cari rezeki. Betul juga cakap dia.. Hmmm..

So aku rasa beruntung sangat dapat join WordPress Private Training ni walaupun last minute. Private Training ni disertai oleh Bro Eyriqazz, Abang Ensem, Faizal, Amar, Cik Lily dan gurunya adalah Haizil serta Denaihati sendiri.

Sesi Heart to Heart. :p

Apa yang aku belajar sewaktu WordPress Private Training ni terlalu banyak ilmu yang masuk dan kami semua seperti satu keluarga yang berbincang berkenaan cara ingin meningkatkan lagi mutu, kualiti blog masing-masing dan tidak kurang juga tawaran-tawaran hebat dari blogger DH untuk aku menjadi writer jemputan di blog DH. Bro Eyriqazz dah kenal aku dari mula Nuffnang bertapak so dia pun komen berkenaan blog aku yang suram tanpa pengunjung tetapi motif dan fokus blog dah ada. Bagaimana aku perlu increase dan buat sesuatu bagi menaikkan lagi trafik blog aku. Sebab boleh dikatakan aku ni blogger veteran juga la kan. Hahaha.

Nak cerita panjang memang takkan habis apa yang aku dapat di WordPress Private Training oleh DenaiHati tu kan. Nantikan step by step peningkatan dari blog ini, kerana saya sememangnya bersara dari kerja dahulu kerana ingin memiliki kerjaya sebagai seorang blogger. Saya bukan penganggur. Hehehe.

P/S : Dengar-dengar Denaihati.com nak buat contest dan hadiahnya  iPhone5. Excited nak join nanti! Hehehe..

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

24 thoughts on “Bukan Sekadar Denaihati WordPress Private Training

    dayah

    (November 26, 2012 - 12:37 pm)

    oh…dayah tak tau pasal sebelum nih..
    tapi yg dah lihat skrg menambat hati..
    dari segala segi lah..!

    hehe..

    🙂
    dayah´s last blog post ..jenis jenis bloggerMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 26, 2012 - 7:26 pm)

      dayah > hehehe. bila tak tahu sesuatu, pergilah belajar. belajar dari mereka yang ikhlas memberi. 🙂

    Hazmin Hamudin

    (October 15, 2012 - 12:15 pm)

    Pertama kali datang singgah ke blog ni. Theme dah best dah tu sebab guna Genesis. Semoga terus maju jaya.
    Hazmin Hamudin´s last blog post ..Pengalaman Menjadi PekakMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 15, 2012 - 12:32 pm)

      Hazmin > Terima kasih. Masih perlu improve tahap kemalasan saya ni. hehehee..

    Juan

    (October 13, 2012 - 3:38 pm)

    xmau, saya nak berkenalan jugak, x best perkenalan nih.. 🙂
    Juan´s last blog post ..Cara Menentukan Harga iPhone 5 Malaysia Murah Dengan MudahMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 15, 2012 - 1:17 am)

      Juan > amboi kemainnn… haahahaaa!!!

    Juan

    (October 13, 2012 - 1:15 pm)

    selamat berkenalan, baru tau pasal blog ni sebab Denaihati, jom singgah blog picisan saya
    Juan´s last blog post ..Cara Menentukan Harga iPhone 5 Malaysia Murah Dengan MudahMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 13, 2012 - 3:09 pm)

      Juan > Salam perkenalan. 🙂

    Mimis

    (October 11, 2012 - 4:40 pm)

    bestnyeee dpt pegi training ni… 🙂
    Mimis´s last blog post ..Tak SehatMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 5:22 pm)

      Mimis > best belajar dan menambah ilmu. next round u pula join ye.. join sama-sama.

    Anarm

    (October 11, 2012 - 3:20 pm)

    “mereka berdua” tu comel? erkk..
    Anarm´s last blog post ..Tempah Korban sempena Aidiladha dengan eQurban.comMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 4:14 pm)

      Anarm > hihihi.. Mereka berdua seperti pasangan bahagia.. Senyum je keje nyee…

    wazy

    (October 11, 2012 - 2:42 pm)

    Rugi tak dapat turut serta private training ni,maybe lain kali je kot,mana tahu ada rezeki 🙂
    wazy´s last blog post ..@FazleyYaakob featuring @Altimet – Jaga Jaga (Yale Yale)My Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 4:14 pm)

      Wazy > InsyaAllah. semua tu ketentuan tuhan. Pasti ada! Mungkin berlainan topik sahaja. 🙂

    Naim

    (October 11, 2012 - 1:19 pm)

    Belajar meningkatkan ilmu wordpress la niii.. Mesti best kan. 🙂
    Naim´s last blog post ..New come back of MeMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 1:20 pm)

      Naim > belajar untuk tambah ilmu, maklum la saya makin tua.. so makin perlu diasah ilmunya. hehehe..

    Anarm

    (October 11, 2012 - 12:13 pm)

    first time masuk blog ni rasanya.. theme cantik..
    Anarm´s last blog post ..Tempah Korban sempena Aidiladha dengan eQurban.comMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 1:17 pm)

      Anarm > betul la tu, blog ni suam-suam je. hehehe…

    boni kacak

    (October 11, 2012 - 12:11 pm)

    wah… mesti banyak dapat ilmu ni kan?
    boni kacak´s last blog post ..Ben Ashaari SombongMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 1:16 pm)

      Boni > iya sangat banyak 🙂

    hazman aka species1980

    (October 11, 2012 - 11:37 am)

    UNTUNG laaa…. dapat pegi blajar ngan DH…. anyway kalau boleh mintak la tips blogging yea…
    hazman aka species1980´s last blog post ..Be Creative with SAMSUNG GALAXY NOTE IIMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 11:53 am)

      Hazman > Boleh Boleh!

    Eizil

    (October 11, 2012 - 11:37 am)

    Singgah jap… nak gak tengok apa jer perubahan yang akan dibuat… semoga berjaya dalam apa jua yang sudah dirancangkan… 😉
    Eizil´s last blog post ..Kisah bekerja sendiri yang jarang diceritakan.My Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 11:52 am)

      Cikgu Eizil > Baik!!! Akan diusahakan! Nantikan kemunculannya.. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.