Kembalikan Pizza Hut Cheesy 7!!!

Assalammualaikum uols,

Lama sangat dah tak update blog, kali ni disebabkan internet di Prima Damansara tak berapa nak laju. Grrrr..

Memandangkan aku nak cerita berkenaan Pizza Hut Cheesy 7 ni, rasa cool down dan sabar sikit nak update blog sebab dok view gambar-gambar pelbagai ragam dan ini adalah aktiviti  pertama kalinya aku experience makan sambil mata tertutup! Blindfolded food tasting! Huwaaaa… Serious rasa sangat mencabar dan nervous! Hahahaha. Tapi memang best la kan, sebab secara automatik deria rasa dan bau berfungsi dengan baik sekali. Siap boleh comment lagi macam masterchef sedap ke tidak pizza tu. Hakikatnya tiap potong Pizza Cheesy 7 yang terhidang aku telan je. Kehkehkeh!

April Yim selaku pengacara Blinfolded Pizza Hut Cheesy 7 Partehh!

Wakil dari bahagian pemasaran Pizza Hut Malaysia

Inilah dia rakan-rakan social media yang join Blindfolded Pizza Hut Cheesy 7 Partehhh!!

 

Bermulanya Blindfolded Pizza Hut Cheesy 7 Partehh!

 

Seperti yang aku tahu, Cheesy  7 ni memang delicious bagi penggemar cheese. Bagi yang tak suka cheese yang banyak pasti akan cakap “masin la pizza ni”. Actually itu adalah pure flavor cheese. Bagi saya masin cheese adalah masin berlemak berkrim bukannya masin garam halus tu. Hehehehe..

Cheesy 7 ni rangkaian dari  7 jenis cheese yang popular dan sering kita makan seperti Mozarella, Cheddar, Monterey Jack, Provolone, Romano, Parmesan dan Cream Cheese. 7 jenis cheese ni kalau masuk mulut memang senyap la korang. Hahaha! For sure korang keluar bunyi camni “Mmmmmmmmm“. Hehehe.

Sewaktu Blindfolded Pizza Hut Cheesy 7 Tasting Party kami semua yang dikalangan social media enthusiastic memang sangat excited, tambahan lagi sewaktu mata diikat tu. Bising aje semua “how we gonna tweet and instagram?“, “macam mana nak tweet, nak menang voucher!“. Macam-macam lagi lah gelagat kami semua.

Rabiatul dan Saiful. Sepanjang perjalanan aku berblog, dari kawan biasa, hingga ke serius, pastu bertunang dan kini dah nak menikah. Dialah peneman sentiasa aku ke event. Terima kasih yo!

First Pizza Hut Cheesy 7 yang kami makan sangat sedap. Yelah tengah lapar, pastu bau aroma cheese menyengat je kan. Makan pun lembut je dengan topping yang tak banyak dan hanya banyak cheese. Aku tak dapat pastikan apa yang aku makan. Tapi ianya sangat sedap bagi aku yang kebulur. Kebiasaannya kalau kita ke pizza hut kan nak tunggu pizza tu lama kan siap. If pizza yang ini sampai lambat, for sure aku punya rasa panas hati menunggu automatik hilang. Hehehee. Ibarat camtu la. :p

Second Pizza Hut Cheesy 7 yang tiba pula penuh dengan seafood flavor. Aku dapat nikmati aneka seafood pada topping dan limpahan cheese. Setiap gigitan dapat ku rasa ada isi ketam, sotong dan apa tah lagi.. Walaupun sedap, tapi aku bukanlah penggemar Seafood. Seumur hidup aku kalau makan Pizza Hut mesti Hawaian Chicken tu je la. Makan sampai lebam. Kehkehkeh. Tapi bila dah rasa Pizza Hut Cheesy 7 topping seafood rasanya lepas ni mungkin akan order juga. Kehkehkeh.

Third Pizza Hut Cheesy 7 aku rasa ia adalah Cheesy Papperoni. Terasa juga la kemasinan papperoni dan kesedapan chicken ball. Eh rasanya yang ini je lah Pizza Hut Cheesy 7 yang aku dapat teka dengan betol! Sebab papperoni dah masin and sangat le chunky. Jadi ada yang makan Cheesy Papperoni flavor ni rasa terlalu masin. Cheese + Papperoni = Super Masin. Selera masing-masing kan. 🙂

Pizza keempat dan terkhir dari Pizza Hut Cheesy 7 adalah pizza yang aku tak tahu apa klu, ada aku tergigit nenas, ketulan ayam kisar. Mungkin ini Cheesy Hawaiian Chicken kot.. Hahahahaa! Dah macam-macam Pizza makan, jadi yang keempat ni terus deria sixth sense aku gagal kot! Hahahaha!

Selain makan dalam keadaan Blindfolded, ada juga contest twitter. 7 twitterer dan instagramger yang paling banyak update status dengan #cheesy7 akan memenangi voucher RM 50 dari Pizza Hut Malaysia. Fuh! Aku memang gila social media, siap guna dua smart phone nak update status. Blackberry untuk twitter dan HTC Aria untuk Instagram. Miahahahhaaa! Hebat bebenor!

So pemenangnyaaaaa… Jeng Jenggg…. Rabiatul Adawiyah iaitu aku! Hahahaha! Alhamdulillah dapat voucher RM 100 Pizza Hut!

Hooreyyy makan lagi!!

 

Group Photo..

 

 

Diantara menu Pizza Hut yang kami semua nikmati.

 

Tempura Prawn Garlic Rice

 

Meatball Bolognaise

Prawn Olio Spagheti

Appetizer - Favorites Platter

Appetizer – Favorites Platter

 

Assam Boi Fizz

Passion Mint Fizz

Passion Mint Fizz

Disebabkan Cheesy 7 ni terlalu sedap, saya nak jerit sesuatu kepada Pizza Hut Malaysia!!

Dear Pizza Hut Malaysia Please Bring Back Cheesy 7!!!

 

LIKE Pizza? LIKE la Pizza Hut Malaysia!

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

7 thoughts on “Kembalikan Pizza Hut Cheesy 7!!!

    syu90

    (March 31, 2013 - 7:28 am)

    tetiba rsa mcm nk mkn pizza hut..hehe
    syu90´s last blog post ..Pencarian rakan beloglist April & Mei by cik akakMy Profile

    dayah

    (November 26, 2012 - 12:33 pm)

    oh…ada baca pasal event nih kat blog bro framestone tu..

    🙂
    dayah´s last blog post ..jenis jenis bloggerMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 26, 2012 - 7:25 pm)

      dayah > hehehe.. event ni untuk blogger dan social media. hehehe.

    Mimis

    (October 10, 2012 - 6:59 pm)

    walawala… best laa awak dpt bakal suami yg sekepala berbloging.. Suami kite x suka.. huhu..
    btw nmpak sedap laa pizza tu.. 🙂
    Mimis´s last blog post ..Contest: Mega GiveAway Dari http://www.yanayassin.comMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 11, 2012 - 12:26 am)

      Mimis > actually ini lah cara kami dating. dating ramai-ramai. lg seronok. selainn event camni, kami jarang jumpa sebab masing2 busy.. 🙂

    Nurul

    (October 10, 2012 - 11:40 am)

    Waaa sedap kan.. teringat lagi kelazatan dia..
    Nurul´s last blog post ..Pizza Hut Cheesy 7 Tasting PartyMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (October 10, 2012 - 5:36 pm)

      Nurul > kan! lagi sehari nak keluar pizza tu.. excited nak tahu apa la topping yang kita makan hari tu. ngidam dah ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.