My Personal WiFi dengan P1 MiFi MF230

Assalammualaikum uols,

Sebelum ini saya ada share pengalaman saya menggunakan P1 MiFi selama 2 minggu. Memang rasa sedih sangat kerana tempoh seeding program dah tamat dan internet dirumah kembali kelembapan dek kerana tak berapa nak laju. Sebab ramai user. Huahuahua.! Masa ada P1 MiFi ni rasa teratur je jadual hidup aku ni. Takdok tercanguk depan laptop 3 hingga 4 jam.

P1 MiFi adalah singkatan dari My Personal WiFi. Saya pasti idea ini datang sebab permintaan ramai yang inginkan “non stop wireless internet dimana jua aku berada“. Hohohoho! Takkan la asik nak on wifi telefon je kan. Bil tak terbayar karang. Solution lain gi melepak kat starbuck la kan. Tapi dengan adanya P1 MiFi ni korang duk jelah kat mana pun, pasti coverage ada. Buat masa ni di Klang Valley je lah.

Cuma masalah P1 MiFi ni battery lifetime hanya bertahan 4 jam je. Ini bagi penggunaan non stop tanpa switch off.. Sebab kebanyakan masa aku kat luar jumpa client semua tu lebih dari 8 jam. Cara untuk mengatasi masalah kecil ini adalah, tiap waktu lunch hour or waktu korang makan, pergi la charge MiFi tu. 1 jam pun jadi la. Itulah yang selalu aku buat. Hehehe.. Walau dua minggu aku guna, dah expert dah kan? Hahahahahaa! Like a Boss!

 

Package ToGo Plan

 

My Personal WiFi dengan P1 MiFi MF230 1

 

So MiFi ni boleh tahan murah la juga. Even RM 39 tu murah sangat kan, tapi aku rekemen yang RM 69 tu. Unlimited download speed! Huwaaa.. i like. Sebab untuk aku la kan. Aku malas nak subscribe Internet Plan utk smart phone aku ni. Aku lebih suka guna WiFi. Ekceli aku memang pengguna P1. Memang dah teruja dengan P1 sejak kemunculannya.. Walaupun rumah aku tingkat 6! Aku nak juga guna. Lepas tu bila coverage tak cukup strength aku duk membebel kat customer service P1 di twitter. Itu cerita 3 tahun lepas. Kehkehkeh.

Lagi pun sebab aku bertahan dengan P1 ni kerana layanan customer service yang cepat dan tak menyakitkan hati duk suruh troubleshoot itu ini. Padahal aku ni budak IT, takkan la tak tau itu semua. Korang faham kan maksud aku… Kehkehkeh. Cam tak biasa pula kena.

Dengan penambahan P1 MiFi dalam kehidupan aku, aku hanya perlu add on rm 69 je untuk subscribe P1 MiFi ni. Hehehe.. One Plan RM 129 + ToGo RM 69 = RM 192. Hamik!!! Hehehehe.. Inilah bill aku bermula bulan hadapan! Bukanlah aku gila kuasa nak guna internet camni kan. Ekceli semua ahli keluarga guna. 4 biji laptop, 8 smartphone semua shoot ke P1 One Plan tu.. Hahahaha! Yang UH modem tu adik aku guna untuk memudahkan dia belajar dan padahal dia youtube K-Pop je! Grrr! Hehehehe..

Okaylah korang pasti teruja dengan MiFi. Itu aku pasti sangat-sangat. Terjah website http://www.p1.com.my/togo untuk lebih info dan kalau suka P1, LIKE fb www.facebook.com/p1w1max

P/S : Kan bagus kalau satu provider je yang beri coverage terbaik. Tak perlu la aku pening kepala nak compare harga. Ibarat macam negara Korea tu. Satu dan yang terbaik. Pengguna tak kisah bayar lebih if service tip top kan.

xoxo!

My Personal WiFi dengan P1 MiFi MF230 2

 

 

6 thoughts on “My Personal WiFi dengan P1 MiFi MF230”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.