Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu

Assalammualaikum uols,

 

Grand Finale sangat lah kan. Hahahaha! Ekceli takda la Finale nak pilih pemenang yang muka paling cantik mulus gebu tu. Sebab semua yang terpilih Top 8 tu menerima wang sebanyak RM 1000. Hehehehe. Rezeki uols!

Semalam 29 September 2012 di Fullhouse Wangsa Walk telah berlangsungnya acara makan malam sambil meraikan kesemua Top 8 peserta yang telah memiliki kulit cantik gebu ni. Hehehe.

Aku jemput mak, bapak dan naim untuk list ahli keluarga. Pastu rakan blog iaitu cik lily putih, yana, ella dan ain. Panggilan pulau last minute nasib baik mereka ni available. Al maklumlah meraikan kulit ku yang jelita ta ta ta ni. Hehehe. Mereka pun nak produk Maxi-Peel tu. Sebab duk bising nak beli kat mana? Sebab memang susah nak dapat produk Maxi-Peel sebab macam goreng pisang panas! Haahaha! So bila datang ke Gala Dinner goodies bag berisi set lengkap yang uols boleh guna 1 bulan lebih! Rajin-rajin lah ikut Maxi-Peel Regimen. Sure kulit gebus!

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 1

Dari kiri Ms Charmaine Sales, Rabiatul, Wendy, Ayu, Saadiah, Sea Tea Creative, Hazlind, Puan Bunga (:p), Liza, Ronieyta & Zenny

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 2

Blogger dan Finalis. Ayu, Cik Lily, Yana, Rabiatul, Wendy, Hazlind, Saadiah, Ella & Ain

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 3

Neves ku hilang selepas menerima cek besar ni. hahaha!

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 4

Bapak, Along and Mak. Hehehehe. Jemput mak dan bapak datang buat kali pertamanya ke event yang aku join. Hehehehe.

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 5

Inilah tunangku. Hohohoho. Lagi beberapa bulan wedding. Rezeki dapat RM 1 ribu ni memang aku bersyukur sangat ya Allah sebab boleh top up skit untuk belanja lain..

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 6

Event Organiser iaitu Alan Thoo. Hehehehe.

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 7

With Ms Charmaine Sales dari Splash. Originally from Filipina okeh. Look at her skin! Gebus!

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 8

Penaja baju kebaya putih ku dari Sea Tea Creative. Pada awalnya nak nangis bila dapat warna putih sebab aku kan gemuk. Apa lagi nak buat, confident je dengan apa yang ada. Ramai kata cantik bila aku mengenakan kebaya, cuma perut kena kempiskan lagi!!!

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 9

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 10

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 11

Selesai sudah majlis. Syukur alhamdulillah.. hehehe. rezeki diberi aku terima dengan rasa syukur yang teramat sangat. 🙂

Terima kasih kepada Maxi-Peel Malaysia, pastu terima kasih kepada semua doa-doa anda semua wahai kenalan dan saudara ku. hehehe.

xoxo!

Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu 12

 

18 thoughts on “Rezeki sebagai finalis My Maxi-Peel Journey dan dapat RM 1 ribu”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.