Save The Date Part 1

Assalammualaikum uols,

Wah lamanya tak update blog kesayangan ni. Lately sibuk “banyak” bukan sibuk sikit dah. Al maklumlah saya ni Bride To Be. Hohohoho..

Perasaan jadi Bride To Be ni memang sangat best. Sehinggakan emosi aku bercampur-campur. Kejap nak nangis, kejap suka, kejap nak marah, kejap takut, kejap sentimental value skit bab nak naik pelamin tu. Ala-ala berangan gitu..

Aturcara majlis tu kebiasaannya waktu akad nikah tu saudara mara dan rakan rapat je hadir eh.. Baru aku tahu dari mak aku. Hahaha. So korang semua dijemput hadir yang jam 11 am sampai 4 petang tu ye. Walimatulurus itu dalam bahasa melayunya Kenduri Kahwin. Kenduri pula bermaksud jamuan makan. 🙂

Bila bab Bride To Be hadir, semua B2B cerita benda best. Tapi bagi aku, aku nak gak cerita benda-benda yang tak best. Yelah, bukan semuanya mudah bab preparation ni. Bagi yang suka kerja-kerja buat event kan, for sure korang nak jadi wedding planner untuk wedding korang sendiri. Rasa sangat puas hati, sebab korang tahu apa yang berlaku dan flow majlis insyaAllah teratur. Sebagus mana majlis tersebut adalah dengan izin Allah s.w.t. Walau aku ni orang yang cerewet, tapi tetap sempurna itu diberi oleh Allah s.w.t.

B2B yang terjun jadi wedding planner memang gigih catu duit hantaran. Kalau yang anak orang kaya dan di sponsor oleh mak bapak atau anda bekerjaya pangkat CEO mungkin tak sepening B2B yang menggunakan wang hantaran untuk majlis mereka. Perkara ni subjektif, sebab kerja kahwin ni mudah jika kedua-dua mempelai bekerjasama even korang bajet kecik sekitar rm 10 k pun leh dapat majlis yang super GRAND!!

Rata-rata B2B memang dah prepare baju wedding awal setahun dari hari majlis. Mungkin mereka bertunang dah dua tahun ke, mungkin juga si wanita percaya si lelaki itu jodoh beliau dan membeli kain ela utk wedding mereka awal-awal walaupun si lelaki tidak menghantar sebarang tanda kepada keluarga si wanita. Perkara ini lah yang aku duk pening-pening pada dua tahun lepas. Aku ni betul ke akan kahwin dengan dia? Dia ni seriuskah? Bila part ni dah keluar dari benak kepala korang, mesti isu berbangkit “u nak kahwin dengan i ke?”. Persoalan ini keluar bila korang dah couple more than 4 years. Serius cabaran beb! Bengang nak belasah orang pun ada tau! At least tak la korang guna duit hantaran sampai lebam kan.

Disebabkan aku bertunang 1 Julai 2012, semua preparation bermula. Mula-mula rilek2 dulu. Ikut flow.. Hehehe.. Antaranya… Jeng jeng jeng..

August 2012 baru aku start. Hehehehe..

1. Pergi Kursus Pra Perkahwinan – kursus ni bukak mata korang tentang bagaimana kehidupan berumah tangga. Macam mana pandangan mata si lelaki yg suka delete kesalahan mereka dan sering lupa. Manakala si perempuan suka save semua kesalahan si lelaki dan menunggu masa untuk membebel. Bab ni memang lawak! Sebab benda betul! Hakikat kejadian lelaki dan wanita. Lepas kursus kahwin baru korang tahu nak kemana lepas tu.. Ke Jawi dulu ke, ke HIV test dulu ke.

2. HIV test di Poliklinik Tanglin. Dua kali kena gi klinik ni sebab yang pertama tu korang kena hadir untuk buat appointment. Yang kali kedua tu korang kena HIV test le.

3. Masa ni aku dah pikio gift apa nak bg kan. If nak packing gegula sebulan sebelum majlis boleh je buat. Kalau nak bunga telor dan buat sendiri pula tu. So.. Bunga Telor dah kena start buat ye adik2 bermula dari saat ini. 700 pcs uols! Tapi part ni Mak Teh aku buatkan. Terima kasih makteh!

September 2012

4. JAWI untuk ambil borang. Naik tangga! Aku masa ni pergi dari Damansara naik KTM! Gigih jalan kaki dari stesten KTM KL tu ke JAWI. Naik tangga kat TV Al-Hijrah tu tak penat pon. Sebab suasana damai tenang kot.

5. Borang tu bagi kat bakal suami, gi suruh dia isi. Memandangkan dapat suami orang pahang, mesti ada surat kebenaran kahwin. Lepas selesai dia punya borang, dia akan dapat surat, surat tu bagi kat aku and barulah aku pula isi borang. Bab ni aku takda wali terdekat sebab abah meninggal tahun lepas. So cari sejarah keturunan le pulak. Cari adik beradik abah sebab aku pun takda adik beradik lelaki. So ada pak lang dan pak su. Pak lang jauh di kedah nun, tak dapat la nak dtg kl dan sign di depan Imam Masjid Qariah kat Gombak ni. Dapat bantuan paksu dan alhamdulillah selesai. Pak Su tinggal kan selayang je.

6. Pergi JAWI untuk submit borang. Banyak juga soalan yang ditanya tentang wali ni. Sebab mereka taknaklah aku nikah nanti ada apa-apa masalah kan. Alhamdulillah selesai dan dapat borang hijau untuk diberi kepada jurunikah di tempat masjid korang nak bernikah nanti. RM 25 total aku kena cas proses nikah di JAWI.

7. Ke Masjid Bukit Aman pulakk.. Dah selesai kat JAWI takkan le nak balik kan, memandangkan aku bernikah di Masjid Bukit Aman kat atas bukit tu je. Tak jauh dari JAWI pun. So aku submit borang tu kat Ustaz Ridhuan. Ustaz ni sebagai saksi masa Ijab Qabul Nikah nanti. Yay dah boleh bernikah! Alhamdulillah!

October 2012

8. Beli barang Hantaran dan Hiasan Dulang. Lokasi aku pergi beli barang memang tempat biasa la kan. Area Jalan Masjid India. Untuk Barang Hantaran seperti perfume, handbag, baju ke belt ke kannn.. Korang gi borong kat SOGO KL jelah. Kat situ ada semua benda yang korang nak dalam harga yang murah. Ada diskaun banyak wooo… Aku barang hantaran ada juga kawan-kawan blog yang sponsor. Terima kasih ye kawan2! Untuk Hiasan dulang tu korang pergi Semua House tingkat 5A dan Sin Yen tingkat LG tu. Murah!!!! Kertas Crepe 50 pcs aku dapat RM 20 jer. Murah kan?

9. Survey Pelamin dan Baju Wedding, Orang kata aku ni suka buat keje last minute. Hahaha! Bukan last minute. Aku suka tunggu hot deals! Sekali kann.. kannn.. dapat!!! Kakak tiri aku sponsor pelamin. Alhamdulillah jimat kos. Cam faham-faham je B2B ni tak berduit. Hehehe. Terima kasih kakak!

10. Baju wedding, aku kalau boleh nak yang style muslimah tutup dada semua tu. Tapi susah nak dapat! Ada yang aku dapat pun mahal. So apa lagi pergi beli kain kat Jakel and jahit. Tak semua tailor nak ambil ok kalau korang nak tempah seminggu sebelum wedding. Haahah! Yelah aku dah idam2 baju wedding muslimah tu, tp mahal. So 31 Oct 2012 tarikh aku tempah baju wedding! Gila tak!!!! Buat kurung moden je pun.

Oklah sampai disini aku share. Nanti continue k.

xoxo!

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Save The Date Part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.