Hidangan Japanese, Thai Dan Fusion Dari Shikiya Plaza Low Yat

Assalammualaikkum dan hai uols,

Permulaan hari yang baik apabila first blog untuk hari ini adalah berkenaan makanan. Hehehe. Terima kasih kepada malaysia.com dan Moola kerana bersama-sama kongsi pengalaman “food review” dengan stail yang ringkas dan mudah tetapi sangat happening!

 

 

Shikiya merupakan restoran yang menyediakan hidangan Japanese, Thai dan Fusion. Diantara menu yang kami cuba adalah hidangan sushi seperti Salmon Mizore, Mix Maki Sushi, Salmon Sashimi, Unagi Mizore, Nigiri Bento Set dan hidangan Thai iaitu Seafood Tom Yam.

Diantara menu yang kami order. 🙂

Hidangan pertama : Unagi Mizore adalah hidangan Ikan Belut beserta sos masin yang aku pun tak berapa pasti. Tapi yang pasti adalah tekstur ikan belut yang lembut membuatkan hidangan ni sesuai dimakan dengan nasi. Tekak melayu! Hahaha!

Hidangan kedua : Salmon Mizore adalah hidangan garlic fried rice dengan ikan salmon yang digoreng garing. Ikan Salmon yang digoreng garing juga mempunya sos manis. Seperti sos teriyaki gitu. Ini adalah hidangan yang paling aku LIKE dan favorite.

Hidangan ketiga : Salmon Sashimi pula hidangan ikan salmon mentah sejuk bersama frozen halia. Hidangan ni hidangan sejuk. Perahan jus lemon membuatkan ia lagi sedap. Nak lagi sedap cicah dengan kicap dan wasabe tu. Fuhhh…

Hidangan keempat :  Nigiri Bento Set pula hidangan pelbagai sushi diantaranya adalah salmon, unagi, telur ikan, fried prawn dan jejari ketam. Cuma nasi pulut tu teksturnya agak berterabur tidak seperti nasi pulut yang kebiasaannya kita makan tu. But ofkoz i boleh makan till finish sebab as long wasabe and kicap ada. Nyam Nyam.

Hidangan kelima : Mix Maki Sushi juga hidangan lebih kurang dengan Nigiri Bento Set tetapi perbezaannya adalah hidangan sushi yang di gulung. Lapisan seaweed yang nipis dan  mix sushi tu sangat aku suka sebab sekali ngap je masuk mulut. Hehehe. Hidangan yang aku LIKE dan favorite juga ni. Hehehe.

Hidangan keenam : Seafood Tom Yam adalah hidangan Thai yang pedas dan memang ternyata seafood. Aku tidak gemar Tom Yam pekat dengan rasa laut tu. Bagai rasa hanyir melekat di tekak. Tapi tahap kepedasan Tom Yam ni memang terbaik sangat bagi mereka yang biasa makan pedas. Bagi anda yang tidak biasa makan pedas better not to try ok. Hehehe.

From left Emily Tang friend, Emily Tang and Rabiatul.

Alamat Restoran Shikiya

LG 29, Lower Ground Floor (sebelah escalator) , Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang, KL City, Kuala Lumpur.

Masa Beroperasi

10:00am – 10:00pm

Idea food review begini saya sangat suka, kerana berkongsi dengan blogger lain. Sebagai contoh jika uols nak sangat review Shikiya tetapi menu yang best terlalu banyak, takkan uols nak makan sorang-sorang kan? Why not invite few blogger friend untuk join. Even they are coming for free but for sure they will thankful and credit kepada blog uols tentang food review sebegini and kepada blogger yang biasa buat food review please jangan malukan blogger lain dengan meminta pengusaha restaurant sponsor sebab bukan semua pengusaha restauran tahu apakah profession blogger. Mereka tetap ada pelanggan walau uols tak review. Food review is all about passion, enjoy it.

Selamat mencuba!

xoxo!

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

14 comments on “Hidangan Japanese, Thai Dan Fusion Dari Shikiya Plaza Low Yat

  1. Emily Tang

    baru nak tulis pasal food review hari tu…hmmm dapat idea kat sini….

    then nampak gambar akhir tu….gembira sgt tengok Ruby famous ni post gambar sy dan give link to my url

    nanti saya habis…ku jg bagi link balik 🙂

    Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      upprofits > memang best.. silalah cuba pergi makan sambil buat review.. ambil gambar, rasa sikit-sikit setiap menu makanan dan bila dah tulis dalam buku apa rasa semua barulah habiskan makanan tu semua. hahaha!

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      shahroll > makan kat hotel tunggu bulan RAMADHAN al Mubarak lah! hahahaha! itu dapat free invitation banyak! kalau available nama ko dlm list ruby. hehehe.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge