Hotel Murah Dan Selamat Di Camellia Budget Inn

Assalammualaikum uols,

Dah lama rasanya tidak berkongsi berkenaan tempat-tempat menarik yang saya pernah pergi. Kekangan masa yang tidak berapa sesuai untuk saya menulis membuatkan otak ni terlupa tentang penulisan itu. Wuwuwuwuwu. Bukannya apa, lepas bercuti pastinya badan letih malahan kena pula menguruskan diri ini yang banyak bebenor kerja. Hahaha. So, sebelum nak cerita pasal percutian secara “rumusan”. Aku buat satu-satu penulisan agar ia mudah dicari oleh google. Kehkehkeh. Hotel Murah Dan Selamat Di Camellia Budget Inn Tanah Rata Cameron Highlands ni memang ruby amat rekemen. Sebab Hotel Murah Dan Selamat Di Camellia Budget Inn memang terbaik! Hahahaha! Gelak besar!

Berbalik kepada Hotel Camellia Budget Inn, hotel ini aku tahu melalui google dan menembusi Agoda. Aku memang nak honeymoon macam kat hotel-hotel five star gitu. Tapi,  tarikh honeymoon aku ni pada waktu cuti sekolah. Jadinya harga 2 malam di hotel-hotel yang banyak bintang ni melambung sikit harganya. So, aku pun buat plan B. Iaitu backpacking style. Suami aku okay aje sebabnya beliau jenis yang percaya kebolehan aku merancang percutian. Hohohoho.

Hotel Camellia Budget Inn terletak di lokasi yang amat stratergik. Perjalanan aku ke Cameron Highlands menggunakan perkhidmatan CS Travel & Tours yang mempunyai bus Super VIP Express Coach dari Hentian Duta. Bas selesa dan seats VIP yang luas memang sesuai untuk perjalanan berbukit bukau tu. Hahaha. Kami memilih perjalanan pukul 2.30 petang sebab hotel boleh check in jam 3pm. Maka, kalau ambil bus awal jam 10.30 pagi pun belum tentu boleh check in atau join ECO Tourism di Cameron sebab aktiviti-aktiviti macam tu bermula seawal jam 8.45 pagi lagi.. Huhuhu.

 

Benda paling tak best bila naik bas adalah lokasi perhentian yang terkenal tu. Aku bukan salahkan bas okeh, tapi aku salahkan perhentian bas yang kat Slim River tu! Dah lah jajan mahal! Pastu toilet RM 0.50! Kalau bayar RM 0.50 tu toilet bersih takpa juga. Ni tahi merata-rata. Geli betul aku! Kalau korang nak pergi Cameron Highlands naik bas, pastikan korang tak minum atau makan banyak sebelum perjalanan agar korang tak pergi tandas kat Slim River tu. Pastu jangan nak gedik-gedik turun dari bas untuk beli jajan or cikedis tu. Duk diam-diam je kat dalam bas tu!

 

Jarak hotel Camellia Budget Inn dari CS Travel & Tours.

Sekitar jam 6 petang kami sampai di hadapan pejabat urusan CS Travel & Tours, Tanah Rata, Cameron Highlands. Lokasi kami turun dari bus tu berhadapan dengan hotel yang kami menginap. Sangatlah mudah!

Sampai je di hotel uols dinasihatkan telefon pengusaha hotel supaya dia boleh jumpa korang terus. Sebab nanti korang kena jumpa pengusaha hotel di kedai runcit mereka. Mana lah tahu masa korang nak check in tu pengusaha hotel sedang sibuk dengan pelanggan yang ramai. Masa aku pergi ni sehari sebelum perayaan Deepavali, so banyak kedai akan tutup sebab cuti keesokan harinya. Maka, kedai runcit pengusaha hotel Camellia Budget Inn ni tersangatlah ramai makhluk manusia. Sampaikan aku terpaksa suruh suami tunggu di luar dan biar aku setelkan dengan pengusaha hotel untuk check in.

Pelanggan tengah ramai sempat juga aku menyibuk nak check in. Pada mulanya aunty dan uncle ni jadi juruwang di kaunter. So bila aku datang, uncle tu sorang je la jadi juruwang kat kaunter tu. Dari dua orang juruwang tinggal le sorang. Minta maaf la aunty. Saya dah tak tahan kesejukan. Nak check in cepat-cepat. Hehehe.

Aku booking bilik Standard Twin with Attached Bathroom sebelum ni, terlupa la pula yang waktu aku datang ni adalah waktu aku dah bernikah. So, katil tu terasing le pulak. Hehehehe..

So, overall bilik kami selesa. Tempat solat ada, malah sangat bersih. Paling best as a blogger la kan….. WIFI hotel ini sangat la best. Suami aku siap download 8 movie dalam masa separuh hari. Perghh.. Terbaik! Lepas tu, hotel ini walaupun hotel budget. Sistem keselamatan untuk penghuni hotel amat terjaga dari pintu masuk hingga ke pintu bilik.

Sistem keselamatan yang hanya boleh dibuka bagi penghuni hotel ini sahaja. Haba tangan pun boleh buka pintu tau. hehehe.

Hotel Camellia Budget Inn ni sangat stratergik lokasinya. Sepanjang kami menginap disini, takda pun rasa kebulur dan susah nak jalan-jalan. Kedai makan berlambak dan waktu malam di sekitar Tanah Rata seperti mati kerana kebanyakannya tutup kedai jam 10 malam.

Dari hotel Camellia Budget Inn kami berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Mudah sangat. Walaupun ada tempat sewa motorsikal dan kereta, much more better berjalan sahaja. Cuaca sejuk macam ni memang best jalan-jalan. 🙂

Di Cameron Highlands ni aku rasa benda yang patut korang beli as souvenir adalah Teh pelbagai perisa dari jenama BOH atau Cameron Valley. Buah strawberry pun boleh juga but harga dia lebih kurang je di Kuala Lumpur kalau nak beli strawberry tu. Bagi aku sayuran dari Cameron Highlands mahal bebenor! Souvenir lagi lah usah cerita, T-Shirt semua rate RM 20 ke atas. Aku ada niat nak beli T-Shirt I LOVE Cameron Highlands tu tapi bila mahal, takpelah. Kalau T-Shirt tu dari Giordano, aku sanggup beli. Ni material bukan cotton dan nipis nak jual mahal-mahal memang tak la nak beli.

Aktiviti kami pula untuk hari ke dua adalah Country Side Tour. Aku pilih perkhidmatan Kang Travel & Tours sebab mereka ni dah biasa dengan lokasi di Cameron dah berzaman. Dalam satu van ada 10 orang. Semua tempat best, sebab Tour Guide yang aku dapat tu pun pandai bercerita. Hehehe.

Makanan di Cameron Highlands dalam category mahal. Aku dan suami makan nasi lemak lauk rendang daging dan air limau suam kat Gerai Zainab Sam. Nak tahu berapa hinggit kena? RM 16 uols!!! Sekali je la aku pergi breakfast kat situ. Untuk hari ketiga aku makan kat Gerai No 7 tu je. Gerai No 7 tu nasi ayam dia sedap sangat! Guna sambal hijau! Pergghh! Kami makan nasi ayam dan teh o’ pada malam hari pertama tiba di Cameron dan malam hari kedua. Kenyangg… Nasi Ayam RM 5, Teh O’ RM 1.

Sekian sahaja cerita aku untuk kali ini. Nanti aku story lagi. Hehehe. Apa yang penting hotel Camellia Budget Inn sangat aku syorkan. Untuk percutian bekeluarga or honeymoon pun boleh aje.

 

Info mengenai hotel Camellia Budget Inn :

 

Camellia Budget Inn, 57 C & D, Persiaran Camellia 3, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Malaysia

H/P: 012-9787384
H/P: 012-6646817

Kadar : RM 70 – RM 100

Masa aku booking dengan Agoda, aku dapat special rate. $58.88 untuk 3 hari 2 malam.

58.88 US dollars = 180.1139 Malaysian ringgits. Sangat berpatutan kan?

Selamat bercuti!

xoxo!

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

63 thoughts on “Hotel Murah Dan Selamat Di Camellia Budget Inn

    iuzira

    (July 18, 2017 - 7:44 am)

    kalau honeymoon boleh la pi sini, harga pun murah . Duit lebih boleh buat shopping. hihi
    iuzira´s last blog post ..Petua Menghilangkan Kelemumur Dan Mengelakkan Ia Datang KembaliMy Profile

    maizura

    (September 16, 2016 - 9:42 pm)

    info yg menarik..lengkap..:))

    Perawat Islam

    (July 9, 2016 - 10:02 pm)

    Saya dah lama tak honeymoon dengan isteri.

    Boleh pertimbangkan tempat ni. Tapi Kalau nak pergi honeymoon, anak2 kena tinggal dengan olah diaorang..hihihihi.

    Nak rasa balik masa mula- mula berkahwin dulu kan. Sori mak, minta tolong, hehehe.

    Uncle Zuan

    (September 20, 2015 - 10:28 pm)

    dah berabad tak ke cameroon highlands. haha pertama kali ke sana waktu form 3. pergi hari balik hari.
    hmm tetiba rindu pula nak ke sana lagi
    Uncle Zuan´s last blog post ..Magnum White Almond, Sensasi Cokelat PutihMy Profile

    arif

    (September 12, 2014 - 12:03 am)

    salam..

    t. kasih ruby utk prkongsian yg terbaikk ni. baru bulan lepas sy sekeluarga ke CH. rugi tak singgah website U ni sblm pergi. anyway, masa pusing2 cari hotel, ada gak ternampak Camelia ni tp ‘appa’ kedai tu cakap kena booking online. dia kasi kad dgn website jer tanpa no tel.. mmg kena online sj daa. terpaksalah give up. ni nak sharing, akhirnya kami kami ke sebelah belakang tu ada gak hotel yg quite OK – Heavens Hill, tp RM120/night (2 katil besar). Interiornya juga kemas (tp cantik lg design kayu kat Camelia tu). alhamdllh. well done Ruby. it’s a nice effort what u have done here. take care!

    salmizah binti omar

    (September 10, 2014 - 12:56 pm)

    tengah survey2 hotel yang selesa dan menarik di Cameron ni.plannya hujung tahun nak gi tapi time cuti sekolah mesti ramai org kan..pernh pergi dlu time weekend kat pasar brincang jem giler,..nasib lah anak2 ok x buat hal dlm keta..

    Suhaila Ella

    (September 8, 2014 - 4:58 am)

    Sy nak bok gujak kat camelia nie..melalui agoda.tp ada masalah cara bayaran kena pakai kredit kad.tp sy x de..

    Kedaibaru

    (September 7, 2014 - 4:25 pm)

    Best yer..
    Kedaibaru´s last blog post ..Tips Bertemu Bakal Bapa MentuaMy Profile

    Tudung Labuh Online

    (August 16, 2014 - 3:07 pm)

    Setuju.. perhentian di slim river memang menakutkan

    Macam tak de tempat lain nak singgah.

    Hotel tu murah ya.. Bilik pun kemas dan cantik. Memang bagus suami percaya perancang percutian dia ya.
    Tudung Labuh Online´s last blog post ..Kebaikan Wanita Muslimah Bertudung Dari Segi SainsMy Profile

    ana

    (February 22, 2014 - 7:44 am)

    kang travel booking online ke direct at kaunter

    ana

    (February 22, 2014 - 7:41 am)

    mcm best je,cam nk g je.nk tanya check in and out hotel still sama mcm hotel yg lain ke?

    dikwan

    (January 12, 2014 - 3:37 pm)

    Cmna nk search bilik nie dalam agoda akk…
    Mohon penjelasan ya…

      Ruby

      (February 10, 2014 - 5:42 pm)

      Dikwan > ada dua cara . masuk agoda. lepas tu pilih lokasi percutian. nanti dia senaraikan hotel mana yang sedang buat tawaran istimewa. cara kedua masuk kat agoda dan search camelia budget inn. sure terpapar. 🙂

    suriaamanda

    (December 30, 2013 - 3:01 pm)

    thanks dear, thank for the info..dah amik details office dah…

    Chik

    (October 26, 2013 - 3:13 am)

    nak tnye.. brp plak harga klu nak Country Side Tour by perkhidmatan Kang Travel & Tours ?

    Mohamad Shah

    (October 23, 2013 - 12:47 pm)

    wow tersangat la bagus & baik cover story pasal Cameron Highland & sugguh tertarik sekali baca, alhamdulilah & will give a try bcos of recommendations, THANK YOU so much Adawiyah…;D

      Ruby

      (November 21, 2013 - 9:03 pm)

      Selamat bercuti!!

    aziz

    (October 4, 2013 - 8:02 am)

    assalam…tuk bas CS Travel & Tours tu tiket direct beli kew?..atau blh booking dari sekarang..

      Rabiatul Adawiyah

      (October 4, 2013 - 12:10 pm)

      Aziz > beli awal di hentian bas jalan duta. 🙂

    Kamaruddin Hassan

    (October 1, 2013 - 1:19 pm)

    Thanks for the good write up. Very good timing for me to look for a place to stay next coming weekend

    salam

    syed

    (September 23, 2013 - 12:31 am)

    very good info….tq

    syed

    (September 23, 2013 - 12:31 am)

    very good info……tq

    eyra

    (September 15, 2013 - 10:35 am)

    ldang strawberry ngan ldang teh dkat x ngan htel 2????

      Rabiatul Adawiyah

      (September 19, 2013 - 1:50 pm)

      Eyra > ni budget hotel di bandar, tidak dekat dengan ladang. 🙂

    hafiza aizzawa

    (August 29, 2013 - 4:31 pm)

    bc psl cameron kt sini.. nk dptkn sikit info..

    iera

    (July 31, 2013 - 3:30 pm)

    hotel nie dkat gan tempat2 best x????

      Rabiatul Adawiyah

      (August 2, 2013 - 6:26 pm)

      Iera > Tempat best maksud awak yang macam mana? Di Cameron kalau nak gi mana-mana sewa je van pelancong tu. Hotel ni kedai runcit, bank semua ada disekitarnya.

    suraya.ahmad

    (June 26, 2013 - 11:12 am)

    Kalau kita p nek kenderaan sendiri lak,drpd bentong,pahang,agak2 camna ha..ada anak 18bulan ni,agak2 orait dak?

      Rabiatul Adawiyah

      (June 28, 2013 - 1:35 pm)

      Suraya > ermm.. kalau kereta cam hilux ok kot nak mendaki. hehee. depend lah awak. saya pun naik bas sebab kondusi kereta tak berapa ok. hehee. selamat bercuti.

    KiD

    (June 24, 2013 - 9:47 am)

    akak, saya nak ke cameron jugak.. nampak best je kan…
    KiD´s last blog post ..Biodata Syura Masterchef Selebriti Malaysia 2My Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 28, 2013 - 1:36 pm)

      Kid> jom leeeee!!

    ayulain

    (June 22, 2013 - 11:10 pm)

    salam…nk taye blh mcm mne nk bookhotel melalui agoda…sy plan nk bercuti kat cameron…

      Rabiatul Adawiyah

      (June 24, 2013 - 1:58 am)

      ayulain sila ke website agoda atau download aplikasi agoda di apple app store / android play store untuk seleksi hotel. kemudian purchase dari situ aje. Guna paypal lagi mudah. 🙂

    ayung

    (May 21, 2013 - 2:44 pm)

    Jalan2 kat sini..
    Best kan cameron..

    =)

    Zaimah

    (May 10, 2013 - 10:55 am)

    Wahh..murah sgt la utk 3h2m! 🙂 ingat nak gi weekend ni..thanks for the info n tips dear..
    n salam kenal. 🙂

    dila_ladybird

    (May 8, 2013 - 9:30 pm)

    akk..klaw naik bas..dari hentian duta 2…turun mane..sowy la sye still stdy..nk mrlancong with a cheap budget..n nk ke camerron 2 akk ade gune ajen kew??mean gune own transport or krte sewa

    JomJalan

    (April 25, 2013 - 4:32 pm)

    Body sensor siap? Amboi!

    Saya rasa owner dia ni bekas detektif gamaknya. Anyway, mmg dari gambar tu nampak sgt selesa. Bilalah nak ke Cameron ni, asyik hujan je ..

    JomJalan

    (April 24, 2013 - 9:05 am)

    Bagus hotel bajet ni. Nampak jauh lebih berbaloi dari hotel standard yg ada kat Cameron.
    Tak kisahlah kalau lobi hotel tu kedai runcit, yg penting bilik syok.

    Next time saya ke sana, sah saya test Camilia Inn ni dulu
    JomJalan´s last blog post ..7 Tip Keselamatan Di Bilik Hotel Yang Penjenayah Tidak Mahu Anda TahuMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (April 25, 2013 - 2:51 pm)

      JomJalan > hehehe.. lawak pula bila awak cakap lobby adalah kedai runcit. memang betul pun. hahaha. pengalaman saya la kan. security hotel ni sangat efisen. Guna sensor body hitter manusia. Bilik saya tu selesa sangat. Apa yang penting internet laju tu. Hehehe. Siaran TV pun best. Ingat nak pergi lagi la. Tapi tiada masa pula. Hahhaa.

    Sherry

    (April 19, 2013 - 6:16 am)

    Hope someday go Cameron Highland hehe..

    Sherry

    (April 19, 2013 - 6:15 am)

    Will be nice if they have connecting rooms.

    Sherry

    (April 19, 2013 - 6:15 am)

    They have family room or not?

    penaberkala

    (April 18, 2013 - 11:29 pm)

    cantik peta tu,lukis sendiri ke? wakaka
    penaberkala´s last blog post ..SARAWAK CULTURAL VILLAGEMy Profile

    jahlela

    (April 17, 2013 - 6:39 pm)

    ada tak no telefon keta sewa kat area tanah rata?

      rabiatul adawiyah

      (April 18, 2013 - 9:04 am)

      Jahlela > maaf, saya tiada no telefon kereta sewa.

    syu90

    (March 31, 2013 - 7:45 am)

    yg best part WIFI tu la..x bleh klau sehari tnpa internet..hee
    syu90´s last blog post ..Pencarian rakan beloglist April & Mei by cik akakMy Profile

    syu90

    (March 31, 2013 - 7:43 am)

    berbaloi la jgk hrga hotel tu..lain kli g ngn family, bleh try survey2 psl hotel ni.
    syu90´s last blog post ..Pencarian rakan beloglist April & Mei by cik akakMy Profile

    Myra Jay

    (January 14, 2013 - 11:51 am)

    Tak sanggup nak nek bas ke CH, rela drive takpe sebab kita boleh elak dari rasa mual tu 😀
    Myra Jay´s last blog post ..Berehat dari Dunia BlogMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (January 14, 2013 - 8:21 pm)

      Myra Jay > masa kat kaki bukit cameron tu awak start tido. nanti sampai2 kat brinchang dah terjaga, dikejutkan oleh pemandu bas. hehehe. so tak mual. ehehehe.

    Myra Jay

    (January 11, 2013 - 4:27 pm)

    Ok jugak harga biliknya, boleh consider, yg penting keselamatan kan? 🙂

    Rindunyaaaaa dengan CH 😀
    Myra Jay´s last blog post ..Pemenang Power Bank ialah…My Profile

      rabiatul adawiyah

      (January 14, 2013 - 12:03 am)

      Myra Jay > hehehe.. Cameron Highland memang best. Cuma masa naik bas tu pening kepala. Tapi bila dah jejak kaki kat Cameron tu dah rasa taknak balik plak. Hahhaaha!

    aini

    (December 26, 2012 - 12:06 am)

    awak, nk tny.. kalau sy x booking under agoda n terus call uncle n aunt mengikut no. yg awk bg tu bole ker? rate dia sm x dgn agoda?

      rabiatul adawiyah

      (December 26, 2012 - 2:08 pm)

      aini > cuba je call. promosi harga tu bukannya selalu ada.

    boni kacak

    (November 27, 2012 - 4:11 am)

    betul tu..yang paling penting wifi..hehehehe

      rabiatul adawiyah

      (November 27, 2012 - 11:07 am)

      Boni > tahu takpe!! keh keh keh. hotel ni ada server lagi tau. WiFi laju gilerrrr!

    Nurul

    (November 26, 2012 - 6:48 pm)

    Murah & puas hati sangat ape yang Ruby story.. 🙂
    Nurul´s last blog post ..iPhone 5 gadget impianMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 26, 2012 - 7:34 pm)

      Nurul > tulah.. selesa sangat.. 🙂

    wak gelas ™

    (November 26, 2012 - 4:21 pm)

    wak pon dh lama X gi Cameron Highland jugakkk.. UUHuu
    wak gelas ™´s last blog post ..PROJECT 50MM – DAY 3 (A METRONOME)My Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 26, 2012 - 7:34 pm)

      wak > Cameron masih sama seperti dulu. kehkehkeh..

    dayah

    (November 26, 2012 - 12:23 pm)

    hai…first time dayah kat sini…
    bebetul jatuh hati la…

    hehe…sekejap sengeh sekejap ketawa dayah membaca tau..!

    maklumat lengkap..
    map pun terbaik..!

    mmg dasyat la..
    rasa rugi tak kenal sebelum nih..

    ewah…

    hehe..

    salam perkenalan..!
    dayah´s last blog post ..jenis jenis bloggerMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 26, 2012 - 7:20 pm)

      dayah > hai. terima kasih sudi baca blog nih. banyak lagi story.. hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.